Sunday, October 31, 2010

MU MEME HEBAK

,

Assalamualaikum..

erm tetibe rasa cam nak JOHOR masuk final Piala Malaysia tahun depan…hahaha cam bingung bila SHIKIN bercakap pasal BOLA SEPAK MALAYSIA..nape eh tetibe..

 

semua sbb kat bawah nih

P311010_13.52_[01]

tetibe rasa cam nak gantung bendera Manchester United..On d way ke kuantan, puluhan kereta penyokong Kelantan meluru balik Kelantan..yeahh KELANTAN menang 2-1 smlm mengalahkan Negeri Sembilan..

P311010_13.58 tenguk semangat mereka membuatkan saya nak sgt kibarkan bendera JOHOR gak..hahaha..

sampai kuantan..saya tertarik dgn papan tanda ni..sememangnya saya sgt SETUJU..saya benci org buang sampah keluar dr kenderaan..BENCI SEBENCINYA..

P311010_16.00 “TAK RASA BERSALAH KE…? BUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA?”

Apepun..TQ didi td temankan cikgu makan tengahari td..jaga kesihatan aw..ngee..

sampai kuantan kul 4..lokasi hotel mmg best, river view..

Friday, October 29, 2010

,


Teater Natrah Musim ke 2
Natrah, Teater hebat berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1950 di Singapura akan kembali dipentaskan di Istana Budaya atas permintaan ramai!!
Venue
Panggung Sari, Istana Budaya
Date
25 Nov hingga 5 Dis 2010

PEMENTASAN Natrah musim pertama boleh dianggap berjaya kerana mencatat kehadiran seramai 18,000 penonton sepanjang dua minggu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), tahun lalu.

Justeru, pementasan musim kedua pada 25 November hingga 5 Disember depan memberi tarikan lebih hebat apabila menampilkan lebih ramai nama besar yang memenangi pelbagai anugerah dalam industri hiburan. Penonton akan mampu melihat pula lakonan Liyana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz, Ziela Jalil, Sofia Jane dan Susan Lankester.


Pun begitu Natrah 2 masih mengekalkan Maya Karin, Remy Ishak, Umie Aida, Fahrin Ahmad dan Datuk Rahim Razali.


Rasional pemilihan pelakon besar dianggap pengarah Natrah, Erma Fatima mampu memberi kelainan berbanding tahun lalu.


"Kalau tahun lalu hanya empat nama besar, tahun ini lebih ramai pelakon hebat disenaraikan. Saya berusaha menjadikan Natrah 2 lebih baik. Andai ia gagal, ia bermakna saya juga gagal sebagai pengarah.


"Dari segi barisan pelakon, saya memilih pelakon terbaik dan sudah ada nama, tapi belum pernah berlakon pentas. Bagi saya, mereka perlu membuktikan kemampuan agar lebih 'versatile.' "Ini semua ujian baru barisan ini dan harap terutamanya Aaron dan Liyana membuktikan kemampuan mereka sebagai pelakon pentas. "Sebanyak 30 peratus skrip format asal dirombak. "


Kata Juhari, pementasan teater Natrah kedua dijayakan semula berikutan sambutan menggalakkan diterima.


"Pementasan pertama selama dua minggu tahun lalu turut menarik penonton Brunei dan Singapura. Kali ini, angka penonton bertambah memandangkan tempoh pementasan adalah selama 17 hari.


"Tiket sudah mula dijual sejak dua minggu lalu. Saya harap Natrah kedua menarik lebih ramai penggiat, karyawan atau siapa saja menontonnya.


Difahamkan, Panggung Sari mampu memuatkan seramai 1,400 penonton satu-satu masa.


Natrah berkisar mengenai gadis berketurunan Belanda, Huberdina Maria Hertogh diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Loiusenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh kemudian diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Berikutan itu, berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan orang tua Natrah di Belanda. Isu perebutan berlanjutan apabila Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung. Konflik agama serta isu penjagaan Natrah menyebabkan rusuhan di Singapura.


Tiket menyaksikan Natrah boleh dibeli pada harga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150. Untuk pertanyaan, boleh hubungi box-office (03-40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.



jangan lepaskan peluang..saya dah tenguk natrah 1 tahun lepas, saya da beli tiket nak tenguk natrah 2..sgt best..

Thursday, October 28, 2010

4 hari

,
102_0053

Assalamualaikum…

Pada asalnya saya ada meeting source code verify dkt tmpt yg sama di BTPN Shah Alam..tapi oleh kerana member saya yg handle training x dtg, so saya kene bg training..

Hari pertama mmg sgt memenatkan..dari pagi sampai petang..soalan bertubi menerjah saya..ok fine saya sorang..hahaha..

x de hal..tapi bila tgk pegawai2 ni sgt berminat utk belajar..penat tu hilang on the dot…begitu la juga seorg guru kan..bila melangkah masuk ke kelas, tgk semua anak murid bersedia nak belajar..CONFIRM guru pun semangat nak mengajar..off cos..tetibe tringat ust pendidikan islam saya dulu..masuk kelas tidur..ouchhh..

 102_0054 102_0055 102_0056  102_0058

Puan TAN adlh guru penyeleras Bestari Cemerlang dari Victoria Institut..sedang share pengalaman dia menggunakan SPS..feedback yg best

Wednesday, October 27, 2010

kematian

,

Assalamualaikum.. pagi tadi kul 4.42 pagi..dapat 1 msj dari someone yang x di kenali “susahnyalh nk tdo mlm nie. xtau bkpo”..


saya tanya siapa..dia kata NAZRI..terus saya lelapkan mata..


pagi tadi Along msj “Salam, Acik Esah kat Kuala Pilah baru meninggal dunia.”..


Acik Esah adlh adek bongsu Abah, dia meninggal pun atas sakit yang sama dgn Abah kencing manis..

day1 (158)

last jumpa acik esah hari raya ke 2 lepas..(dalam gambr yang duduk bertudung coklat gelap)


semoga acik esah di tempatkan di golongan org2 yang soleh..amin..Al-Fatihah…

Tuesday, October 26, 2010

saya x paham..tapi sebenarnya saya paham

,
Assalamualaikum..

mahalnya nak belajar kat sekolah agama swasta kan..kalau saya ada anak, belum tentu saya mampu nak sekolahkan anak saya dekat 'AA'..

sebulan bajet soraang anak siap belanja tuk sebulan RM500*12bulan=RM6000x5tahun=RM30'000.00...

tu baru sorang..RM30'000.00 kalau renovated rumah bertambah cun la hall siap tv screen flat 58' inci..perghh

kalau beli kereta..leh la dapat sebijik VIVA forever..

kalau g haji wow leh g 2x setahun..

tapi oleh kerana nak kasik anak dapat didikan agama yang satu hari leh doakan tuk mak ayah, jadi insan soleh wa musleh, dan kebaikan dunia dan akhirat..

pernah terpikir x, nape parents sggup habiskan duit tuk hntr anak2 ke sekolah agama swasta, huihhh mahal tapi anak2 kuar dr sekolah agama tp free hair, terdedah aurat sana sini, makeup tebal seinci, melekat dgn lelaki ..

saya ni sekolah kebangsaan base jer..sehari belanja sekolah rm0.30 sen, yuran skola free je ..so saya x paham senario org2 kaya dan stail hidup anak2 sekolah swasta..

mcm tu juga saya x paham hafiz dan hafizah yg hafal al-quran tp amboi makeup, celak sana sini, berfesyen mcm apa, merokok, couple..saya x paham tp sbnrnya saya paham.

.sat g mati, muke sme pucat tnpa lipstik, make segala, pakwe setakat nanges je la, x de makne nk doakan, baju mahal2 n fesyen segala sume di tukar dgn di balut dgn kain kafan puteh..HP mahal2 sme tggalkan..erm

begitu juga, org berebut2 bayar smpi bepuluh2 ringgit nk tgk konsert maher zain, menyanyi mcm apa lagu nasyid tp x masuk dlm jiwa..saya x paham..setakat ske maher zain tp x mencontohi dia dlm dakwah dia, personaliti dia..ape motifnya..saya x paham..

*saya x memerlukan sape2 paham ayat saya sbb saya mmg ske tules berterabur smbil meluahkan ape yg saya sdg pikirkan bkn apa yg saya rancangkan dlm penulisan ni..

masih sdng pening memikirkan nak bayar monthly broadband saya yg baru RM98 tp dah mengeluh..

dulu saya nk minta mak duit sekolah rm1 pun da kecut perut pikir ayat sesuai..

jadilah manusia yg mempelajari ilmu agama dan aplikasikan la dlm diri dan masyarakat..insyaALLAH anda sememangnya manusia yg sgt TIDAK RUGI..malah anda di sayangi, di kasihi, di hormati oleh manusia dan PENCIPTA..

*JADILAH PERMPUAN YNG TINGGI NILAINYA, TINGGI HARGA DIRINYA, TINGGI MARUAHNYA, TINGGI AKHLAKNYA,

*JADILAH PEREMPUAN YG SEPERTI BINTANG DI ATAS LANGIT, YANG BEGITU BERHARGA, SUKAR DI CAPAI...

*JADILAH ANAK YG MAMPU BERPIKIR AKAN KESUSAHAN IBU BAPA MEMBERI PENDIDIKAN AGAMA.

*JADILAH MANUSIA YG SENTIASA IGT AKAN KEMATIAN

Friday, October 22, 2010

aruah ex pelajar al-amin gombak

,

Pelajar perubatan di Bandung ditemui mati
2010/10/22

INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena  Aidilfitri bulan lalu.

INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena Aidilfitri bulan lalu.

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam.


Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, pelajar berperwatakan lembut itu mengadu mengalami kesakitan di perut dan belakang badan menerusi laman sosial, Facebook miliknya, pada sebelah malam sebelum dia ditemui terbaring, pagi semalam.

Abang sulung Inani, Izzudin Zainal Abidin, 24, mendakwa beliau sempat bersembang dengan adik menerusi Facebook, pada jam 11 malam, kelmarin malah anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggal.


“Kami bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing dan dia memberitahu dalam keadaan baik cuma mengalami kesakitan belakang mungkin kerana penat menyiapkan laporan tugasan selain melahirkan rasa rindu kepada keluarga.


“Saya dan ibu menerima berita kematiannya pada jam 7 pagi tadi (semalam) apabila dihubungi rakan serumahnya dan ia sememangnya mengejutkan kami berdua sebelum ibu bergegas ke Bandung bagi menguruskan urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.


Izzudin berkata, bapanya bekerja di Papua New Guinea sejak dua tahun lalu sebagai Jurutera Telekomunikasi dalam perjalanan pulang ke tanah air sebaik dimaklumkan berhubung kematian anaknya itu.


Jenazah dijangka tiba hari ini dan majlis pengebumiannya akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Ampang di sini.

 

3048_1150904295814_1323824654_389239_806095_n

Al-Fatihah buat Inani, semoga inani di tempatkan ke golongan org2 yg soleh.. Al-Fatihah

Monday, October 18, 2010

Kenal lelaki kacak ini...

,
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!"


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkardan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"


Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Sunday, October 17, 2010

i luv penang

,


Berakhir sudah training kt penang..best2..cgu GPB marah sbb tak amek kesempatan g jalan2 dekat pulau..haha..balik training tus balik hotel dan tidur..huhu sgt rugi tp nak wat camne ..letey..




apapun TQ cikgu bahariah yg sgt sporting, belanja makan segala..bagi saya balik awal..Tq gak dekat semua2 guru2 cemerlang di SMSTSSS..


Friday, October 15, 2010

Special 4 U la BEB

,
AKA pella

Hari ni birthday salah sorg squad AKA..tak lain tak bukan...drum roll....


ECHOooooooooooooooooooooN

yeahhh clap your hand..kecepek..kecepek...

echon..best la kawan dgn nt..nt cam mak2..nt caring, nt x pernah buat cgu marah..cgu pun tak pernah marah nt kot..aw aw..


nt selalu cam cool..echon nt marah tak..cgu telah lupa belikan baju tidur klawar kat nt..cgu janji nnti nt cuti, kita g jalan2 kelantan eh, ziarag khadijah n aminah sekali..tu kan kawan kita.. g kelantan tuh hadiah besday cgu kat nt..insyaALLAH panjang umur dan di murahkan rezeki..balik tu kita singgah pulau perhentian..tu bajet nt sendiri..hahaha..

echon di office saya...

melaka bandaraya bersejarah

echon dan rakan2 yang cemerlang dunia dan akhirat..ameen


cgu sayang kat nt la echon..nt cam jaga cg je tym cg saket kat perlis uh walaupun muka nt cam muka org x bersalah..haha..


sori echon, cg lambat wish..mlm tadi tidur awal, pagi ada training, pastu travel balik KL..hp habes kredit pulak..apapun cgu igt nt, semoga kasih sayang di antara kita berkekalan ke anak cucu..aw..aw..aw..Semoga ALLAH melindungi kasih sayang kita..

Thursday, October 14, 2010

chatting

,

Assalamualaikum..

 

Ari ni chat dgn keyna Hatta merepek meraban..haha..da lme x chat..maklum la dia sebuk dgn posting community medicine dia,

 

panjang lebar dia meluahkan perasaan dgn peranan sbgi pelajar perubatan, isteri, kawan..cewahhh..haha..dia suro saya kesian kat dia..tp x leh nk kesian la keyna..

 

chatting smpi lupe nk gosok baju..

psikologi

,

 

Tetibe rasa cam nak sambung blaja nak amek Psikologi..ermmm

mmg terpesong jauh la dr course asal..ermmm cam seronok..

Wednesday, October 13, 2010

TAK MALAYSIA

,

Assalamualaikum..

Saya peminat bola tapi jgn sekali2 kaitkan saya dgn bola sepak msia, walaupun kad pengenalan saya warganegara msia..saya giler suka EPL manchester united..


saya sanggup tgk mamat2 eropah uh tendang bola ke sana sini sampai 90minit sbb cool, xperlu nak baling mercun, baling objek, bertumbuk..eeiii geli tgk sikap org msia yg x bertamadun mcmtu..(tadi tgk berita psl perlawanan bola liga msia SELANGOR vs KELANTAN) sampai ada yang mati..astagfirullah..


kalau rasa nak tunjuk kuat, masuk wrestling..nak hentak2, henyak2 up 2 u..kalau rasa nak tunjuk macho baling2 mercun..cube baling mercun masuk dlm kerongkong..wow macho kot..



eeeeeiiiiiimasih menyampah bila tgk peminat bola sepak msia yg x siuman itu (yg ske cari pasal uh)

training di SMSTSSS

,
ape la smstsss uh an..SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, penang..






letih..non stop..tapi puas..



makan UNTUK hidup

,

Assalamualaikum..

semalam makan tghari pengetua sekolah blanja..bihun goreng hanya RM2.00..percaya atau tidakk..hehe harga sekolah..

"kalau dah dtg sini, shikin kena try makan 'mee kuah ketam', mmg sedap..saya tunjukkan tempatnya..bla..bla..bla..bla.."..dgn patuh sya mendengar salah seorg guru bersungguh2 menerangkan saya plan tuk ke lokasi gerai uh..

hari ni..mmg memenatkan..training non stop..x sempat bernapas..kul 2.30 da set nak g cari gerai mee kuah ketam yg gempak uh..akhirnya jumpa..mmg sedap..serius..menyesal beli satu jer..sila bersyukur..esk cam nak beli lagi..


maklumla sorang kan..so bungkus je la..


malam nak pekene alkira char kuey tiow..seblah hotel saya menginap saja..

u all kalau dtg penang jgn miss makan mee kuah ketam kat Bukit Mertajam jalan nak ke Alma/Kulim..depan stesen minyak Caltex..mmg sedap..

POST 'mmg x best'

,
Assalamualaikum..

Saya terkejut 3 4 hari ni hit blog saya meningkat..jadi saya kira ada 'gang2' Teater Sirah Muzikal membaca post saya yg b4 ni....

Jgn terasa apa yg di perkatakan..saya bercakap sebagai seorang penonton, bkn musuh..saya duduk di sebelah kemungkinan kawan2 pelakon teater..jadi saya bercakap dgn apa yang saya lihat dan dengar..

berlapang dada dgn komen. semoga akan ada peningkatan di masa akan datang..insyaALLAH..saya sentiasa menyokong..



Tuesday, October 12, 2010

Yeahhhh PMR dah habis…

,

Yeahhh Alhamdulillah PMR dah habis..seronok la uh..td g SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin..tgk muka pelajar f3 sgt lega tapi cool jer..

 

Yeahhh x lama lagi SPM akan bermula…muka sure akan kembang, dahi berkerut (tringat huda)..Tgk la results trial..erm ada ok ada yg x cun..bagus kalau ada yg cube improve diri, x syok bila tgk org yg masih slumber tuk SPM..

 

x lama jer lagi..

Monday, October 11, 2010

saya yang offer diri..

,

Assalamualaikum..

 

bila saya tgk list sekolah2 yg saya kene jaga..”penang x de dlm list la”..tetibe cam x suka..sbb saya ske makanan kat penang..heheh tu je sbnrnya..makan..makan..makan..astagfirullah..   

 

(da base dgn adek bradek, kalau kuar makan snggup cari tempat jauh2, asalkan puas hati..penah satu hari kami nak sgt makan ikan bakar..along, angah n alang sggup turun melaka dr johor, saya turun dr KL..hehehe..asalkan puas ati..)  

mggu lps, boss ckp “shikin boleh pergi perlis tuk training sekolah kat sana?”..saya tye..”penang x de ke”..bila dia kata ade tros pilih penang..  

dlm fikiran da terbayang nak g GURNEY DRIVE tuk makan pasembur sedap..g Bukit Mertajam nak cari Char Koay Teow sedap..erm   

Skrg stay kat Summit Hotel..bawah hotel shopping complex The Store..saje je suro saya shopping..  

didi kata “ape lagi..shopping je la cikgu”..

 

*pgi td kete wat hal..hantar bengkel..kul 1.10tghari baru ok..alhamdulillah..sempat makan tghari dgn didi, syi n huda b4 gerak penang…

   

*highway byk satu lorong je (renovate jalan)..so lambat skit sampai..asalkan selamat..   

malam borak dgn tajuk  “post mortem” dgn didi smpai 2 2 habes kredit..sengal..hehe..  

8

Sunday, October 10, 2010

mmg x best

,

Assalamualaikum..

tahniah la ye minah..

Indah khabar dari rupa..saya x de la nak semua tu sempurna, tapi kalau org lain menampakkan kesempurnaan tu pada kita, ia lebih manis..

semalam g Teater Sirah Muzikal..smpi putrajaya..wahh mesti gempak sbb giler rmi org yg dtg..excited masuk dewan..tgk pentas cam kosong..monolog dlm hati..aik x kan x de prop yg cun2..menaikkan suasana seolah2 kita berada dlm zaman masehi..

masuk pelakon..nmpk semangat..pastu dah saya x phm plot cerita..sgt bosan..kalau saya masuk dlm dewan ni dgn otak yg kosong psl sirah..saya akan keluar dgn otak yg kosong..x taw pape psl sirah..ouchh syg sgt2..


jalan cerita hancur..rmi penonton gelak melihat gelagat pelokon yg mula mencuri tumpuan dgn dialog yg x hafal, dgn x menghayati, dgn gelak di atas pentas dan main2 dgn cerita yg hndk di sampaikan.. hancur..maaf ye pihak penganjur..next time buat sesuatu yg kualiti supaya org dtg x pulang dgn hati yg kosong..mereka anggap semua org tahu psl sirah..bergurau di atas pentas adlh sesuatu yg sgt mengjengkelkan..ini sirah..perjuangan sahabat2 mnegakkan agama ALLAH..jgn di pandang enteng..

amina sdg tlg saya menjawab kuiz..

Alhamdulillah walaupun saya pulang dgn otak yg kosong tp tgn x kosong..dpt gak cabutan bertuah..haha Alhamdulillah..TQ penganjur..


sticker hijau yg di letakkan di bawah seat saya membuatkan saya dpt hmper tajaan GIANT nih..


TQ aminah n syafiqah temankan cg..TQ kat taqwa n family izinkan kami tidur di rumah yg sgt best..
taqwa..meyna n saya

*sedang gosok baju dan berkemas tuk perjalanan ke Penang esk..char kuew tiaw bukit mertajam n pasembor menanti saya..layannnnn..


Friday, October 8, 2010

reunion SQUAD AKA..x de la sgt

,
squad AKA lgkap smula selepas 2 tahun


Assalamualaikum..

plan asal nk reunion squad AKA dkt mid valley..pastu afah kata nk bincang2 tuk gathering banat caliph14.. pastu huda plak ajak open house umah dia..pastu ajak rmi2 skali..pastu tu la jadinya..

kebanyakan yg dtg kali ni, yg x dpt join beraya caliph ari tuh..

tym lunch saya lari kejap..kejap la sgt..huhu..g jusco dulu..jumpe sume kat ctu..meeting2..kecoh smpi bila kami bgun, sume org pandang cam lega kami da nak beredar..erkk..camtula bila da lama x jumpe..




g umah huda, makan nasi arab, tmbh 2x..lapooooo..






balik office semula..geram 45minit cari parking..mid vall ske je penuh parking..arghhhhh

sori eh afah, cg mmg minat dgr lagu maher zain tp belum brminat nk tgk konsert n jumpe dia..haha..feel org tua ni len skit kot..so so je la dgn abg MZ uh..


tgk abg polis..bdk ni bru lulus ujian memandu semalam..lesen pun x dpt lagi..tp dia da drive..sila saman dia.. :)
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates