Friday, October 22, 2010

aruah ex pelajar al-amin gombak

,

Pelajar perubatan di Bandung ditemui mati
2010/10/22

INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena  Aidilfitri bulan lalu.

INANI ZALIKHA (dalam bulatan) bersama keluarga sempena Aidilfitri bulan lalu.

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam.


Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, pelajar berperwatakan lembut itu mengadu mengalami kesakitan di perut dan belakang badan menerusi laman sosial, Facebook miliknya, pada sebelah malam sebelum dia ditemui terbaring, pagi semalam.

Abang sulung Inani, Izzudin Zainal Abidin, 24, mendakwa beliau sempat bersembang dengan adik menerusi Facebook, pada jam 11 malam, kelmarin malah anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggal.


“Kami bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing dan dia memberitahu dalam keadaan baik cuma mengalami kesakitan belakang mungkin kerana penat menyiapkan laporan tugasan selain melahirkan rasa rindu kepada keluarga.


“Saya dan ibu menerima berita kematiannya pada jam 7 pagi tadi (semalam) apabila dihubungi rakan serumahnya dan ia sememangnya mengejutkan kami berdua sebelum ibu bergegas ke Bandung bagi menguruskan urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.


Izzudin berkata, bapanya bekerja di Papua New Guinea sejak dua tahun lalu sebagai Jurutera Telekomunikasi dalam perjalanan pulang ke tanah air sebaik dimaklumkan berhubung kematian anaknya itu.


Jenazah dijangka tiba hari ini dan majlis pengebumiannya akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Ampang di sini.

 

3048_1150904295814_1323824654_389239_806095_n

Al-Fatihah buat Inani, semoga inani di tempatkan ke golongan org2 yg soleh.. Al-Fatihah

2 comments to “aruah ex pelajar al-amin gombak”

  • October 22, 2010 at 9:16 PM
    hanani_nmh says:

    innalillahiwaiinalilaihirajiuun. perginya seorang hamba allah menjadi tazkirah bagi hamba allah yang masih dipinjamkan nyawanya...

  • October 22, 2010 at 10:08 PM
    shikin says:

    yup betol..sentiasalah igt kematian

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates