terfikir untuk kongsikan adalah topik..UKHWAH..
Macam mana kita nak realisasikan ukhwah kerana Allah tu?
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)
Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
PERGH!memang hebat kalau betul kasih sayang sesama manusia memang berlandaskan Islam..
Teringat kisah muhajirin dan ansar..they are completely strangers among each other..tapi still,puak ansar boleh korbankan keselesaan dan apa yang mereka suka kepada golongan Muhajirin…MasyaAllah..macam mana lah pengorbanan tu di sisi Allah..tentu tinggi darjatnya..
Menurut Imam al-Ghazali,
Ada 4 kategori :
1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.
Yang mana satu kategori ukhwah yang anda janjikan kepada sahabat anda?
Apabila anda berani meletakkan ukhwah anda dan sahabat-sahabat anda keranaNya,pasti ada cabaran yang menduga..
Mesti ada salah faham..
Terhasad dengki apabila si kawan dapat rezeki lebih..
Terasa apabila kawan tak sengaja menyakitkan hati kita..
macam-macam..
Namun,itu bukan alasan untuk tidak meletakkan Islam sebagai basic ukhwah..
Terdapat prinsip berukhwah dalam Islam..
1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.
Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “
( surah Al-anfal : 1 )
2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah
Perkara ini amat susah untuk manusia praktikkan dan dipandang remeh!
.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )
Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.
Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.
AGAIN!DAKWAH BUKAN HANYA DILAKUKAN OLEH PENDAKWAH BEBAS!SEMUA ORANG WAJIB BERDAKWAH!!
3- Persamaan iaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain
Bagaimana dengan perlaksanaan??
Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya
Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita
Menyembunyi rahsia sahabatnya
Menutup keaiban sahabatnya
Meninggalkan berbantah-bantah
Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli
Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah
Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah
Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagainya.
Ya!anda perlu sensitif! Jangan terlalu pentingkan diri,kerana tiada manusia boleh hidup bersendirian……percayalah.
“Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara.” (Ali ‘Imran 3: 103)
ANDA NAK TAHU,Ukhwah pun ada virus!
MENURUT Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah dalam bukunya VIRUS-VIRUS UKHWAH,kalau anda mahukan ukhwah anda terkena virus,silalan praktis points di bawah:
1.Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar
“Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai”(Luqman 31: 19)
2.Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya ‘Atha’
(ulama Salaf) pernah mengatakan; “Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai.”
3.Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara
“Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. “ (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
4.Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka.
Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; “Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya.” Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan ‘detail’ sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, “Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?” Dengan penuh bijak si isteri menjawab:“Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik.” Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang…
5.Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain(Lagi ramai lagi BAGUS!)
Imam Syafi’i pernah bersyair, “Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu“
6.Perbanyakkan ‘Negative Thinking’ kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya
Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.”
Hasan bin Wahb berkata: “Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya.”
7.Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai
“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya.” (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
8.Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa” (Al Hujurat 49:12)
Umar Al Khattab pernah berkata, “Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu.”
Tu dia virus-virus ukhwah..nauzubillahinminzalik…
banyak yang kita perlu perbaiki dalam perhubungan sesama manusia..
banyak hak yang perlu ditunaikan..
agak di akhirat kelak tiada yang menuntut hak ukhwah mereka..
disini saya nak minta maaf andai saya tidak menunaikan hak-hak sahabat-sahabat saya dalam berukhwah.. banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. Salam ukhwah dari saya.. ILOVEYOUALL FOR THE SAKE OF ALLAH SWT!