Tuesday, August 7, 2012

Protokol VS Gaya Hidup Islam

,
gambar hanya hiasan..

Teringat kata2 DR Muhayya..Apa jua yang kita lakukan, islamikan lah setiap daripadanya..contoh..apabila kita mengajar..selitkan nilai2 murni islam, contoh sekiranya kita menjadi doktor mengubati pesakit, sentiasa membaca doa dan merawat dgn sepenuh hati yg ikhlas.

kita ni beruntung, lahir2, sudah di azankan di telinga..ISLAM sudah kita..dlm kad pengenalan Agama ISLAM..Alhamdulillah..

tp Islam yg bagaimanakah..setakat pakai baju, tutup kepala dgn tudung pendek cukup?  sape kata?..

apa yg saya nak cerita kat sini..nak minta tolong la para kakak2 senior ke tuan2 dekan, tuan2 empunya IPTS IPTA segala bagai..tolong la ubah objektif orentasi..ni orentasi sampai seminggu gamaknya..orentasi ni tujuan nak memperkenalkan IPTS, LECTURER, COURSE ape cukupla..ni nak kene menari2 lah, berjoget2 la (erm sama dgn menari) melompat2 la..apa kejadahnye..

lepas tu kakak2 senior yg hebat sgt jadi fasi tu..kena la faham..ade segelintir pelajar baru tuh dtgnya dari keluarga yg mengamalkan ciri2 islam dlm keluarga..ada yg dtg dr sek agama, kena lah paham..ni semua nk kena ikut ckp fasi yg ISLAM tp kt KP je..maaf la ye..

Dalam Islam sekiranya seorang perempuan memakai tshirt pendek dan seluar menampakkan punggung, dosa ok sekiranya lelaki melihat. begitu juga  seorang perempuan memakai tshirt memasukkan tudung di dalam baju dan menampak bentuk badan..doseeee paham x? yang kakak2 fasi nk paksa2 junior ikut perintah yg melanggar hukum ALLAH ni apasal. U all dah hebat sgt ke sampai melanggar hukum ALLAH..

Jgn la ikut sgt protokol yg tak penting dalam islam ni..

Apa yg saya nk ckp..tlg la sesiapa yg handle orentasi2 ipta/s.. u all belajar la dulu protokol dlm islam, dan kena paham, x semua golongan mcm u all.. jgn paksa mereka buat yg melanggar ajaran islam..

Imagine kalau u orentasi di univ luar negara, if senior suruh semua org islam buka tudung, ADAKAH U AKAN BUKA TUDUNG?.. bodohlah if kalau u ikut ckp mereka..Alhamdullillah org kafir pun faham kenapa  Perempuan Islam kena pakai tudung.. Tp org Islam kita x paham kenapa tudung x boleh masukkan dlm baju..adeh..

U nak org respek u, u kene respek org dulu..

minta tolongla selepas ni tempahlah tshirt labuh utk perempuan sekiranya nak sgt abeskan duit dgn tshirt seragam univ..huhu..

maaf sekiranya kata2 ni agak kasar tp tringat kata2 dr tengku asmadi..ada masa kita berlembut ada ketika kena memarahi agar mereka cepat sedar..

x perlu bermegah dgn keseragaman di depan manusia..bermegahlah dgn keseragaman akhlak di depan ALLAH..

Sunday, July 22, 2012

Bijak Berfikir

,
Assalamualaikum..



isu internet..lebih memfokuskan kepada penggunaan facebook/twitter ..

apabila org ckp 'deactivated' fb bulan puasa ni..erm jujurnye saya x bersetuju..'kan byk info maklumat boleh dpt di fb?'..'apa salahnya fb tu' .. 'fb buat ana jadi leka/lalai' 'sbnrnya nt kena belajar kawal nafsu, kawal diri sendiri' ..mgkin saya x paham sbb saya bukak fb just utk check info/komunikasi/ilmu.. sbb saya bukan jenis nak stalk2 org tgk wall org haha..

'habis tu kalau ada info penting mcm program ade di dlm facebook camner?'.. 'sms je la'..wahhh kat situ saya rasa ke'selfish'annye..kita x boleh anggap semua org mampu, kita x boleh pikir kesenangan kita sahaja tanpa peduli kesungguhan dan kesusahan org lain..

for me fb x salah..yang salah adalah diri sendiri..cube dlm ramadhan ni belajar kurangkan penggunaan internet tu..itu saya setuju.. sebab Allah dah bagi cantik2 nye ramadhan ni sebulan utk kita melatih iman kita..bersederhana, belajar mengawal nafsu, agar selepas ramdhan kita konsisten dgn amal kita di ramadhan..bukannya ramadhan je jaga hati segala bagai, masuk syawal 'active' kan fb dan kembali kepada biasa..erm tu dah di namakan hamba kepada ramadhan..bukan menghambakan kepada ALLAH..


kalau u x boleh nak kawal diri..cuba belajar dan set dlm diri..b4 ni ske stalk wall org..so jgn buat dah, kalau sebelum ni gune internet 8 jam sehari..cube kurangkan 4 jam sehari..niat utk konsisten di bulan2 yg len..b4 ni asek leka chating sampai lebam..cube belajar kurangkan..explain pada kawan yg kitan chat uh..cakap nk tilawah ke..Alhamdulillah secara x langsung tarbiyah di situ dan u berjaya kawal diri u..

macam saya kerja saya mmg byk menggunakan internet, kdg 12 jam on tp saya cube kurangkan dr membuka2 website2 yg boleh mengurangkan pahala puasa saya, cam gossip pape an haha..dan saya akan lebihkan tgk info2 maklumat 2 yang bermanfaat..semoga ini membuatkan  saya konsisten di bulan2 yang lain..

jadi berfikir dulu..kepentingan dan keperluan

yg penting kt sini..fb x salah..yg salah diri sendri..dan fb byk info..bende yg manfaat uh org x nmpk , tp org nmpk keburukan jer..

belajar menguruskan diri dgn konsisten k..

Thursday, July 19, 2012

Rancang Ramadhan Anda

,

Rancang Ramadhan anda

Saban tahun, apabila tiba Ramadan, kita dapat lihat pelbagai kata-kata aluan yang dilahirkan sama ada melalui poster-poster, masjid, televisyen, radio, internet dan banyak lagi sebagai tanda gembira dan seronok dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini. Tidak kurang juga diulang-ulang fadilat atau kelebihan-kelebihan bulan ini sebagai motivasi kepada kita semua agar bersungguh-sungguh dan berusaha gigih dalam menghidupkan bulan ini.
Namun begitu, seringkali Ramadan tetap berlalu dengan sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan. Niat sudah dipasang, semangat pun berkobar-kobar dengan penuh keazaman. Namun, apabila tiba sahaja Ramadan, pasti berulang perkara yang sama  sehingga kita menjadi pening dan keliru dengan situasi ini.
Ada yang semangatnya tinggi pada awal-awal bulan sebaliknya prestasi ibadat jadi semakin merudum sehingga ke akhir bulan. Ada pula yang momentumnya hanya bermula pada tengah-tengah bulan dan yang lebih teruk, ada yang Ramadannya berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Di manakah silapnya?
“Jika kamu gagal merancang, maka kamu telah merancang untuk gagal”. Ungkapan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Konsep yang sama juga diaplikasikan dalam kita mengejar Ramadan yang bermutu. Hal ini kerana kita tidak boleh mengharapkan ganjaran tanpa usaha. Hasil yang terbaik akan kita peroleh dengan perancangan yang teliti dan bersungguh-sungguh.
Tiga puluh hari Ramadan itu bagaikan modal yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tanpa perancangan yang baik, kita akan menjadi tidak teratur dan kelam kabut. Kita akan jadi tidak jelas dengan perkara yang sepatutnya dicapai pada bulan ini. Hal ini boleh menyebabkan kita terkandas dalam usaha merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT.
Sebuah perniagaan yang tanpa perancangan dan pengurusan yang baik akan berdepan dengan kerugian. Begitu juga dengan bulan Ramadan, tanpa perancangan dan pengurusan yang baik kita akan berdepan dengan risiko kerugian. Maksud hadis Rasulullah SAW: “Rugi dan celakalah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”. Jika dalam urusan keduniaan kita sanggup merancang kerana takut mendapat kerugian dan kegagalan, apatah lagi dalam menghadapi Ramadan.
Konsep perancangan untuk Ramadan sama sahaja dengan konsep perancangan dalam urusan-urusan lain, ada objektif dan wasilah.  Gariskan objektif yang ingin dicapai dalam Ramadan tahun ini dan apakah mekanisme yang harus dilaksanakan bagi memastikan objektif ini tercapai.
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan pada bulan Ramadan dan susunkan sama ada dalam bentuk jadual ataupun buat senarai semak untuk memastikan semua aktiviti yang dirancangkan dapat dipantau dan terlaksana dengan baik. Jika tidak yakin mampu dilakukan bersendirian, boleh sahaja diajak kawan-kawan untuk turut serta dalam perancangan ini agar boleh saling membantu.
Contohnya, objektif pada bulan Ramadan tahun ini ialah ingin meningkatkan kadar ibadah dan target yang harus dicapai ialah khatam Al-Quran sebanyak dua kali dan ingin qiamullail pada setiap hari. Maka, dalam usaha untuk melaksanakan perancangan ini, kita haruslah menetapkan sekurang-kurangnya menghabiskan dua juzuk bacaan setiap hari dan tidur awal pada setiap malam selepas solat terawih. Dua perkara ini hendaklah dicatat dalam senarai semak supaya dapat dipantau dengan baik.
Mudah-mudahan, dengan dengan kita merancang Ramadan ini, Allah SWT memandangnya sebagai tanda keinginan dan usaha yang serius dan ikhlas dalam mendekatkan diri kepada-Nya melalui peluang yang disediakan oleh-Nya seperti bulan Ramadan, lalu kita dianugerahkan dengan ganjaran yang besar pada Ramadan ini.

Jadual di Bulan Ramadhan

,

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


4.00 pagi Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,
berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit
matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah
SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan
penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja
yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita
buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg
sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Persediaan Malam

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita
diterima.

Apabila masuk waktu magrib.

Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

Monday, July 16, 2012

BerAUTing di Bukit Beruntung

,
Assalamualaikum..

"Assalamualaikum cg, boleh x mggu depan AUTing kite buat iftar dan qiam kat umah cg"..wardah msj..

"wasalam, boleh, dialu alukan..sile2.."..di balas oleh saya..

"tapi nt tau kan umah cg jauh, kalau x rmi yg dtg, cg paham"

hampir seminggu plan dgn wardah , nu', ikoi dan len2..harap menjadi, wardah hampir berputus asa bila x rmi nk dtg..saya pun mcm da semangat beria..cam dah mula sedey..pastu cam pujuk diri dan ckp kat wardah, mana yg ade je la..

Akhirnya menjadi..peluang berbincang tym jaga tipah 2 hari..mcm2 kelako2..lagi2 tym sae ade..masing2 cam bisik2 jer. hehe..ok tema pink pepel eh..saya pun lukis peta nk kerumah saya sampai 2 pages kertas a4..

"jgn call cg taw, cari sendri umah cg"..dgn harapan agar mereka ada inisiatif tahu umah saya..incase kalau ade pape kat saya, at least derang tahu umah saya..

Alhamdulillah akhirnya 13hb  , masanya sudah tiba..pagi2 saya g ambil nu' dan esah..beli kek dan lunch..smpi umh tiup belon, gantung sana sini..kemas2 sebelum trip yg ke2 dtg..

YUP betul .mereka x call saya langsung, akhirnya mereka sampi gak ke rumah saya..Alhamdulillah..tibe2 didi meluru masuk..per la terkejut smpi saya x sempat nk record video..adeh..

 sebenarnya kami menjemput sae, bhot tapi mereka x available..nu' kata seb bek didi dtg, kalau x kite syok sendri la hahaha



selesai sudah sesi suprise mensuprise..dan kami solat asar berjamaah berimamkan didee..

"sebagai hadiah, besday girls kene masak ari ni tuk makan malam," saya pointkan pada didee..er, didee ni seorang yg sgt rendah diri tp dia x pernah menolak permintaan saya al hamdulillah kecuali yg x mampu dia buat la..suruh buat lasagna, dia buat, suruh jahit kain batik, dia jahit haha..

Da besar da didee 19 tahun eh. tolong jgn cakap psl kawen dgn cg dgn umur mcm ni lagi hahaha..kejam an..

23 tahun bru cun2 boleh cakap psl kawen..






didee trus masuk dapur masak spagetti..sian dia..dgn ringan tulang jeling2 kat yg len2..tolong dia..dapur saya kecik jadi cam mesra sgt ramai2 kat dlm uh hahaha..

kul 7 g KTM rawang amek atey yg dr IPOH..bagus tol dia ni..semangat nk join AUTing..Alhamdulillah..

kami dinner dlm kul 9..menu spagetti ohsem, mash potato gorges, roti garlic kencang... air batu orange ..

lepas makan kami memulakan perkongsian hadith oleh didee, dan pengisian oleh esah..smpi nanges2 esah.. maafkan cg eh..

dlm kul 11.30 baru kami solat isya..kul 4.30 pg semua bangun dan kami brqiam bersama2..dan bersolat subuh berimamkan esah..YA ALLAH rindunye suasana ini..

Alhamdulillah misi utk preparation utk ramadhan berjalan lancar..

pagi, kami tazkirah dan sharing2, pastu beberapa org panas makanan mlm td tuk sarapan..sambil tgk gmbr2..

bersiap tuk balik semua..adoi cepatnya masa berlalu..aaaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah catat sejarah, ni la team paling ramai dtg ke rumah saya..walaupun org kata umah saya jauh, kawasan black area la, byk ALONG la, byk kes culik la..tapi sampai juga pejuang2 ALLAH ni ke teratak saya ni..Semoga hati2 kite sentiasa bersatu ke jalanNYA..

TQ wardatul hannan.diyana.noorzulaikha.athirah.aisyah.nu'aimah.khairiyah.zafirah.

 cam base.. mesti ade yg teringgal barang hahaha

Happy Birthday Nur Diyana Nas Tamimi..

Saturday, June 30, 2012

AUTing Extreme G4s

,
Ohsem..

22hb July 2012, ptg da check in kat umah wardah dgn beberapa lagi gang g4squared..actually sepanjang cuti universiti masing, mereka setup satu program antara batch mereka yg bernama AUTing (Ayuh Usrah Together).. mereka akan berUSRAH setiap hari jumaat bertempat di rumah sahabat2 mereka bergilir2..Alhamdulillah..jadi utk mempelbagaikan bentuk AUTing, maka yang berjiwa extreme, mereka buat AUTing Extreme 1.0..

mula2 plan nk men paint ball, tp mgkin bayaran yg mahal, maka cari la tempat extreme yg murah, so pikir2 FRIM yeah..tempat research ni..gempak..

 malam semasa di rumah wardah, wardah bg pengisian , mantap pengisian dia..

23 July 2012, pagi2 selepas solat berjamaah, bersiap sedia dan bergerak ke FRIM.. kami g beli sarapan dulu..ngee..

Nuaimah di tugaskan untuk handle EXtreme ni, so dia ambil pakej RM80  sekumpulan, jadi bahagi2 dalam sorg RM 8 hinggit kot, utk pengenalan ttg FRIM ni, Nature Trekking, mengenali segala bagai pokok dan memanjat bukit sepanjang 500meter utk ke canopy walk terpanjang di asia tenggara..

paling mencabar bila memanjat bukit setinggi 500 meter, mencabar bagi saya yg da lama x ecersice..aaaaaa curam gilerrrrrrrrrrrr..

 kami di beri penerangan oleh Uncle Chong..






yeay canopy walk..bila da sampai sini rasa perghhh lega..nmpk KL, menggigil gak mek ni..tggi oooo..pengalam yg best ..jujur bila saya nak mendaki uh, saya bertekad x kan g lagi tempat nih, tp saya nk tarik balik kata2 uh.,..SAYA NAK G LAGIIII jommm..



balik dari FRIM pas solat, makan2 kat Kenny Rogers, 

lepas solat asar, kami nak balik, dlm kete nu' dpt msj, "atifah jatuh semasa abseiling setinggi 5 meter, mohon doa"..tym uh semua decide g hospital ampang puteri, kami semua tggu atifah yg sdg otw di transfer dr hospital kuala kubu ke ampang, rasa sayu bila tgk dia terbaring, air mata mengalir sahaja..Ya ALLAH semoga kau hilangkan kesakitan atifah..


Tuesday, June 19, 2012

Apa punca kekalahan

,
Assalamualaikum..



baru2 nih g tgk debat piala UIAM..dgrnye da tukar nama 'piala' uh..

kul 7.30 pg.."cikgu, ana da smpi kt KL sentral nih, cg nak ambil ana kul bape?"..huda call..dia baru smpi dr penang..

tym uh saya tgh goreng nasi..hehe kelam kabut, smpi lrt terminal putra jam 8.20..sian huda tggu lama..

1st round debat..saya tgk BM for sure..ok mereka menang Alhamdulillah..

2nd round, saya wardah n nu' tgk debate BI..tym ni syaa x fokus sgt sbb sebuk dok sms dgn gang caliph sbb baru dpt berita kematian ibu sarah (caliph14)..

jam 2.00 saya dan nu' ke tanah perkuburan highway gombak..jumoa shaggy, aqila, zu..selesai jumpa sarah..peluk dia..tabah sgguh dia Alhamdulillah.."terima kasih cg dtg, mmg kami fikir, ummi da cukup menderita, kalau dia nak pergi, pergi la sebelum adik fly agar haziq tak terkilan"...

lps tu g surau berdekatan solat zuhur, yang kelakaonye, kami solat salah kiblat..hahaha..solat balik lepas di tegur..dlm surau uh tgh ada ceramah, nak tahu sapa yg bg talk..CIKGU ZAIMAH..hehe..comel jer..

lepas hantar nu' saya terus ke UIAM semula tgk debat, haiyooo x makan lagi..lapo...tym uh da kul 5..huda tgh semangat2 sound dak2 debat, so x nak kaco dia..hehe..perut da mula sakit..tp cool..

lega bila huda ajak makan..ngee..g lari kejap makan sebelum match terakhir BM ..

ok Alhamdulillah dari 4 match 3 mereka menang..

tapi jujur match yg terakhir saya da mula nak men games.."apa mereka debat nih" dalam hati.. angkat kening..

yang saya nak komen..dari segi teknikal mereka mgkin da mahir, sbb setiap kali latihan,, saya pasti itu yg mereka tekankan..tapi bagi saya, kalau menang pun, biarlah dapat margin yang tinggi, BAGAIMANA nak dpt margin yang tinggi?..sudah tentu debator kena tahu ilmu setiap isu itu..mereka kena study beberapa hari tentang isu2..bukan 30 minit cari dlm tenet, bace dan debat..itu bukan yang sebenar..

sepanjang komen dari juri, sebenarnya apa yang mereka komen, benda yang sama jer..

saya assume 1 match BM, smiaag da boleh kutip margin tggi kalau mereka betul tahu pasal isu PTPTN uh, sbb isu tu betul2 hangat sedang di katakan..x pe la..semoga mereka terus maju..

Mungkin mereka masih pelajar tapi kalau mereka sayang debat , mereka kena kuasai ilmu dan mengetahui sesuatu isu itu dgn lebih minat ingin tahu,, bkn sekadar membaca..

InsyaALLAH anda akan berjaya..

"selagi saya masih mengenal mereka, insyaALLAH saya dtg"..haha jawapan saya pada kak alia ari tu..

next year?

Friday, June 15, 2012

Gemoks

,
Assalamualaikum...

Musuh utama saya bila travel sorang2 jauh2 ialah MENGANTUK , penah gak beberapa kali melayang bawak kete..perghh lagi2 highway, harap pak menteri dapat buat billboard gempak2 sepanjang highway ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

jadi ila pikir2 sebab tu la berat badan saya  NAIK perghhh.. mana taknya,nak elak mengantuk..makan non stop..adehhhh (tepuk dahi ni)....

ye saya dah GEMOKs..

Setahun = lapan bulan travel..

Wednesday, June 13, 2012

Apa itu Sutrah?

,
Sunnah Meletakkan Sutrah dan Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat

Abu Numair Nawawi B. Subandi

 
Apa Itu Sutrah?

Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud. (Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktbah al-Ma’arif)

Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.

Sunnah ini berdalilkan dengan hadis yang banyak antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ

“Apabila salah seorang di antara kamu telah meletakkan sesuatu objek yang setinggi seperti pelana haiwan tunggangan di hadapannya (sebagai sutrah atau penghadang), maka solatlah dan jangan pedulikan siapa pun yang melintas di sebalik objek tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 241)

Tinggi pelana haiwan tunggangan dimaksudkan adalah sekira-kira 1 kaki lebih atau 40cm hingga 60cm.

Ini sebagaimana ditanya kepada ‘Atha’. Ibnu Juraij bertanya:

كم مؤخرة الرحل الذي سعل إنه يستر المصلي؟ قال: قدر ذراع

“Berapa tinggi pelana haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah untuk solat?” ‘Atha’ jawab, “Sekira-kira satu hasta.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 807)

Hukum Meletakkan Sutrah Untuk Solat

Ulama berbeza pendapat tentang hukum mengenakan sutrah (penghadang) ketika solat Sama ada wajib atau pun sunnah. Di antara yang berpendapat wajib, dalil-dalil mereka banyak sekali, tampak lebih kuat, dan jelas.

Di antara para ulama yang menegaskan kewajibannya adalah seperti Imam Ahmad dalam salah satu pendapat beliau, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-Haitami, asy-Syaukani, al-Albani, dan selainnya.

Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) berkata, “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لا تصلوا إلا إلى سترة وقد زجر صلى الله عليه وسلم أن يصلي المصلي إلا إلى سترة فكيف يفعل ما يزجر عنه صلى الله عليه وسلم

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang seseorang yang hendak melaksanakan solat melainkan dengan menghadap sutrah. Oleh itu, mana mungkin beliau melakukan sesuatu yang beliau sendiri larang?” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/27 -Al-Maktab al-Islami)

Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H) berkata:

السترة واجبة عند جماعة من العلماء

“Sutrah adalah wajib di sisi sebahagian besar ulama.” (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 2/141 - Daar ul-Fikr)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

قوله فليُصلِ إلى سترة فيه أن اتخاذ السترة واجب

“Perkataan beliau (Rasulullah), “Maka solatlah menghadap sutrah” padanya terdapat petunjuk bahawa mengenakan sutrah (ketika solat) adalah wajib.” (Nail ul-Authar, 3/2 - Daar ul-Hadits)

Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah berkata:

أما اتخاذ السترة فالصحيح الوجوب لقوله صلى الله عليه وسلم إذا صلى أحدكم فليصل إلى سترة وليدنُ منها

“Adapun persoalan meletakkan sutrah (ketika solat), maka hukumnya yang tepat adalah wajib berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Apabila salah seorang di antara kamu solat, maka solatlah menghadap sutrah dan mendekatlah kepadanya.” (Dalam muhadharah beliau, As-ilah al-Ikhwati min Amrika)

Syaikh al-Albani berpendapat di dalam Kitabnya:

والسترة لا بد منها للإمام والمنفرد؛ ولو في المسجد الكبير. قال ابن هانئ في مسائله عن الإمام أحمد: رآني أبو عبد الله (يعني: الإمام أحمد) يوماً وأنا أصلي، وليس بين يدي سترة - وكنت معه في المسجد الجامع - ؛ فقال لي: استتر بشيء. فاستترت برجل

ففيه إشارة من الإمام إلى أنه لا فرق في اتخاذ السترة بين المسجد الصغير والكبير، وهو الحق. وهذا مما أخل به جماهير المصلين من أئمة المساجد وغيرهم في كل البلاد التي طفتها؛ ومنها السعودية التي أتيحت لي فرصة التطواف فيها لأول مرة في رجب هذه السنة 1410 هـ

فعلى العلماء أن ينبهوا الناس إليها، ويحثُّوهم عليها، ويبيِّنوا لهم أحكامها، وأنها تشمل الحرمين الشريفين أيضاً

(Aku katakan), “Sutrah dalam solat menjadi kewajiban bagi imam dan orang-orang yang solat sendirian, sekalipun di dalam masjid besar. Demikianlah pendapat Ibnu Hani’ dalam Kitab Masa’il dari imam Ahmad. Kata Ibnu Hani’, “Pada suatu hari aku solat tanpa sutrah di hadapanku yang mana ketika itu aku melaksanakan solat di dalam masjid Jami’. Imam Ahmad melihat hal tersebut, lalu beliau pun berkata kepadaku, “Pasanglah (letaklah) sesuatu sebagai sutrahmu!” Aku pun menjadikan seseorang sebagai sutrah solatku.”

Peristiwa ini adalah isyarat dari imam Ahmad bahawa orang yang solat di masjid besar atau masjid kecil tetap berkewajiban mengenakan sutrah di hadapannya. Pendapat inilah yang benar, tetapi kebanyakan orang-orang yang solat telah mengabaikan sunnah ini termasuk para imam-imam masjid dan selainnya di setiap tempat yang aku kunjungi termasuk ‘Arab Saudi ketika mana aku diberi kesempatan thawaf buat pertama kalinya pada bulan Rejab tahun 1410.

Sepatutnya para ulama mengingatkan masyarakat tentang perkara ini, menganjurkan supaya mengamalkannya, dan menjelaskan hukum berkaitan dengannya. Kewajiban sutrah ini juga turut berlaku di dua tanah Haram (Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi).” (Ashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/116-117 – al-Maktabah al-Ma’arif)

Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa hukum meletakkan sutrah adalah sunnah, bukan wajib. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hanifah, asy-Syafi’i, Ahmad, Ibnu Qudamah, an-Nawawi, dan beberapa yang lainnya. Manakala dari kalangan ulama kontemporari seperti Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baz dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahumallah.

Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H):

ولا بأس أن يترك السترة إذا أمن المرور ولم يواجه الطريق

“Tidak mengapa jika tidak meletakkan sutrah (ketika solat) apabila bebas dari orang yang lalu-lalang di hadapan dan jika tidak menghadap ke arah tempat yang menjadi laluan orang.” (Al-Fatawa al-Hindiyyah, 3/344 – Daar ul-Fikr)

Ibnu Rusyd rahimahullah (Wafat: 595H) mengatakan:

واتفق العلماء بأجمعهم على استحباب السترة بين المصلي والقبلة إذا صلى، مفرداً كان أو إماماً

“Para ulama telah berittifaq (sepakat) dengan ijma’ bahawa meletakkan sutrah di antara orang yang bersolat dengan kiblat adalah suatu yang disukai (mustahab) sama ada ketika solat sendirian atau sebagai imam.” (Ibn Rusyd, Bidayat ul-Mujtahid, 1/113)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

يُستحبُ للمُصلي أن يكون بين يديه سترة من جداراً أو سارية أو غيرها ويدنو منها بحيث لا يزيدُ بينهما على ثلاثة أذرع

“Disunnahkan bagi orang yang solat supaya meletakkan sutrah di hadapannya, sama ada daripada tembok, tiang, atau yang selainnya dan mendekat kepadanya dengan jarak (antara dirinya dengan sutrah tersebut) tidak lebih dari tiga hasta.” (Raudhat uth-Thalibin, 1/294 - al-Maktabah al-Islami, Cet. 3)

Juga sebagaimana kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

السترة في الصلاة سنة مؤكدة إلا للمأموم فإن المأموم لا يُسن له اتخاذ سترة اكتفاءً بسترة الإمام

“Sutrah ketika solat adalah sunnah muakkadah, melainkan bagi makmum. Kerana makmum tidak disunnahkan meletakkan sutrah, di mana para makmun cukup bagi mereka dengan sutrah yang dipakai oleh imam.” (Fatawa Arkan il-Islam, m/s. 343, no. 267)

Di antara dalil yang mereka pegang adalah:

كَثِيرُ بْنُ كَثِيرِ بْنِ الْمُطَّلِبِ بْنِ أَبِي وِدَاعَةَ عَنْ بَعْضِ أَهْلِهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِمَّا يَلِي بَابَ بَنِي سَهْمٍ وَالنَّاسُ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَيْسَ بَيْنَهُمَا سُتْرَةٌ

Katsir B. Katsir B. al-Muthallib B. Abi Wida’ah daripada sebahagian keluarganya, daripada datuknya - Bahawasannya beliau pernah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat di tempat setelah pintu Bani Sahm. Orang ramai lalu-lalang di hadapan beliau sedangkan tidak ada sutrah antara keduanya (Nabi dan Ka’bah). (Hadis Riwayat Ahmad, 6/399. Abu Daud, no. 2016. Tetapi hadis ini dha’if, dinilai dha’if oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad kerana ketidak pastian perawi antara Katsir dengan datuknya)

al-Fadhl B. ‘Abbas berkata:

أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن في بادية لنا ومعه عباس فصلى في صحراء ليس بين يديه سترة

“Kami datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami berada di gurun. Bersama-sama dengan beliau adalah ‘Abbas, maka beliau solat di gurun sahara tanpa sutrah di hadapan beliau.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 718. Hadis ini juga dha’if. Dinilai dha’if oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad)

‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يؤمئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، وأرسلت الأتان ترتع، فدخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي

“Aku datang dengan menunggang keldai betina, yang pada ketika itu aku hampir baligh, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang solat di Mina tanpa menghadap dinding. Maka aku melintas di hadapan sebahagian saf kemudian aku melepaskan keldai betina tersebut supaya bebas mencari makan. Aku pun masuk ke tengah-tengah saf dan tidak ada orang yang menyalahkan aku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 76, 493, 861, 1857, dan 4412)

Sebahagian ulama mengatakan tentang maksud “tanpa menghadap dinding” dalam hadis tersebut adalah tanpa menghadap sutrah. Ini antaranya dikemukakan oleh al-hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) dalam Fathul Bari, 1/171.

Tetapi ini dapat dijawab bahawa sutrah tidak semestinya dinding. Oleh itu apabila dikatakan tidak menghadap dinding, tidak semestinya membawa maksud tidak menghadap sutrah! Boleh jadi yang dijadikan sebagai sutrah adalah objek yang selain dinding.

Ini sebagaimana dalam hadis yang lain di mana ‘Abdullah B. ‘Abbas mengatakan:

رُكِزَتِ الْعَنَزَةُ بَيْنَ يَدَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بِعَرَفَاتٍ، فَصَلَّى إِلَيْهَا وَالْحِمَارُ يَمُرُّ مِنْ وَرَاءِ الْعَنَزَةِ

“Tombak (atau lembing) ditancapkan di depan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam di ‘Arafah. Beliau solat dengan menghadap ke arahnya manakala keldai lalu-lalang di belakang tombak tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 2175)

Kesempurnaan Solat Terjejas Tanpa Sutrah

Musa B. Thalhah daripada bapanya, beliau berkata:

كُنَّا نُصَلِّي وَالدَّوَابُّ تَمُرُّ بَيْنَ أَيْدِينَا فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: مِثْلُ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ تَكُونُ بَيْنَ يَدَيْ أَحَدِكُمْ، ثُمَّ لاَ يَضُرُّهُ مَا مَرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

“Kami pernah solat sedangkan haiwan tunggangan lalu-lalang di hadapan kami, lalu kami menceritakan situasi tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau bersabda, “Sekiranya telah ada objek seperti pelana haiwan tunggangan dan diletakkan di hadapan salah seorang dari kamu (sebagai sutrah), maka sesuatu yang melintas di hadapan mereka (di balik sutrah) tidak akan mengancam (menjejaskan) solatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 499)

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي، فَإِنَّهُ يَسْتُرُهُ إِذَا كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فَإِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فَإِنَّهُ يَقْطَعُ صَلَاتَهُ الْحِمَارُ، وَالْمَرْأَةُ، وَالْكَلْبُ الْأَسْوَدُ قُلْتُ: يَا أَبَا ذَرٍّ، مَا بَالُ الْكَلْبِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْكَلْبِ الْأَحْمَرِ مِنَ الْكَلْبِ الْأَصْفَرِ؟ قَالَ: يَا ابْنَ أَخِي، سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ

“Apabila salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, sesungguhnya dia telah memiliki sutrah bila di hadapannya terdapat suatu penghadang seperti pelana haiwan tunggangan. Jika di hadapannya tidak terdapat sesuatu seperti itu, solatnya akan terputus jika dilintasi oleh keldai, wanita, dan anjing hitam.”

Aku (‘Abdullah B. ash-Shamit) bertanya, “Wahai Abu Dzar, apa perbezaan antara anjing hitam dengan anjing merah atau kuning?”

Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, apa yang engkau tanyakan ini juga pernah aku tanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau menjawab, “Anjing hitam itu adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 510)

Hadis ini menjelaskan kriteria sutrah dan kesan solat tanpa sutrah yang mana solat boleh terjejas kesempurnaannya akibat tidak ada sutrah di hadapannya. Apatah lagi apabila ada sesuatu yang melintas berupa keldai, wanita, atau anjing hitam yang melintas, maka solat boleh terputus (terbatal) berdasarkan zahir hadis.

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah:

“... melintasnya anjing, wanita, atau keldai membatalkan solat, bukan anjing yang sedang diam itu membatalkan solat, bukan keldai yang menderum, dan bukan juga wanita yang sedang baring di hadapan yang membatalkan solat. Sebagaimana hadis yang menjelaskan bahawa ‘Aisyah baring di hadapan Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam yang sedang solat selagi mana bukan melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/21)

Kata beliau lagi, “Anjing yang membatalkan solat (apabila ia melintas) adalah anjing hitam, bukan yang selainnya. Demikian juga dengan hadis Ibnu ‘Abbas yang menjelaskan bahawa wanita yang membatalkan solat adalah wanita yang telah datang haid (baligh), bukan yang selainnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/22)

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يقطع الصلاة الكلب والمرأة الحائض

“Anjing dan wanita yang telah berhaid membatalkan solat.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 832. Dinilai sahih oleh al-A’zhami)

Jadi, hadis-hadis yang ada ini saling menjelas dan mengkhususkan antara satu sama lain.

Berdasarkan penjelasan hadis-hadis ini, bagi yang sengaja melaksanakan solat tanpa sutrah dan tanpa ada uzur syar’i maka solatnya tetap sah, cuma dibimbangi kesempurnaannya terjejas. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita berhaid (yang telah baligh), atau keldai, atau anjing hitam melintas di hadapannya sebagaimana yang disebutkan oleh hadis tersebut, maka solatnya terbatal. Jika yang selain 3 ini, maka solatnya tidak terbatal tetapi kesempurnaan solat akan terjejas.

Perintah Menghalang Orang Melintas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي فَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 506. Ibnu Khuzaimah, no. 800)

Ibnu Khuzaimah meletakkan hadis ini dalam bab: “Larangan Solat Tanpa Menghadap Sutrah.”

Hadis ini selain menjelaskan larangan solat tanpa sutrah, ia turut menjelaskan boleh dan perlunya menghalang orang yang cuba melintasi hadapan kita ketika sedang solat.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إذا مر بين يدي أحدكم شيء وهو يصلي فليمنعه مرتين فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان

“Apabila ada sesuatu melintas di hadapan salah seorang di antara kamu yang sedang solat, maka hendaklah ia menghalangnya dari melintas sebanyak dua kali. Apabila ia tetap juga mahu melintas, maka lawanlah ia kerana ia adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 818. Dinilai sahih oleh al-A’dzami)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

“Jika salah seorang dari kamu solat menghadap sesuatu sebagai sutrah yang membatasi dari orang ramai, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, maka halanglah ia. Jika ia enggan maka lawanlah ia, kerana ia adalah syaitan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 509)

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H):

فإنما هو شيطان أي فإنما هو شيطان مع الذي يريد المرور بين يديه لا أن المار من بني آدم شيطان وإن كان اسم الشيطان قد يقع على عصاة بني آدم

“Sabda Nabi, “... kerana ia adalah syaitan”, maksudnya adalah syaitan yang berada bersama-sama orang yang melintas di hadapannya tersebut dan bukanlah bermakna orang itu sendiri yang dinamakan syaitan dan penamaan syaitan memang biasa turut ditujukan kepada orang-orang yang menentang dari kalangan bani Adam. (Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah al-An’am, 6: 112).” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/17)

Dalam Sunan Abu Daud, hadis daripada Hisyam B. al-Ghaz daripada ‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya beliau berkata:

هَبَطْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ثَنِيَّةِ أَذَاخِرَ فَحَضَرَتِ الصَّلَاةُ - يَعْنِي فَصَلَّى إِلَى جِدَارٍ - فَاتَّخَذَهُ قِبْلَةً وَنَحْنُ خَلْفَهُ، فَجَاءَتْ بَهْمَةٌ تَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَمَا زَالَ يُدَارِئُهَا حَتَّى لَصَقَ بَطْنَهُ بِالْجِدَارِ، وَمَرَّتْ مِنْ وَرَائِهِ

“Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menuruni bukit Adzakhir, lalu tibalah waktu solat. Beliaupun melaksanakan solat dengan menjadikan dinding sebagai arah kiblat, manakala kami berada di belakang beliau (sebagai makmum).

Tiba-tiba ada seekor anak kambing hendak melintas di hadapan beliau, maka beliau pun segera menghalangnya sehingga perut beliau hampir merapat (menyentuh) dinding. Akhirnya anak kambing tersebut melintas melalui belakang beliau.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 708. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadis ini menunjukkan bolehnya bergerak dengan gerakkan yang banyak semata-mata untuk menghalang sesuatu yang melintas di hadapan kita ketika sedang solat walaupun dengan berjalan untuk merapatkan diri dengan sutrah.

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التغليظ في المرور بين المصلي والدليل على أن الوقوف مدة طويلة انتظار سلام المصلي خير من المرور بين يدي المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

Sutrah Makmum Cukup Dengan Mengikuti Imam

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ العِيدِ أَمَرَ بِالحَرْبَةِ، فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ

“Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila keluar pada hari raya, beliau memerintahkan (pembantunya) membawa tombak. Ia untuk diletakkan di hadapan beliau lalu beliau solat menghadap ke arahnya, manakala orang-orang solat (sebagai makmum) di belakangnya. Beliau melakukan perkara tersebut dalam perjalanan (safar) beliau.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 494. Muslim, no. 501)

Dalil ini menunjukkan bahawa apabila imam telah mengenakan sutrah, maka ia telah mencukupi bagi para makmum lainnya.

Contoh Objek Sebagai Sutrah

Dalam hadis-hadis Nabi banyak disebutkan contoh-contoh objek yang sesuai dijadikan sebagai sutrah. Di antaranya adalah seperti:

1 – Manusia yang sedang duduk diam, berdiri, atau sedang berbaring. (Lihat hadis dalam Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 285 dan 286)

2 – Haiwan tunggangan seperti unta dan keldai yang berdiri atau duduk diam.

3 – Tombak yang ditancapkan.

4 – Pelana haiwan tunggangan.

5 – Dinding atau tiang.

6 – Pokok.

7 – Anak panah yang ditancapkan.

8 – Tongkat.

Wallahu a’lam
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates