Friday, November 26, 2010

si NODY yg chanteekkk rupawan

,

Assalamualaikum..


Erm tghari tadi lps makan , g jalan2 kat Pet Wonderland Mid Valley..mmg tujuan asal nk cari ikan ‘laga’


yeah jumpe..banyak pilihan..ada rm5, rm10 dan rm12…konon nye nak beli yg rm5 jer sbb nak try jaga dulu..kang beli mahal2..x reti jaga..mati plak..so amek satu…


sampai kat kaunter..tye mcm2 kat cashier uh..”camne nk jaga ini ikan..bla..bla..bla…”..ok, so saya beli anti klorin n makan dia..


RM21….hah kenapa mahal?….”ikan RM12+anti klorin RM5+makanan RM4”…lorghh ikan uh saya terambil yg paling mahal..patutla chantekkkk.. ok x pe la..bajet da lari…


P261110_17.33_[01] saya tempatkan ‘NODY’ di Office saya…


BINATANG yang paling saya suka utk bela adalah IKAN chantekkkkkk..yeahhhhh..


Saya boleh tgk ikan berenang2 dalam aquarium mcm saya tgk bola sepak..mengadap 45 minit +45 minit…

masuk akal x makanan cinonet camni harganya RM4..boleh beli breakfast saya 2 hari

setelah bincang2 dgn didi..maka kami namakan IKAN CHANTEK ni NODY

Wednesday, November 24, 2010

Saya suka games tu

,

Sambung cite jaulah dgn caliph14 hehe..sebuk sgt dgn kerja kat opis an..so hole dulu update ini blog..

 

last day kat umah echon..pg pas solat jamaah n tazkirah brsama dgn ustazah aminah kamilen..maka suhaila tgh menggemparkan emosi dan otak kami tuk berfikir..hahaha..mule2 saya x amek port sgt..saya g tgk TV dan Online..bile dgr derang menjerit2 n happy..so saya terus JOIN.. IMG_5846IMG_5891

IMG_6028

DSC_0021 DSC_0008DSC_0030DSC_0051 DSC_0034 DSC_0045  DSC_0054 DSC_0063 DSC_0066 DSC_0071    

 

serius tensen bila x dpt jawapan..tapi bila da dpt jawapan, rasa nak kenekan org len yg x taw..serius enjoy…(ok fine ye afah, de satu soklan uh cg x dpt jawap..)

 

masa balik cam ..alahhhh bila la dpt jumpa lagi..saya menjerit..”next year kita plan g pulau perhentian plak..kita konvoi rmi2”

 

 

TQ ECHON bg kami lepak kat umah yg 5Star..igtkan kat toilet pun ade air cond..hehehe..

Tuesday, November 23, 2010

GELABAH

,

orang lain yang pekse SPM,

 

 

 

 

 

ok saya mengaku..saya yg GELABAH x leh tidur malam

 

 

 

P231110_11.11 P231110_11.11_[01] 

semangat x..jadual SPM pun saya ada..doakan mereka

Sunday, November 21, 2010

Berjaulah ke Melaka bersama Caliph14

,

Assalamualaikum…

 

seramai 14 org, sebanyak 3 kereta, kami brgerak ke Melaka jumaat lps..

 

smpi umah kul 8.30 malam..DSC_0001

echon bawak unser, so saya enjoy duduk di belakang

 

DSC_0022

 DSC_0033 DSC_0046 DSC_0051

DSC_0059

DSC_0069

depan kereta suhaila, oren kete lee, gerak ke Pantai Pengkalan Balak.. DSC_0076 DSC_0082

‘jakun’ dgn poloraid ‘embam’ DSC_0088

lee memberi tazkirah ‘movie’ dia DSC_0121 DSC_0145 DSC_0152 DSC_0161 DSC_0174 DSC_0178 DSC_0183 DSC_0186

tengahari makan kat ‘D Sawit’..mmg sekeliling dia pkok kelapa sawit..giler murah makan kat cni,

Tuesday, November 16, 2010

K for KENANGAN

,

Bersama G4squared




Aliah Tarmizi
‎...dan bknlah skdr kjayaan akademik yg diharapkan akn ttp kejayaan sbnr terbukti bila antunna berjaya berhdpn dgn dunia luar yg cbrnnya lbh besar dan hebat. Semoga adk2 terus maju melangkah! :)



Asma' Nasir
all d best adik2! kami syg antunna sume ♥ be clear with ur aim,vision n mission ok? sgt2 perlu hargai semua yg antunna dh pelajari di al-amin..grab mutiara2 tu selagi ada ms ni
inshaallah, Allah tgk pada usaha kita sume bukan pd natijahnya..

lps usaha dan ikhtiar jgn lupa tawakal pula ye!
lots of luv,

k asma' ^_^




Ewany Kamarudin menyedihkan la plak :(
kakak f5 .. ana syg korg .. semoga berjaya ^^


Latifah Maisarah sweet nyee.. cg yang buat ke? sedih la music die.. =)
m0ga berjaya F
5

melepaskan rindu

,

Assalamualaikum..

agak suprise bila munee dan acik ajak lunch sama2 semalam..lagi suprise mereka sggup dtg ke mid val..hehe..

rindu sama bdk NZ uh..baru balik brcuti..dan baru keluar dr umah sejak cuti..

nak kak yah..muke munee NZ dan acik UPM

P151110_14.16 Pic-0003ok..utk pengetahuan ‘mummy’ acik..sbnrnya ‘mummy’ acik x taw acik dtg mid val dgn menaiki motor brsama dgn kawan dia yg bernama miza..hahaha..sssshhhhhhhhhh

TQ guys meluangkan masa lunch sama2 dgn cgu..siyes terharu..gelak sakan x igt..munee kata excersice mulut..

Saturday, November 13, 2010

Adakah saya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal

,

Assalamualaikum..

Semalam berkesempatan ke Al-Amin..melihat Majlis Perpisahan G4squared..rasa semua org tahu kenapa saya perlu ke majlis mereka..sbb kami mmg rapat, hampir keseluruhan mereka..yg len2 tu bkn x rapat tp mgkin sbb saya da x berada kat sekolah kan..jadi tu la yg menjarakkan kita..


so kiranya ni je la batch yg last yg rapat, bila mereka kuar al-amin…

bermain di kepala saya, adakah bru ini saya betul2 ingin mengucapkan selamat tinggal pada sekolah al-amin..kerana saya tahu rmi2 yg tertanya2 shikin ni da berhenti tpi masih timbul di al-amin..haha..


satu je jawapan saya, ukhwah antara saya masih ada di al-amin iaitu anak2 murid saya yg saya kenal dari kecil..biarla apa org nak ckp n pandang..


*seronok melihat mereka membuat persembahan smlm..harap anda tidak akan terpisah di antara masing2 hanya kerana mengejarkan dunia, apabila keluar sekolah


*seronok tgk adek2 bersungguh2 membuat persembahan utk mereka..one day anda juga akan di raikan..


*jgn lupa jasa guru2 antum, kalau mereka buat salah..maafkan dia dan mendoakan dia..


*terharu dgn persembahan f1 yg menjerit nama2 kakak2 f5 n wat banner..MasyaALLAH..bila la u all melukis banner uh..lagi terharu siap lukis sendri plak uh..(ceh saya plak yg terharu..haha)


*f2 x leh bla dgn tarian n lirik lagu ..tp enjoy la..ske2


*f3 wat video..nmpk ringkas tp sgt brmakna..gmbr2 waktu kecik uh mmg sgt sweet..


*amboi amani..best la..


*Tahniah dan happy tgk adek2 f3 bertungkus lumus wat majlis utk kakak2..TERIMA KASIH..


Hari ni Birhtday IZZAH n DUHA (batch dejourney)..sayang anda semua..apa la sgt dgn ucapan tp dgn ucapan tu la membuatkan kita sentiasa bersama dan igt mengingati..


BERKAWAN dan BERKASIH hanya kerana ALLAH..

Monday, November 8, 2010

Good News

,


Berita baik buat saya..

Ari chat dgn dihah..Alhamdulillah tersenyum lebar saya apabila dihah bgtaw dia nk nikah disember nih..MasyaALLAH..seronok sgt..

Bagi saya dialah bestfriend saya..kami kenal semasa saya mula mengajar di Al-Amin..Kami pernah duduk sebumbung , roomate saya di gombak, pernah pinjamkan duit kepada saya tym mak saya meninggal (tym uh gaji x masuk lagi, tym uh duit dlm wallet ada 50 jer..smpi skrg saya igt bende uh..TQ dihah), tym saya nk brpindah randah, dia ringan tulang nak membantu, tym saya saket , dia sudi bawak saya ke klinik, senang share mslh dgn dia, dia pembakar semangat saya tuk sambung belajar..kami apply sama2 tapi universiti lain2 sbb universiti yg dia pilih x ada course multimedia..hehe..TQ dihah memimjamkan bahu apabila saya x tentu arah menanges...

Tahniah dan semoga segala urusan MUALLIMAH MADIHAH UZIR berjalan dgn lancar hendaknya..

Luv U...

tym ni kami g langkawi bersama tahun 2006

*jgn ada sesiapa berani tanya Muallimah Shikin bila lagi? :)

Sunday, November 7, 2010

..."if a child

,
"..If a child lives with tolerance
he learns to be patient

If a child lives with encouragement
he learns confidence

If a child lives with praise
he learns appreciate

If a child lives with fairness
he learns to have justice

If a child lives with security
he learns to have faith

If a child lives with approval
he learns to like himself

If a child lives with acceptance and friendship
he learns to find love in the world..."

Friday, November 5, 2010

Bila si tudung labuh, budak sekolah agama......

,

Bila si tudung labuh, budak sekolah agama, ikot usrah, berubah perangai: Mereka manusia, bukan malaikat, bukan maksum.



Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.


Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.


Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.


Apakah pandangan anda?


Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?



Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.


Betul kan?


Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.


Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?



Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”


Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.


Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?


Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.


Saya suka bertanya.


Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?



Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”


Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.


Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.


Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.


Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.


Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.



Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu

Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.


Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.


Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Jadi, apakah sikap kita?


Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?



Mereka memerlukan manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?


“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?


Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.


Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.


Kemudian kita salahkan dia.


Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.


Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?


Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?


Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?


Yakni tegur, dan pimpin mereka.

Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.



Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”


Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.


Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.


Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?


“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.


Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?

Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?


Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.



Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.

2. Dia mati.

3. Matahari terbit dari barat.

4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.


Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.


Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

taken-http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh%E2%80%A6/


jangan la sekali sekala kamu menjauhi hukum ALLAH, jgn sekali sekala mencuba utk berubah dari baik kepada tidak baik, sbb kita tak tahu bila ALLAH akan tarik NAFAS kita, bila ALLAH akan cabut NYAWA kita, org yg bijak sebenarnya adalah orang yang setiasa mengingati mati dan sentiasa mencari keredhaannya...
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates