Friday, July 15, 2011

sambungan

,
Salam , time ana pulak nak bukak cerita (: First of all , agak susah nak jadi budak 2nd intake sebenarnye , kene pulau and selalu diketepikan by the 1st intake students , but that doesnt mean I'm giving up , marah tu mmg ade bila ade yg saja nak kenekan ana , menyusahkan ana , tapi bila fikir balik , ade hikmah kan , mana tau one day sabar tu dibalas kan (: alhamdulillah la ahli2 dorm ana semua baik baik belaka , kitorg sgt rpt . one of them mcm Diyana Nas (: bila tgk dia , ana igt nti .. Sorang lagi perangai mcm Farhanah Kamal , sgt positive minded .. but takde sape sape yg bolej sama mcm Kaiyisah Yani (: ana tak jmp lagi kawan mcm dia .. hehe .. so my point is , kat sini byk sgt challenges yg ana kene go through , insyaAllah I'll do my best . Doa kan ana yeee , thank you (; 





Assalamualaikum! turn saye plak nk share cerita! life kat KMPk sangat best although busy sgt... tp kat cni saye dpt jd JPP @ wakil pelajar n the best part is, partner saye Taqi as Exco Penerbitan n our biro are faez, john n abdullah! can't believe it!.. tp tu lah.. nk cite lg, kat cni saye join usrah n everything went well!!! study best n gempak! sangat best kat cni! so, alhamdulillah diharapkan kalian semua dpt jalani kehidupan yg terbaik n study gempak hbs k!!!





Location: Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)
Course: Asasi Sains Hayat

Assalamualaikum semua :) Wassup? Ahaha. My turn nak bercerita. Overall, kat sini okaylaa. Tapi kehidupan hectic lah jugak. Kat mana2 pun mcm tu, ye dokk? Hehe. Siapa je yg cerita dia free kat sini? Semua akn ckp busy. Kat sini jumpa mcm2 jenis org. Dlam kelas ana ada 27 org. Hampir dari semua negeri kat Malaysia ni kecuali 2 negeri. Tapi ana tak ingat apa yg takda. Skrang ni ktorg je dgn budak Rancangan Khas Jepun (RPKJ) yg ada kat kolej sbb budak degree tak masuk lagi. So takda seniorla mcm Farhanah. Eh, tapi kitorg ada budak APIDS (Akademi Pengajian Islam dan Sains). Diorg tua setahun. Tahun lepas diorg kat Nilam Puri (tempat Cahaya Qhairun Nabila skrang. Pastu setahun lg kat sini. Kira baguslah diorg ada kat sini.. Surau meriah sikit. Usrah pun berjalan.

Kat sini mmg tak strictlah. Solat bjemaah, tazkirah, usrah.. Semua atas inisiatif sndiri. Nk keluar pergi tgk movie kat midvalley mlm2 pn boleh. Takda siapa nak larang.

Dari segi kawan.. Alhamdulillah. Ana dgn Nur Amirah Ishak dgn 3 lg kawan baru dh mmbentuk satu geng. Haha. Semua sengal2 belaka. Owh ya, budak2 pasum ada lebih kurang seribu lebih org. Sains hayat pulak ada 2 group. Time lecture, Lecture hall tu ada 400 org. Ramai kan? Tapi Alhamdulillah, kitorg duduk row depan so dptlah fokus.

Tu je kot. Byk dh ana membebel ni. Hehe. Doakan kitorg kat sini tau. Kamu semua pun, all the best! May Allah bless all of you my dearest friends :D Take care!





Humdinger Gumption
Assalamualaikum semua. Ana sekarang dah sebulan bersekolah di KISAS, Alhamdulillah. Ana ambil STPM aliran Bahasa Melayu+Agama; BM, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Am dan MUET. Ana sangat bersyukur dapat merasai kehidupan di bumi waqafan, KISAS ni sebab ukhuwwah dia sangat mantap walaupun baru je sebulan saya di sini. Ada STAM jugak di sini. Ni nak cite sikit lah kan pengalaman. Hehehe.

Seminggu masuk ada orientasi kan, memang best sebab kakak-kakak dia sporting giler. Mula-mula masuk ingat budak KISAS di macam skema tapi bila masuk, pergh tak betul langsung. Tak boring pun duduk sini. Paling bagus sekali, setiap petang budak-budak KISAS main di court, aktif. tak kisah lah main apa tapi ramai yang jogging beberapa kali tawaf court tu. Di sini, aspuri(asrama puteri) ada musolla sendiri, dewan makan sendiri dan court sendiri.

Mana-mana pergi, semua bawak buku, semua serius dalam bab study. Tapi kat sini, belajar betul-betul, main pun betul-betul. Siap ada KISAS ni ikut sistem rumah sukan. Ana dapat rumah THORIQ, hijau. Jadi, dapat dorm yang semua f6 dan satu dorm dgn ahli THORIQ. Kalau lambat masuk musolla, sekolah, dewan makan atau buat apa-apa kesalahan, nanti kena tolak markah rumah sukan. Jadi, kami menjaga antara satu sama lain,ukhuwwah rapat.

Tentang kelas pula, kelas ana ada 10 orang je. Semua perempuan. Hehehe. Seronok lah kan. Belajar dia sibuk, tapi puas sangat. Rasa berbaloi masuk sini, penuhkan ilmu agama di dada sebelum masuk universiti,inshaAllah. Jadi, tak de lah sedih gile tak dapat UPU kan. Inilah hikmahnya. Tak teruk pun pakai baju sekolah balik kat sini sebenarnya sebab kat sini pakaian form 6 special kes punya. Baju PREP, Baju Batik, Baju Jumaat dan Baju sekolah, semua tak sama langsung dengan baju pelajar form 4 dan form5.

Setakat ini, tak ada lagi batch form 6 ana yang menangis-nangis nak balik sbb tak tahan duduk sini. Semua suka, susah senang sama-sama sebab duduk asrama, satu dorm, pergi musolla, pergi dewan makan, kelas, jumpa orang yang sama. Kakak-kakak upper six sangat menjaga kami. Walaupun dorm ana tingkat 4, akak2 yang tingkat 1 pun rajin naik dorm kami nak baca surah Al-Mulk sebelum tidur sama-sama.

Itu saja lah. Doakan ana menjadi permata ummah yang berharga, mencari bekalan di bumi waqafan ini. InshaAllah. Semoga kawan-kawan semua tidak lepaskan tangan dari tali Allah yang kuat ni. Okeh. Assalamualaikum. Nak balik asrama dah ni. Kejap lagi. ^_^ InshaAllah~






assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat. apa khabar badan, hati dan iman? ;)

ok, mau bawa cerita dari kolej mara kuala nerang aka kmkn pulak! hehe, alhamdulillah everything went well so far. weather kat sini agak hottt, alah korang pun tau kan, waktu wafa dulu hoho. roommate ana suma sama kelas ngan ana, kitorang kelas 5 je perempuan. laki 4 kali ganda, sampai nak rimas dah :( apa2 je lah, jangan sampai matlamat nak tuntut ilmu terbantut :)

sistem kat sini memang sebijik macam mrsm (hehe macamla penah msk mrsm). expectation sangat teramat tinggi; 'the grade is A, the number is 4' perh, insyaallah, boleh! kitorang ada dobi, boleh hantar 2 kali seminggu, sekali hantar 8 helai. makanan disediakan 5 kali sehari, fuuh. pinggan dia besar gila. supper makan berat e.g. laksa, burger, perh tak tahan. astaghfirullah, alhamdulillah. ;)

ok, environment pulak. hurm, baru first day datang dah ada orang cakap 'waa, bagusnya alim' :) perlulah anggap itu motivasi untuk kita istiqamah hihi insyaAllah. time riadhah, tukar tshirt, ana dress up macam biasa je, terus ana nampak macam alien, sangat2 asing! ha, satu lagi, korang jangan malu bawa imej dan semua habits korang sebelum ni.

kalau nak solat, ajak je roommate korang skali, buat muka selamba je hoho. dia punya respose blkg cerita la. nak share, sorang roommate ana, bila ana ajak solat skali, dia kata ' kita tak pernah solat jemaah dengan perempuan', ana jawab je 'yeay, jom rasmikan dengan ana' at last diorang enjoy je.

kat sini mmg betullah, semuanya tinggal atas diri kita. tak nak gi jemaah kat surau? nak bangun lambat? tak nak dengar tazkirah? nak pakai tudung pendek? nak rapat ngan lelaki? semua kita yang tentukan sendiri. dan itulah yang menentukan, sejauh mana sebenarnya keberkesanan tarbiah yang kita dapat dulu.

bila berada di tengah2 masyarakat yang jauh dari tarbiah, bertambah2 rindu saat bila berada di samping korang, ruh tarbiahnya sangat-sangat berbeza! teramat rindu.

korang jaga diri elok2, sama, jaga juga hati, maruah, dan iman. moga kita semua terpilih untuk bertemu di syurga insyaAllah. T_T

rindu,
Diyana,
KMKN, Kedah.






INFO PENTING: Assalamualaikum..di sini cg just nk share if u all berada di mana2 yg ikut usrah/tarbiyah di mana2 tempat pengajian, of course u all akan berjumapa beberapa ikutan jamaah seperti IKRAM/ABIM/ISMA dll..jadi cg mengharapkan u all lebih bersikap terbuka, positif..jgn ada sifat bermusuhan sbb kita dlm satu jamaah yg berlandaskan islam..islam pentingkan persaudaraan..jgn sekali2 mengutuk jamaah itu ini..kalau ade kekurangan kita tlg topupkan..itu paling penting, kita kene bersatu di bawah payung islam, bukan bersatu bawah payung nama sebuah jamaah..jadi sentiasa perbaiki diri dan berlapang dada dan bersangka baik dan bantu membantu..sekiranya kita x jelas tentang pergerakan sesebuah jamaah, jgn terus pandang negatif..sbb bende2 yg mcm ni la membuatkan kita umat sesama islam bertelagah..insyaALLAH..mgkin ade yg x paham ape yg cg ckp tp bende2 ni mmg berlaku di IPT..just prepared.. luv u all..
Yesterday at 09:29 ·  ·  · 





Apa yang diperjuangkan oleh Ikhwan Muslimin mempunyai manhaj perubahannya yang tersendiri berasaskan akidah, syariat dan akhlak, antaranya memperjuangkan hubungan kasih sayang dan ukhuwah sesama ahli supaya kasih sayang itu tersebar kepada masyarakat dan ke seluruh alam.

0 comments to “sambungan”

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates