Tuesday, August 31, 2010
tata Fana SB
Friday, August 27, 2010
1+2+5=cheers
IFTAR DEJO2
Assalamualaikum..
mula2 plan ari rabu, duha yg arrange..pastu tukar kames..
“cg, konpem ari kames buka pose sama2..nnt ajak arinah sekali” ayat perinta duha..
“x nak, ada daurah”..sya menjawab
“hah, ttbe pulak..xde i dont care, daurah ke, jaulah ke tauliah ke, kna pg gak..ana da btau nana tukar hr kames”..
“ehh ello maksd cg arinah x leh g sbb de daurah..gelabah tol”
“ok2 ana da malu, ok jumpa kames ni..hehe”..
so smlm tibe masanya..yeay jumpa nana yg still muke serius tapi lawak..jumpa duha yg x brubah2, jumpa iman yg suro saya apply mrsm kuala kubu (doakan saya dapat)..jumpa arfah buat kali kedua yg best..bissness women, jumpa izyan yg pertama2 kali..cam sbnrnya sume x sriaakl..
makan kan MADAM LIM’s..ok fine , saya order chicken chop
mmg kecoh tym order mengorder..nana la..byk songeh haha..nak citerasa melayu la ape la..konon kat UK x jumpe mknn melayu la..hahaha..pastu biseng2 psl saiz badan lak..aaaa..best sgt2..
“cg, ana nak rasa tako tao la..sedap ke?”..iman bersuara..
“jom kite beli”..
lps solat margrib, makan la kami sepuasnya..
ni la chicken chop saya..mmg x kenyang la, sila cakap sedeynye..kidnap mknn duha n nana..ngee
kami cerita psl AJP, gathering kat umah Ain, sat g gethering kat PD dgn nadea..duha menjerit.. ”nape buat sume2 uh tym ana x de..aaaaaaaaaaaaa x nak kawan..”..erm dia pasan x, kalau dia x nak kawan dgn cg, sapa lagi nk kawan dgn dia..hahaha..
walau sekejap tp sgt bermakna pertemuan ini, balik hntr iman n duha..tringat cite nt smlm smpi skrg..touching..jaga diri bebaik taw…
Thursday, August 26, 2010
IKTIKAF KE2
Assalamualaikum..
mula2 atey ajak g iktikaf ni..tapi saya “erm cg tggu huda ajak..bkn ape..dia kan pengarah..kang tetibe dia tgk muke cg, da la x ajak tetibe ade”.. “alaaa cg dtg je la, huda uh sebuk, byk bende dia nk kene wat..sian dia”.. “x nak, cg tggu huda ajak gak”..anak sape la degil sgt nih..anak encik tajuddin laaaa..
pagi2 uh kring2 fon bunyi..erm dr umah anis..”assalamualaikum cg, ni huda, sori psl smlm, ari ni f5 de wat iktikaf, jom la join, x de sape2 guru yg g, kul 3.30 kiteorg gerak ke UIA, cg dtg taw”…erm x taw la, kalau huda ajak g mana2, saya mesti trgamam..dgr dan patuh arahan..haha..x brani nk ckp pape, mgkin sbb dia sgt serius kot..(atey, bkn cg ckp nt x serius..nt phm an..haha)
so pas balik kerja, trus g gombak..smbil tggu derang abes kelas..ngaji dulu..
kete di sumbat dgn semua beg mereka..salute dgn mereka bekorban masa bersama tuk iktikaf ni..yg x g, next time g la..
best la blaja bahasa arab, huda ajar..rse tetibe cam semangat nk amek b.arab SPM plak..erm sape stuju..say “YO”..
saya rasa, saya x bg tazkirah..saya byk membebel..hahaha bia la..sape suro saya ckp..
“paham x?” huda tye.. “pahammmmmmmmmmmm”..sya jawab..”ok pasni cg amek bahasa arab”.. ”o boleh ke?..nakkk”….
walaupun ade musibah melanda (pintu bilik terkunci), saya belajar sesuatu dlm iktikaf ni..siyes setiap kali g bilik air..air mata mengalir..sbb dlm bilik uh de al-quran pink saya, ade laptop saya, ada hp saya, ada kunci kete saya , ada purse saya..saya sedih bila dgr derang ckp esknya baru org uia akan bukak pintu ni…aaaaaaa x makan ape buka nnt..duit x de..hahaha..Ya ALLAH..Allah baru duga skit je shikin..
moral of d story..pk la sendri..x nk igt..wat gelak jer..
tahniah atey..walaupun aktiviti sempoi tp mendapat manfaat insyaALLAH..itu yg kite nak..
Monday, August 23, 2010
dia yang bernama HUDA
kesungguhan dia, komitmen dia wat saya sgt terharu dan bersemangat gak..
mula merasai perubahan dia bila memasuki f5..semakin lembut..hahaha dulu muke bengis n garang..ular tedung pun lari..
bertambah miracle bile adek2 f1 leh bergurau senduk dgn dia..ajaib..
tym iktikaf mini ari tuh..smpt dia berpesan kat syi n dee “korang doa tuk batch taw”..emm saya yg terdengr rasa cam sgt terharu..dia mmg x pentingkan diri sendri..banyak bekorban tuk org len..tuk dia, dia tolak ketepi dulu..
apa saja yg dia buat, dia mesti akan melakukan dgn bersemangat..debat, camping, program2 len, as-solah..x de la cam cg dgr dia brputus asa..x pernah..ade, tp susa kot..hehe..
dia sgt sayang kan batch g4squared..sgt2 sayang..dia nk batch ni bersatu, berjaya duni dan akhirat..semangat wat jadual tuk klas “persediaan trial dan SPM”.. tgk muka dia..Ya Allah cg taw dia penat tp dia sembunyikan..sob..sob..*tgh kesat air mata..hehe
“cikgu, ana x nak tgk batch ana berpecah lps spm nnt..ana takut lps spm, ana dpt smbg belajar kat oversea, nnt sape yg akn handle batch ni..sbb tu ana nk minta kwn2 ana blaja tuk conduct prog tuk batch, ana syg kawan2 ana”
kecekalan dia, semangat dia, byk mengajar saya erti sebuah pengorbanan dan persahabatn..TQ huda sbb byk membantu cg..
“doakan ana dpt buat sesuatu utk al-amin satu hari nanti ye cg”
x bole nk cite panjang sbb air mata non stop mengalir bila tringat dia..
IKTIKAF PERDANA AL-AMIN
MARI BERSAMA2 KITE SEMARAKKAN RAMADHAN DGN IKATAN UKHWAH SESAMA KITA..SUDAH LAMA KITA TAK BERJUMPA..INI LAH MASANYA INSYAALLAH..DAN PENGHAYATAN RAMADHAN.
SILA PASTIKAN KEHADIRAN ANDA DI RSVP www.facebook.com/ashitanosensei .
- bagi sesiapa yg tidak ada facebook..boleh sahkan kedatangan di ruangan comment atau shoutbox.. (ini penting utk memudahkan kami budget makanan berbuka dan sahur)
KEPADA SEMUA PELAJAR2 YANG MASIH MENUNTUT DI AL-AMIN JUGA DI ALU-ALUKAN UTK BERSAMA KAMI.. INI JULUNG2 KALI DI ADAKAN BAGI MENGUMPUL SEMUA ALUMNI AL-AMIN..
DI SEBALIK TABIR IKTIKAF PERDANA INI:
PENGARAH
NUR ARINAH BINTI ZAINORDIN
(generasi ke 13)
SETIAUSAHA
SITI ATIQAH ALI HANAFIAH
(generasi ke 12)
BENDAHARI
NUR HANISAH OMAR
(generasi ke 14)
AJK AKTIVITI/PENGINAPAN
NABILAH MOHD ALI
(generasi ke 12)
KHALILAH ALHUDA KAMILEN
(generasi ke 16)
NUR DIYANA NAS TAMIMI
(generasi ke 16)
NUR IKHWANI HUSNA KAMARUDIN
(generasi ke 19)
AJK MAKANAN
NURAZAH FATHIRAH Bt KAMARULZAMAN
(generasi ke 15)
SUMAYYAH YAZEED
(generasi ke 19)
FATIMAH MUHAMMAD
(generasi ke 12)
AJK TUGAS2 KHAS
NORASHIKIN TAJUDDIN
ex guru ICT al-amin
Friday, August 20, 2010
musim mengawan dan menetas
Wednesday, August 18, 2010
Dakwah Bukan Untuk Orang Manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak sharepun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
sumber dari http://kalamkalbu.wordpress.com