Sunday, May 31, 2009

wahhh SPM mksima 10 subjek 2010

,
wahhh sronok la pelajar..

SPM: Maksimum 10 Subjek
May 28, 09 2:18pm
Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.

Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru, malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara dari sudut lain dan ini dilihat dari segi keputusan peperiksaan, " katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan.

"Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lalu untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, tetapi masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

8 comments to “wahhh SPM mksima 10 subjek 2010”

  • June 1, 2009 at 2:12 PM

    hmm.. nk drop ape ek??
    kne fikir skrg ni..
    huhu

  • June 1, 2009 at 4:20 PM
    shikin says:

    ehhhh x leh BIOLOGY sbb ari tuh nt hepi jawab soklan BIOLOGY..ermmm cgu restu nt drob FIZIK..hehe..

  • June 1, 2009 at 4:20 PM
    shikin says:

    hehe huda gelabah..pepeun cgu restu klu nt nk drop BIOLOGY..hehe..

  • June 2, 2009 at 9:16 PM
    fathiyyah says:

    hurmmm, kalau kerajaan benarkan student amik subjek maksima 12 subjek pun ok cikgu,lebih2 lagi utk budak2 skola agama.

    hurmm

    atau cikgu ada idea lain?

    :D

  • June 2, 2009 at 9:18 PM

    FIZIK dah la ana suke gle..
    BIO ske nk mampus..
    (mlampau la plak ayat. haha)
    haih, confused!

    tba2 ana nk drop BM??
    ceh, pdahal subjek teras..

  • June 2, 2009 at 9:21 PM

    bg ana kan cg.. ade pro dan kontra die..

    ana setuju je klu nk hadkan, tp, bg ana had maksimum 10 sikit sangat..

    macam2.. ni mcm nk masuk tajuk debat je nnt.. kena buat research ni..huhu~

  • June 2, 2009 at 9:40 PM
    shikin says:

    tiah..nt tye idea cgu..cam la cgu leh bg idea uh kat menteri pendidikan..haha..erm bg cgu ade pro n kon gak..cgu setuju sbb at least jurang perbezaan bdk pandai n bdk kurang pandai x ketara..tp system gred kene ubah la..

    sbb SPM x perlu amek byk subjek..just fokus pada subjek2 tertentu tuk pilihan ke Universiti..sbb nnt di Univ bru melambak subjek yg kite kene blaja..

    sbnrnya sistem pendidikan kite sedikit mundur dr Singapura taw..cgu bkn berckp dr segi mundur bab agama tp system pendidikan msia..

    wahhh huda nk drop BM..kang cgu wawa ketuk nt..penyek nt..

  • June 2, 2009 at 9:54 PM
    shikin says:

    lupe nk ckp kon plak..x bgusnya bile terhad 10 subjek..makanya..pelajar kan drop off cos subjek aliran agama..tu yg sedeynya..

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates