Tuesday, August 30, 2011

Lagu dariku untukmu

,

Di kesempatan ini, saya sebagai penulis blog ini..ingin memohon maaf apa jua kesalahan, tatabicara dlm penulisan saya..andai ada terasa hati, terkecil hati, terbesar hati sbb puji melebih..cool2 kan diri anda dgn memaafkan saya..if sudi, sila2 la jemput saya ke rumah terbuka anda semua..cewahhhh..


saya tujukan lagu dr animal2 peliharaan di atas uh utk anda semua..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, August 29, 2011

Amalan sunat menyambut Aidilfitri

,

Setelah melalui pelbagai dugaan sepanjang bulan Ramadhan, kini tibalah masanya umat Islam berhari raya. Pada hari kemenangan ini, seharusnya momentum memperbanyakkan amal ibadah patut anda teruskan. Salah satunya adalah dengan mengerjakan amalan sunat Hari Raya.

Image Detail

Terdapat beberapa perkara sunat Aidilfitri yang boleh anda buat. Antaranya:

1. Bertakbir sama ada di masjid, surau, rumah mahupun di dalam perjalanan. Iaitu bermula daripada malam raya sehinggalah terbenam matahari 1 Syawal.

2. Selain tu, anda juga boleh memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih memuji Yang Maha Esa.

3. Mengemas serta menghias rumah agar kelihatan bersih dan cantik.

4. Mandi sunat Aidilfitri. Jangan lupa untuk bersugi tau.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada dalam koleksi anda. Anda juga disunatkan memakai pewangi.

6. Menjamah juadah yang ada sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

7. Membayar zakat fitrah. Masanya adalah di antara selepas solat Subuh hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

8. Pergi menunaikan solat dengan berjalan kaki.

9. Memilih laluan yang berbeza semasa anda pergi dan balik daripada menunaikan solat.

Begitulah 9 amalan sunat yang boleh anda laksanakan sepanjang 1 Syawal ni. Kalau ada yang nak tambah, dipersilakanlah yer. :)

Adakah malam tadi

,
MALAM LAILATUL QADAR?

Alhamdulillah..dapat juga buat iktikaf di malam terakhir ramadhan di masjid..off coz UIA..Alang2 x balik kampung..roger ramai org..tp masing2 x available..NABILAH je on..

pas buka pose kt umah dan solat marghrib, terus gerak ke UIA gombak..naek tgkat 3..erm da x ramai yg tinggal..cume foreigner jer..sampai2 terus solat isya dan tarawih...

lepak dgn nabilah..nu'aimah da tido dgn lenanya di sebelah..kul 1 lebey baru tdo..level 3 black out..kipas dan lampu x leh ON..Alhamdulillah pukul 2 pg td hujan samapi ke pg..jadi suasana sejuk jer..ALHAMDULILLAH

kul 3.30 nabila kejut..qiam..tahajjud..berdoa sebanyak yg mungkin..Ya ALLAH.......lalalalalalalalaala...

sampai satu surah bacaan imam..saya tersentak bila imam menangis...MasyaALLAH semakin sayu hati ini ..walaupun saya x paham bacaan uh..

apabila selesai solat subuh..semua org berpelukan..semakin sayu lagi hati saya nk meninggalkan ramadhan..

kul 7.30 keluar masjid..dpt msj dr diyana..terus gerak ke rumah dia..melepaskan rindu pada dia..

sampai opis kul 9.15..jln lengang..syiok giler..hujan masih renyai2..

call wardah.."cg sorry mlm td ana x dpt iktikaf dekat UIA..family ana semua ke Masjid dekat Ampang uh, sbb nk dgr ceramah sorg syeikh nih...dia cakap, dulu masa Rasulullah s.a.w selesai solat pd malam lailatulqadar, ada seorg sahabat nmpak di dahi Rasulullah S.A.W. ada bekas lumpur..ada kemungkinan hari ini mlm lailatul qadar kan cg..sbb pagi td hujan..pastu cuaca cam redup jer"..

"insyaALLAH..cg pun harap..semoga apa yg cg doa semalam termakbul insyaALLAH..." ...

Saturday, August 27, 2011

Jumpa balik

,
MasyaALLAH rindunya pada mereka..ari ni balik kerja awal..x de la awal sgt, 2 jam awal haha..g greewood amek tshirt alumni..pastu sambar nu'aimah..kami g jusco AU..erm nak cari kasut kerja sbb kasut yg ade skrg da koyak rabak...erm jalan pyer jalan..X DE YANG MENAWAN DI HATI..pastu abeskan masa masuk setiap kedai haha..x beli apepun..


kul 7.00pm smpi masjid UIA, ada program Iktikaf dgn batch g4squared....erm Alhamdulillah dapat berbuka dgn mirer, nu', sarah, ain dan syaza..seronok dgr pengalaman masing2 masuk IPT..best2..sambil uh ms dgn huda..berdoa agar dia dapat join kami..sbb dia sgt bersungguh2 bersama kami..Alhamdulillah lps solat marghrib..huda muncul..tipah, anis dan lain2..Ya ALLAH rindunyaaaa...




"muka nakal eh" saya usek atey..hahaha..x puas..nak jumpe lagi..


TQ anis hadiahkan cg stongan..cg x taw nape nt bagi haha..

saya rasa

,
tapi x..mmg da nanges sepuas-puasnya..saya tiada apa2 dlm dunia ni..lagikan sape2 kecuali ALLAH..


miss u la mak n abah..rindu giler..Al Fatihah..


Basenya kalau hari raya dolu2 tym mak ada, mlm raya umah cam sunyi sbb tggal saya, abah dan mak jer..saya akan tlg bahagian mengemas umah, paling ske bersihkan peti ais..part masak2 mmg saya x membantu sgt sbb mak ske wat sorg2..basenye saya akan temankan mak tido kat luar smpi ke pagi , anyam ketupat feveret saya..pagi raya baru rumah penuh riuh rendah dgn adek bradek yg len dtg dan cucu2 mak dan abah..nyesal x blaja masak ayam masak merah mak yg superb, nyesal x blaja masak lodeh mak yg awesome..nyesal disitu..smpi sekarang kalau masak mmg x sedap mcm mak masak..adeh..

Iftar dejourney girls

,
 Alhamdulillah..dapat berkumpul iftar di restoran haslam...



sambut birthday wafa' dan deeja sekali..

syifa' yg berjaya memunculkan diri

dah lama x tgk minah indon ni an..hahaha

Tahniah izzati dan ain taj..PIC tuk iftar nih..best2..pas iftar..beberapa org terus gerak ke masjid UIA..kami beriktikaf di sana..

saya sempat join mendengar tazkirah dr fatimah kat adek2 f3 al amin..best biler diri ini sentiasa terisi walaupun  ayat berulang kali..

TQ semua..

Tuesday, August 23, 2011

Nampak macam kejam x?

,
Assalamualaikum..ari ni dtg opis lambat..sampai2 opis, dpt call dr boss

"shikin, nak minta tlg, leh g ikbn alor gajah x skrg?"

selang bape minit..

"shikin, tlg g alor gajah, amek sorg staf kat sana then bawak dia g ikbn kemasik ari ni gak leh?"

dalam ati...apekah semua ini, kejam sgguh rupenya..oleh kerana nk gaji pyer psl..sanggup...

so ari ni tu la..kul 2.15 gerak ke IKBN alor gajah, amek sorg lecture kat situ..then sama2 gerak ke KUANTAN lalu JALAN BIASA sbb nk cepat sampai..

cam base berbuka dlm kete..saya cam okay jer..cume kesian lecture uh..

sampai kuantan..makan pizza hut dulu..

msj kat bos "saya nk kene g kemasik mlm ni gak ke?"

"x payah, u check in kat suria cherating resort dan rest dulu, esk baru kite g" bos

ok cun..dengan jalan yg sgt gelap dan hujan lebat, membuatkan mata saya di besarkan saiznye tuk lihat signboard..Alhamdulillah sampai..


sangat selesa kat sini..saya sebilik dgn mak syafiqa afdzal..hehehe..k nak rest..


Monday, August 22, 2011

Salam Perantauan

,
AHAD 14hb Aug 2011
Dari Dejourney's HALL : x igt ayat sape nih..:)



Antara makanan sampingan 


izzati pesan makan kurma dan minum air starting buka pose, tp derang ingkar dgn makan berat..hahaha

Tazkirah dari Iman

acik cam muka bahagia sebagai ibu, bila tgk anak2 balik berbuka sama2

hajar promote biskut raya

keluarga bahagia dejo
Tahniah kepada PIC SWeeT: Memorable Ramadan .. Izzati Hanani dan Hanisah KB

Saturday, August 20, 2011

Tips

,

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

ziarah qlate

,

 RANCANGAN KEMBARA RAMADHAN KE PANTAI TIMUR







  • Norashikin Tajuddin 
    ok kat sini cg nak bgtaw sape yg g ni..kite akan wat konsep cam backpakerz mksdnya x ade keselesaan dlm perjalanan ni, mgkin ade cabaran, cth buka kat masjid or tepi jln ke..kita nak journey ramdhan dlm tarbiyah insyaALLAH..lg satu mhkin penginapan kite akan tumpang2 cilok2..kene get ready taw, psl penginapan kt terengganu, if x de kite stand by gak tuk iktikaf di mana2 masjid yg boleh bg kebenaran..so be prepared..sbb kalau boleh journey kite ni  ade samtin yg mentarbiyahkan kite..k..


    02 August at 09:40 ·  ·  4 people
  • Aminah Kamilen setuju! kita cuba!
    02 August at 09:41 ·  ·  2 people
     
       Rabu, 10/8/2011     
       3pm    : bertolak pergy (sepatutnya kul 1 gerak tp saya patah balik umah sbb baju
                    tertinggal hahaha)
       7.15pm: berhenti dan berbuka pose di r&r gua musang (kami sesat seketika sebelum
                    uh sbb syok sgt bercerita)

10.30pm : tiba di Kelantan. (sempat makan Eddie Fried Chicken)
11.30pm : ke lokasi penginapan (rumah akhawat) 

Apabila kita pasang niat jaulah ini utk mentarbiyahkan diri, maka Allah beri cun2 pada kami..di mulakan dgn beg pakaian saya tertinggal, waktu tu jammed yg amat sgt, rsa da mula badmood tym uh tp aminah cool kan saya..

pastu dgn sesat dlm 14km terlajak tah kemana tp Alhamdulillah dgn sesat itu kami dpt solat jama' asar dn beli beberpa jenis mknn tuk berbuka nnt..






sepanjang perjalanan x de sorg pun yg tidur..kami asek berborak jer


aminah ckp berjaulah lah dgn kawan kamu itu, baru kamu betul mengenalinya..


Saya mmg da tahu Qlantan mmg ada mslh air, apabila kami smpi di umah akhawat, kami di tarbiyah dgn air x de..jd kami belajar 
mensyukuri segala ape yg ade..Alhamdulillah 



Khamis, 11/8/2011
5 am    : sahur
6 am    : SUBUH + mathurat
9 am    : ekspedisi kembara Kelantan / Solat dhuha di masjid biru
              kubang kerian.
-          Tawaf KB (kb mall, pasar khadijah, MPKB, dan mana2 yg 
            semua nk pergy)- TQ minah
            meminjamkan duit dahulu tuk saya beli purse idaman haha
            dan saya jual purse saya kt minah 
           haha.. sempat mengurut di kerusi OGAWA..haha cam semua
           org pelek tgk saya dgn aminah 
           dgn slumber mengurut di situ..haha










2 pm   : Ziarah UMNP dan tdo sebentar di Masjid Muhammadi di Kota
             mendengar tazkirah  Baru, Solat zuhur/Asar dan
             yg sgt best mengenai sakaratul maut..
5 pm    : PCB – tadarus, tazkirah sambil berpantai 
7pm     : iftar di PCB..sgt menenangkan / solat maghrib/isya di 
              masjid PCB
8pm     : taraweh di stadium, MasyaALLAH ramai sgguh..terharu,
             dan kami bertemu rmai kenalan akhawat seMUSLEH di
             situ..Amirah jumpa sahabat uiam..masyaALLAH..
10pm   : sambung solat teraweh di masjid telipot..(cam aneh an
             kerja kami tp kami puas)
10.30pm : jalan2 malam di Kelantan, waktu ni qlantan sgt pns, jadi
                kami sgt menghargai air cond..haha..masuk KFC minum
                air..
11.30 pm : di lokasi penginapan


*semasa di masjid muhammadi..byk saya belajar sesuatu.. di masjid tu ramai sgt makcik2 tua, mereka beriktikaf dr awal ramadhan..ade sorg makcik ni sgt da tua, bdn dia menggigil2 tp dia kuat ke masjid..masyaALLAH..masa saya mandi di tandas masjid itu, saya rindu emak saya, saya menangis tanpa henti..saya x puas menatap wajah mak..



JUMAAT, 12/8/2011
5 am      : sahur & tahajjud
6 am      : SUBUH/Al mathurat
7.30 am : bertolak ke GANU..lalu jalan pantai..MasyaALLAH
               kebesaran Allah..kami berhenti tuk melihat
               keindahan laut..saya ske tgk laut..saya boleh memandang
               laut berjam2 tanpa bosan




..
11 am    : tiba di GANU, terus ambil maryam sahar UITM Cendering
12 pm    : ziarah ramlah..sahabat saya semasa di al amin..tgk anak dia
            yg baru lahir..gerak ke MYDIN
             terbesar di KT



..
1pm     : Check in hotel dan solat zuhur/asar dan zoom  (tawaf2
              ganu pantai batu burok, pasar kepayang, taman tamadun
              islam dll)
5 pm     : ke masjid kristal dan buat recording..beli keropok lekor
              losong




6pm     : ke bazar ramadhan shahbandar dan ke restoran batu buruk,
              berbuka puasa di situ..TQ cik Yam
              belanja makan satay n air
8 pm    : solat isya’ teraweh di masjid terapung. Haha
9.30pm : berjalan2 di area KT, sempat saya rembat skirt hehe cun2
10 pm   : balik hotel dan saya org pertama tido..sbb sakit
              kepala..hehe..



SABTU, 13/8/2011
5am     : sahur & solat subuh...saya sambung tdo sbb perlukan
             kekuatan badan tuk drive balik KL
9am     : bagun dan bersiap, sementara tggu mereka siap, saya dan
             maryam, ke BANK islam tuk wat transaksi yuran uitm
             saya..Alhamdulillah selesai
10am   : gerak ke pasar payang, mereka beli brg2 pesanan parents
             hehe..saya beli loyang hehe. pastu ke losong, beli keropok
             lekor dan keping...mmg betol2 borong la
11.30am: hantar maryam ke uitm dia semula..papai
12pm    : bertolak pulang ke KL..masuk highway..saya terus minta
              tukar dgn amirah hafit tuk drive..mata saya da x tahan 
              mengantuk..saya duduk belakang dan tido sepuas2nya
             selama 2 jam..bagun2 da sampai karak..pastu saya drive 
             balik
5.30pm : smpi gombak
7.10pm :sampai ke umah di puchong. Alhamdulillah
9pm      :tdo sbb esk kene register uitm..perlukan rehat

*sejujurnya mmg jaulah kami ini sgt mentarbiyahkan..lagi2 dgn suasana panas, dgn pulak berpuasa semasa travel..saya hampir berbuka masa nk balik ke KL sbb x tahan dgn keadaan tp bila fikir balik, ini baru skit ALLAH uji..Alhamdulillah..saya sgt puas berjaulah dgn pelbagai dugaan dan cabaran..



kos perbelanjaan ke dua negeri
minyak tol : rm 90/individu (banyak sgt ke?)


* masih boleh dipertikai :) ini apa yang ana fikirkan. so antum gi mana?
YA RABB PERMUDAHKAN MUSAFIR INI.


apepun saya nk minta maaf pada maryam sbb marah dia masa uh..tym uh mmg emo tol..maafkan cg ye yam..luv u much 
 ·  · Share

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates