Wednesday, January 13, 2010

SILAP SIKIT ATAU SILAP BANYAK

,

Assalamualaikum..

bgun2 pagi da dgr berita ‘buang ayah tepi jalan’..ouchh..kejadian di kangar, ikut ckp isteri anak lelaki nih sggup letak ayah tepi jalan dgn beg2 sume..ada otak ke x sbnrnya anak dia nih..wei x perfect idup ni kalau mak ayah x de..bila mak ayah da x da baru u all rsa menyesal x jaga mereka dgn baik dulu..ello tu mak ayah kita okay..jgn nak berlagak sgt la..sat g pikirla , one day anak kita buat mcm tu kat kita..boley?renungan bersama

kidnap artikel tiah jap..

Hurm hurmmmm..
Dah UPSR, dapat 5 A, masuk sekolah bagus-bagus atau stay sekolah lama (mak ayah bg duit belanja n hantar sekolah)

Dah dapat 9A/8A dalam PMR , masuk sekolah bagus atau stay sekolah lama juga (mak ayah bg duit belanja n hantar sekolah)

Dah SPM, dapat keputusan ok, dapat masuk U (mak ayah bantu duit makan n tempat belajar yg baik)

Dah grad dari U, dapat pointer cantik-cantik atau biasa-biasa,

Dapat degree, sambung Master, sambung PhD ( mak ayah sentiasa bg moral support) 
Lepas tu dapat Dr, Ir, Ar


Lepas tu berkahwin, berkeluarga, bercucu (kebaikan kita pada mak ayah akan terbalas pd kebaikan anak2 kita pada diri kita insyaALLAH) 
Lepas tu bekerja, tambah hasil pendapatan, besarkan rumah, besarkan potensi
Lepas tu lepas tu ?


Akhir sekali, akan mati lah. itu pun kalau mati umur 60++..kalau 2 tahun ke? 13 tahun ke?..dah di tentukan oleh ALLAH


Soalnya, bagaimana kita mati? Soalnya kita mati nanti, kita dalam masih dalam keadaan bersaksikan yang Allah tu Tuhan kita atau tidak? Atau kita mati nanti dalam keadaan kufur? Nauzubillah

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu. maka kamu akan menemuiNya"
Al Insyiqaq : 6

tadi tadabbur Surah Al-Insyiqaq. Terhantuk habis segala isi hati dan fikiran bila kena tegur dengan Allah

Oh duniaku yang menjadi tempat berpenat. Baik untuk orang Mukmin mahupun Kafir

Kita boleh pilih nak jadi golongan yang mana


Golongan satu : Dunia >> penat -------- Akhirat >> penat (neraka jahannam)
Golongan dua : Dunia >> penat ---------Akhirat >>
rehat (syurga Firdaus )


Maka, mari berpenat mari berjihad

(ok..da nak bersiap gerak ke pasir puteh kelantan,,perjalanan amek masa 2 jam insyaALLAH..doakan  saya..)

 

My Humble Words To Unite A Superb Ukhuwwah

2 comments to “SILAP SIKIT ATAU SILAP BANYAK”

  • January 13, 2010 at 10:55 PM
    |makhlukDIA| says:

    lawa tulisan..

    :)

  • January 14, 2010 at 6:37 AM
    shikin says:

    ngeee..cg gune windows live writer..

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates