Saturday, January 16, 2010

MORAL OF THE STORY

,

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput.

    

langkaw langkawi 058 langkawi 075 langkawi 611

kenangan bersama caliph14 di langkawi 2006

7 comments to “MORAL OF THE STORY”

  • January 16, 2010 at 2:30 PM
    maryam says:

    awwwwwwwwww rindu :')

  • January 16, 2010 at 3:03 PM
    shikin says:

    aww..aww..aww..maryam, cg da bgtaw aminah tentang plan nt nk dtg kelantan n kite g pulau perhentian..kami x saba..cewahhh..

  • January 16, 2010 at 3:05 PM
    shikin says:

    ehh ni maryam sahar or maryam embam..hahaha

  • January 16, 2010 at 11:02 PM
    maryam says:

    embam la cguuuuuuu huaa sedih :(
    eh cgu dah plan? g ngan kakak ana skali la. ayah ana kate boleh g mase kakak ana dah habis blaja kat sane.
    kakak ana kate die hbs blaja 10/11 mac. ana ade exam 15-19 mac heh heh so most probably ana boleh pegi 11-13 mac kot. 14 kene study! X(
    ana tanye bpk ana dulu la cane eh

  • January 16, 2010 at 11:12 PM
    shikin says:

    ok2..hehehe..

  • January 22, 2010 at 10:48 PM
    'ammarah ^_^ says:

    ske2..ana windu zmn kanak2 ana dlu.. :D

  • January 24, 2010 at 8:58 AM
    shikin says:

    form 3 uh zaman kanak2 nt ehh 'ammarah?..huhu

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates