Thursday, December 31, 2009
JANGAN PISAH KAN KAMI
Tuesday, December 29, 2009
NAK LAGI BOLEH?
ni apa?.. cicak or tikus? seb baek animal nih cun..x de la nk campak sgt..hehe
balik umah meraba2 dlm beg, tetibe terasa cam geli2 lembek2..kuarkan..erm sempat lagi bdk2 nih nk kenekan sya..saba jer..x memasal ikoi join skali bersubahat dgb derang..hahaha..
anyway thanks ikoi teman cg, thank lee, gy n bam..sedap giler u all masak..gempak sedap..best2..yamiiiiii..
NAK RESEPI BOLEH?
Monday, December 28, 2009
TRADISIONAL DAN MODEN
Semalam jalan2 dgn echon n lee kat mid vall..erm sambil jalan nmpk sorang bdk cina nih sibuk main games dgn kedua2 ibu jari tgnnnya sibuk menekan2 button games yg sebesar hp zaman dolu2 kot..psp kot..hehe..
"lee, x bestnya hidup derangkan, siang malam main games komputer jer..tgk la uh jln2 g shopping pun bantai main games"..sya membebel.."dulu2 kita lagi seronokkan, main masak2, main batu seremban, baling selipar, ting2..adventure skit".."ha ah la cg, daun pun kita da boleh pk nak buat apa tuk di jadikan permainan kita"..hehe
"kalau boleh dulu2 kita main, suma mainan yg cedera2 kan bdn..bru jiwa kental..cewahh"..skrg nih kalau boleh anak2 duk dlm rumah jer mengadap TV/games..
*terpikir: sbb tu bila pendidikan jasmani sekarang, ramai pelajar lebih suka bergossip dari berlari2..
Sunday, December 27, 2009
KU CAMPURKAN KESEMUANYA JADI SATU
Saturday, December 26, 2009
TAHNIAH SMART
hehe..x habis2 cite psl PMR an..baru dpt tahu sekolah yg sya pernah duduk selama 2 mggu di Kuantan SMK Abdul Rahman Talib dapat capai keputusan cemerlang area Kuantan..seramai 130 +- pelajar f3..dan 100 org dpt 9A dan 8A..gempak..tp semasa saya training dgn guru2 mereka..mmg nmpk usaha gigih pelajar dan guru2 sekolah tu termasuk PIBG..saya sempat berborak dengan 3 org guru kaunseling sekolah uh..mmg sgt best la..
Kolej Yayasan Saad Melaka straight A kesemuanya seramai 60 org pelajar..bdk skrg ni mmg cerdik2 ke?..hahaha..Alhamdulillah..persaingan semakin kuat..pelajar yg cerdik pintar da terlalu ramai..laluan tuk masuk ke IPTA/IPTS terpaksa di tapis2 lagi2 yg utk menerima biasiswa..sbb uh kerajaan wat pemilihan pada kokurikulum..so mana yg akademik cemerlang, kena juga koku cemerlang, bru cerah peluang..apepun..tu pada atas kertas goverment side..apepun kita bertawakal n redha dan percaya rezeki tu ada di mana2..insyaALLAH..
Friday, December 25, 2009
GAGAL DALAM PMR?
Keputusan peperiksaan PMR 2009 telahpun dikeluarkan. Ada pelajar yang berjaya mendapat semua A. Syabas dan tahniah untuk mereka. Tetapi ramai pula pelajar yang gagal dan mereka ini perlu dibantu dan dimotivasikan agar tidak terlalu kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.
Terdapat empat kategori pelajar gagal:
1. Pelajar yang memang rajin belajar dan berusaha tetapi gagal. Biasanya mereka gagal untuk dapat ‘Straight A’. Itulah istilah gagal bagi mereka.
2. Pelajar yang memang tidak berusaha dan malas belajar lalu gagal. Malah ada yang telah menjangkakan kegagalan mereka dari awal lagi. Ini berlaku kerana masalah sikap, pergaulan, terlalu mahu berseronok, masalah keluarga dsb. Mereka perlu dikaunseling dan perlu ikuti program motivasi atau pemulihan.
3. Pelajar yang gagal sebab tidak berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik. Ini disebabkan kebolehan dan potensinya adalah dalam bidang dan jurusan yang lain. Ada pelajar yang telah berusaha tetapi memang kemampuannya setakat itu sahaja. Janganlah kita marah dan paksa anak untuk lakukan sesuatu di luar batas kebolehan mereka. Sedari potensi anak yang lain seperti dalam bidang sukan, kemahiran tangan, kebolehan komputer dan ICT, seni, keusahawanan, dan sebagainya. Dengan cara itu anak-anak tetap akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti.
4. Pelajar yang sengaja menggagalkan dirinya atas alasan-alasan peribadi seperti tidak mahu duduk di asrama, tidak mahu bersekolah di sekolah aliran agama, sebagai tanda protes atas masalah yang wujud antara ibu bapa kononnya padan dengan muka mereka. Kumpulan pelajar sebegini memang perlu dibantu melalui sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu sedar kalau anak benar-benar tidak mahu ke asrama maka tidak perlu paksa. Nur Amalina Che Bakri pun mampu dapat 17A1 melalui sekolah harian biasa sahaja.
Untuk bangkit dari kegagalan ini, pelajar perlu jujur dan ikhlas menganalisa diri mereka sebab-sebab dan punca kegagalan itu.
Kalau memang sudah berusaha tetapi gagal maka:
- Mungkin terlalu ‘overconfident’ hingga menyebabkan berlaku kecuaian ketika menjawab soalan. Oleh itu pelajar perlu belajar dari pengalaman ini dan perlu semak jawapan banyak kali. Pelajar perlu ingat kesilapan memang boleh berlaku dalam peperiksaan.
- Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.
- Pelajar perlu Belajar Cara Jatuh. Ada pelajar yang ambil tindakan di luar akal fikiran yang waras hingga dulu ada kes pelajar yang bunuh diri disebabkan gagal dalam peperiksaan. Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara:
o Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A
o Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain
o Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan
o Jadikan kegagalan itu sebagai ‘Stepping Stone’ bukannya ‘Stopping Stone’.
o Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Ada pelajar 5A dalam UPSR tetapi tidak mendapat semua A dalam PMR. Ada pula yang tidak semua A masa UPSR tetapi 8A dan 9A dalam PMR. Oleh itu kegagalan hari ini tidak ada kaitan dengan keputusan kita dimasa akan datang. The past is never equal to the future.
o Mula belajar dari awal tahun dan jangan tangguh menyelesaikan setiap perkara yang tidak difahami.
TADAH TANGAN DAN TUNDUK PENUH KUSYUK
kekuatan umat islam adlh pd DOA..jgn sekali2 kita abaikan doa..kerana doa itu senjata umat islam..x semestinya time solat je bole berdoa..jom kita baca sama2..(music kt seblah uh sila pause)
Thursday, December 24, 2009
TAHNIAH PMR
tahniah buat semua pelajar PMR..tahun ni Al-Amin ada peningkatan A utk semua subjek. 29 org 9A dan 14 org 8A..ramai yg sangkut kat B.Arab..maklumat yg lain sya x dpt lagi..ni pun tanya cikgu Alia..apa pun tahniah kepada semua..
yg kurang berjaya jgn frust sgt2..u all boleh berjaya insyaALLAh..usaha tgga kejayaan..
Monday, December 21, 2009
SAYA SUKA JIKA MEREKA....
saya suka jika mereka:
menutup aurat
mereka tahu menutup aurat tu wajib ke atas umat islam, tp mereka x buat..kenapa? sbb syaitan menguasai diri? ingin menampakkan kecantikan diri? risaunya kalu kita di tarik nyawa oleh malaikat maut on d dot, x sempat menutup aurat.. Ya Allah, manis dan ayu nya kalau mereka menutup aurat..sgt comel sbnrnya.."cg..ana bkn la cantek pun, x de sape nk pandang ana, klu ana x pki tudung".."cg ana taw benda ni haram, tp ana nk cuba".."cg, parents ana x ckp ape pun, ana mcmni"...cantik uh subjektif..x kan kekal pun, cantek seseorg uh terletak pada akhlaknya..
pada mereka yg bertudung, pastu buka tudung hya kerana nk cantek ke , nak try ke..berubah la..masih x trlambat, carilah kawan yg bole membimbing..jgn malu..kami syg anda semua..Jgn sekali sekala lawan dan mencabar hukum Allah..dan kpd kwn2, tlg la bimbing mereka, jgn hye mendiam diri..HARAM tetap HARAM..kwn yg baik ialah kwn yg sentiasa membimbing kwnnya ke jalan yg di redhai ALLAH..insyaALLAH..
ALLAH LAGI SUKA KALAU ANDA MENUTUP AURAT
Saturday, December 19, 2009
SEMOGA BERBAHGIA
rindu sama mereka, dal.farah.fana.shaggy.saleema.
afee.."cg ana dpt no 3 maen pingpong wakil kolej"..wahhhh..tercabar maryam sahar..hehe
"lpas hntr wardah balik..da 500meter..wardah msj.."alamak cg, ana tertinggal barang kat belakang tempat duduk cg"..tros sya brek n parking tepi..tgk2 ade hadiah tuk saya..Ya Allah terharunya..menitik air mata sya..anak murid sya yg cute ni ske wat suprise ..haha..TQ Wardah..
ape pun TQ afee.kyah.syi jemput cg ke kenduri..Tq wardah. dee n dal teman cg..TQ wardah wat cg cuak nsekarang cg tgh menikmati COKLAT BLACK FOREST yg nt belikan dr langkawi..TQ..