kekuatan umat islam adlh pd DOA..jgn sekali2 kita abaikan doa..kerana doa itu senjata umat islam..x semestinya time solat je bole berdoa..jom kita baca sama2..(music kt seblah uh sila pause)
Ya Allah, perbaikilah agamaku yg menjadi sandaran segala urusankan, perbaikilah duniaku, yg menjadi tmpt kehidupanku. Perbaiki akhiratku, tmpt di mana aku di kembalikan. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan setiap kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai ketenagan daripada segala kejahatan untukku.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kehilangan nikmatMu, drpd kurangnya kesihatan yg engkau kurniakan, drpd pembalasan-Mu yg tiba-tiba dan dari segala kemurkaan-Mu.
Wahai Tuhanku, bahawasanya akau berlindung dgn Engkau drpd kemalasan, dan drpd umur tua yg amat sgt, dan drpd bebanan yg memberatkan aku dan dosa. Ya Allah, aku berlindung dgn engkau drpd azab neraka, fitnah neraka, azab kubur dan drpd kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kepapaan. Dan aku berlindung dgn engkau drpd kesesatan hati, kelalaian, kepapaan, kehinaan dan kemiskinan. Aku berlindung dgn Engkau drpd kepapaan, kekafiran, kefasikan, pertengkaran, sifat menunjuk-nunjuk dan riak. Dan aku berlindung dgn Engkau drpd tuli dan bisu, penyakit gila, dan segala penyakit-penyakit yg jahat dan buruk.
Ya Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana kedua-duanya mengasihaniku sewaktu aku kecil.
Ya Allah, bahawasanya aku bermohon kpd Engkau segala kebajikan sama ada yg cepat atau yg lmbt, yg di ketahui atau yg belum diketahui. Dan aku berlindung dgn-mu Ya Allah, drpd segala kejahatan sama ada yg cepat atau lambat, yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu syurga dan perkara yang mendekatkanku kepadanya, sama ada yg berupa perkataan atau amalan. Dan aku berlindung dgn Engkau drpd neraka dan perkara-perkara yg mendekatkan diriku kepadanya sama ada dgn perkataan atau perbuatan.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu supaya Engkau jadikan segala ketetapan qada' Engkau atas diriku kebajikan semata-mata. Ya Allah aku memohon kepada-Mu tentang segala yg Engkau tetapkan bagiku supaya Engkau jadikan akibatnya lurus (baik).
Ameen Ya Rabbal Alamin