Tuesday, July 14, 2009

muslimah 'playgirl'

,

Tajuk entri kali ini mgkn agk pns tetapi kebenaran ttp perlu dinyatakan. Alhamdulillah, walaupun agak berat skit tuk post entri ini namun berjaya gak.

Sedih gak bila memikirkan perkara semacam ini kerana umat Islam kini semakin hari semakin jauh daripada petunjuk dan bimbingan Allah s.w.t. Muslimah dilihat sebagai salah satu ikon kesyumulan Islam tetapi segelintirnya yang menjadi parasit yang merosakkan nama baik wanita muslimah.

'Seorang lelaki playboy' merupakan istilah yg sgt masyhur sejak sekian lme dikalangan lelaki dn wanita namun kini istilah 'wanita playgirl' dilihat cuba utk menyaingi istilah 'lelaki playboy'. Berdasarkan konsep yg sme dgn istilah lelaki playboy, istilah 'playgirl' juga menunjukkan keperibadian yg sgt buruk terhadap seseorang wanita. Ramai dikalangan wanita kini yg menjadi playgirl ats bermacam-macam sbb dn tdk hairan jika ramai dikalangan wanita playgirl adlh dpd kalangan wanita yg memakai skirt pendek, jeans londeh dn ketat sehingga menampakkan pusat dn berbaju atau singlet ketat dn sendat menjadi seorang wanita 'playgirl'. Apa yg dibimbangi kini adlh wanita muslimah yg tahu dn belajar agama juga turut tergolong dikalangan 'wanita playgirl'.

Perlu difahami dgn sebaiknya, tujuannya bkn ingin menabur fitnah kpd para muslimah tetapi ingin memberi kesedaran agar para 'muslimah sejati' membuka mata melihat kepincangan akhlak yang berlaku dikalangan muslimah khususnya dn seluruh umat Islam amnya.

Perlu diketahui bahawa wujud juga dikalangan muslimah yg boleh dikategorikan sbgai 'playgirl' krn memiliki rmi teman lelaki.
Mereka inilah yg menjadi fitnah kpd 'muslimah sejati'. Jika dilihat pada sudut perwatakan secara zahir, merupakan pelajar agama yg menampakkan keperibadian baik, kesantunan, kesopanan, bertudung litup, berjubah dn hya kadang-kadang berbaju kurung. Baju singkat dn seluar ketat jauh sekali dn memang tidak dipakai tetapi disebalik nilai ke'Islaman' yang ditonjolkan, tersirat suatu keperibadian yag menunjukkan akhlak yg sgt buruk dikalangan muslimah 'yang berlakon baik ini'.

Di depan dgn keperibadian cukup baik sekali tetapi di belakang dia merupakan seorang muslimah yang 'playgirl'.
Sya tidak menulis tanpa bukti dan jauh sekali hendak menabur fitnah kpd kaum muslimah. Hal ini berlaku kepada seorang teman yg telah menjadi mangsa kpd muslimah 'playgirl' ini. Bermodalkan rupa paras yang agak ayu, cantik dn menarik serta berjaya 'melakonkan' keperibadian yg cukup baik sehingga mampu membuatkan ramai lelaki tertarik kepadanya, muslimah ini berjaya mencairkan dn menawan hati ramai lelaki. Lebih kurang 3 atau 4 lelaki yag berjaya dikuasainya. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
cantik nye mushroom nih tp beracun plak..sayangnyeee..

Keperibadian dn akhlak sebenar muslimah ini akhirnya 'terkantoi' apabila dua dpd lelaki yg menjadi temannya merupakan dua org sahabat baik. Sya dikhabarkan bahawa muslimah tersebut tdk pernah keluar 'berdating' dgn mana-mana lelaki yang menjadi temannya dan hanya berhubung melalui SMS dan telefon (kononnya bercinta cara Islam). Mungkin istilah yang agak berat kerana sya gunakan kerana melabelkan muslimah tersebut sebagai seorang 'playgirl' tetapi sya rasa itu adalah suatu istilah yang paling sesuai kerana akhlak yang ditunjukkan langsung tidak mempamerkan akhlak dan keperibadian seorang muslimah sejati. Sya tidak menghukum semua para muslimah, hanya kerana segelinitir kecil muslimah 'playgirl' ia menjadi fitnah yang cukup besar kepada muslimah sejati. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Buat para muslimah sejati, anda adalah aset Islam yang cukup penting dan usah terasa dengan entri ini kerana siapa yang makan lada, dia yang akan terasa pedas lada tersebut. Khas buat 'muslimah playgirl', sedarlah bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan usah terpedaya dengan kehendak nafsu,tipu daya dunia dan hasutan syaitan. Jangan kerana anda, maruah Islam yang tercemar. Hari ini insyaALLAH lebih baek dr semalam..

0 comments to “muslimah 'playgirl'”

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates