Monday, June 15, 2009

al-fatihah buat Ammar Zulkifli

,
Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

*sememang nya saya tidak mengenali aruah dan rakan2 yg trlibat dlm kemalangan ini tp kami adlh sahabat seislam..Aruah dan sahabat adalah senior sahabat kite, nurul iman dashuki yg menuntut di univ kaherah..mari kita sama2 berdoa semoga allahyarham ammar di tempatkan kedalam golongan2 yg beriman insyaALLAH..da semoga sahabat2 lain yg terlibat dlm acc beransur sembuh..

Disini link2 berkaitan dgn 5 sahabat Gen6 medic cairo univ:

Berita terkini sahabat2 aruah Ammar yg masih didalam rawatan.
Kenangan aruah Ammar
Setibanya jenazah Ammar di kampung halaman
Video Kenangan


3 comments to “al-fatihah buat Ammar Zulkifli”

  • June 15, 2009 at 8:02 PM
    fathiyyah says:

    semua student cairo uni tgh berkabung ni cikgu

    :(

  • June 15, 2009 at 8:30 PM
    shikin says:

    owww..nt take care taw...

  • June 16, 2009 at 9:42 AM
    criestz says:

    i miss u ama..
    i hope det i can see u early
    in jnnah..
    u stoled ma heart
    n u'll nvr give it 2 me back..
    so how can i frget u buddy..
    it's killing me slowly..
    i'll mis u until de end..
    ammar

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates