Tuesday, April 28, 2009

SMIH..chaiyok2

,
The 8th IIUM Interschool Debating Championship 2009

RMC, MCKK, MRSM Taiping, MRSM Pasir Putih, Maahad Hamidiah, KISAS, TKC semua kecundang di tangan Sekolah Menengah Islam Hidayah SMIH!!

LAPORAN PADA AHAD 26 APRIL 2009


Alhamdulillah, setakat semalam 4 pasukan debat SMIH telah memenangi kesemua 10 debat, 6 debat Bahasa Melayu dan 4 debat Bahasa Inggeris. Antara sekolah yang telah dikalahkan semalam ialah RMC, MCKK, MRSM Taiping, International Islamic School, Maahad Hamidiah Kajang, MRSM Pasir Putih, SMAP Labu. Doakan mereka terus berjaya.

LAPORAN PADA ISNIN 27 APRIL 2009

Petang tadi pasukan debat Bahasa Melayu SMIH telah mengalahkan KISAS (dulunya KIK, oops maaf ustaz-ustaz alumni KIK) pada peringkat final octo (yang menentukan lapan pasukan teratas), dan akan melangkah ke peringkat suku akhir pagi esok (Selasa). Ini adalah pencapaian terbaik SMIH setakat ini. Mohon do'a antum semua.

Pasukan debat Bahasa Inggeris, SMIH telah mengalahkan pasukan TKC (maaf makcik-makcik ex-TKC) pada peringkat double octo, dan akan ke peringkat final octo malam ini (Isnin). Kalau tak salah ini juga pencapaian terbaik pasukan Bahasa Inggeris SMIH setakat ini. Lagi sekali mohon doa intensif antum semua sekarang ini.

LAPORAN PADA SELASA 28 APRIL 2009

BM- SMIH telah berjaya masuk final dan akn bertemu dgn STAR

BI - SMIH telah berjaya masuk final dan akan bertemu dgn SMK greenroad

Semoga SMIH dapat "Walk Tall in the Eyes of the World" untuk Islam.

Wassalam

4 comments to “SMIH..chaiyok2”

  • April 28, 2009 at 2:16 PM
    nuruliman says:

    ok,ana sgtla teruja.skrg ana dlm klas tp xblh dok diam. wahah.mesti org igt ana emo ke ape. waa.

  • April 28, 2009 at 4:08 PM
    shikin says:

    gelabah la iman

  • April 28, 2009 at 4:24 PM
    nuruliman says:

    Waa.mrk ke final. T_T

  • April 28, 2009 at 4:57 PM
    shikin says:

    hebatkan eyman

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates