Thursday, February 23, 2012

Basic Fotografi

,



APERTURE
Aperture ditakrifkan sebagai lobang yang membenarkan cahaya lalu masuk. Sama konsepnya dengan struktur iris dalam mata. Dan konsepnya pon sama. Maken besar lubang, maken banyak cahaya masuk. Maken gelap environment, kita memerlukan lobang yang lebih besar, supaya cahaya yang masuk adalah cukup banyak untuk memastikan exposure gambar yang dikehendaki, dapat dicapai. Paham kan? Simple dan mudah.
Nilai aperture pulak, maken kecik bermakna maken besar lubang. Contohnya, f 1.4 lagi besar dari f 2.0 dan seterusnya.
APERTURE DAN SHUTTER SPEED
Obviously, aperture dan shutter speed mempunyai kaitan rapat dan bergerak secara selari. Sebabnya, dua-dua basically melibatkan jumlah aliran cahaya yang masuk. Aperture ialah size lubang, manakala shutter speed ialah jumlah masa lubang tu dibukak semasa proses amek gambar. Kiranya, kalo anda guna aperture 1.4, bermaksud anda leh guna shutter speed yang lebih laju untuk dapatkan exposure yg dikehendaki.  Logiknya ialah, anda tak perlu bukak lubang lama-lama, sebab lubang dah sedia besar, so cahaya yang lebih banyak boleh masuk dengan kadar masa yang lebih cepat. Paham kan? Simple dan mudah.
APERTURE DAN BOKEH
Ada satu benda yang di’term’kan sebagai bokeh. Bokeh secara ringkasnya ialah blur, atau lebih tepat lagi, blur yang estetik. Efek bokeh terhasil kesan dari wujudnya depth of field, atau lebih diketahui umum ‘dof’. Dof ialah satu area di mana subjek yang terletak di dalam area tu akan difokus, manakala yang terletak di luar area, akan jadi out of focus (blur).
Kaitan aperture dan bokeh ialah, maken besar aperture, maken shallow depth of field ( maken kecik area), so maken banyak dan kuat blur nyeh aka maken kuat bokeh nya. Mechanism terbentuknya bokeh ni boleh di baca dalam wiki, sangat jelas dan mudah difahami. Tapi, basically, bagi enthusiast bokeh, atau sape-sape yang minat nak dapatkan efek bokeh, anda kena pakai lens yang mempunyai aperture yang besar. Sepanjang pengalaman, aperture sebesar 2.8 sudah mampu memberikan dof yang secukupnya untuk dapatkan efek bokeh yang kemas dan smart.
Antara lens favorite untuk efek bokeh :
50mm f1.4
50mm f1.8
24-70mm f2.8
70-200mm f2.8
Aku rasa yang paling sedap ialah 70-200mm 2.8. Dah la aperture besar, leh zoom jauh, dan basically subjek yang diambil dengan lens nih, biasanya dalam situasi dimana subjek tu duduk jauhhh dengan background. Bila dalam keadaan camtu, efek bokeh jadi lagi meletup-letup. Heheh. So belilah lens nih. Leh aku pinjam nanti-nanti. Tak mahal pon. Canon punya baru RM 7k++ uhuk uhuk.
Di sini aku kongsi link sifu-sifu bokeh yang aku sangat minat..
Okeh, sekian. Banyakkan tengok galeri-galeri cantek, so gambar-gambar korang pon leh jadi cantek-cantek

0 comments to “Basic Fotografi”

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates