Saturday, January 14, 2012

menu ari ni

,
hehe.. ekceli cream cheese pudding ni saya buat semalam.... rasa memang sedap lah sebab ada cream cheese tu kan.... sebenarnya bertimbang tara jugak nak wat ciskek ke nak wat puding cream cheese yang ada tu... lepas mengambil kire segala aspek dan citarasa tekak, terasa² cam nak makan pudding sejuk² gitu....tapi dalam masa yang sama teringin nak makan ciskek... terus ambik keputusan wat pudding ni sebab tuan punye asal resepi kata bila makan pudding ni sekejap rasa macam makan kek, kejap rasa macam makan puding... heheh... eh btollah, memang kejap2 rasa macam makan non baked ciskek....kejap2 memang rasa cam makan  caramel pudding...yummy!~ terime kasih ya kak yani atas resepi yang cukup marvelous & kreatif.. izinkan saya share disini pula untuk rujukan bersama :)


 jgn tgk tarikh gmbr uh, sbb saya mls nk edit..hehe..susu segar saya tukar susu pekat..jadi gula saya kurangkan..
 xde kukus, so ikhtiarhidup, gune ape je yg ada kt dapur tuk mengukus..jgn lupe tutup dgn aluminium foil supaya wap x menitik di permukaan caremal..
 taraaaaa....
 nipis sbb loyang besar kot hehe..next tym wat 2x ganda
serius sedap..haha pasan tp mmg sedap..

RESIPI CARAMEL CHEESE PUDDING
Resipi Asal : Kak Yani, Myresipi


Bahan² Untuk karamel :
70 gm gula
2 sk air
2 sb air suam


Bahan² untuk Pudding
180gm cream cheese
70gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar (saya guna susu pekat separuh tin)
1 sb jus lemon


Cara Untuk Karamel

Panaskan gula dengan 2 sk air dan kacau hingga perang, Kemudian masukkan 2 sb air suam, kacau lagi dan matikan api. tuang ke dalam loyang yang sesuai.

Cara² Untuk Pudding:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul. gunakan handwhisk untuk memukul telur . Pukul sekadar bergaul rata dan tak perlu hingga kembang.

2. panaskan susu hingga hampir mendidih kemudian tuangkan ke adunan no 1 tadi. kacau rata.
3. Tuang adunan puding ke dalam loyang yang berisi caramel tadi.
4. Kukus caremal dalam 40-45 minit..
6. Sejukkan sebelum terbalikkan loyang atas piring untuk dihidang.

cube la..ngee

Friday, January 13, 2012

Malunye

,





‎>> SELAMATKAN MALUMU..<<


Malu itu indah..
Malu itu fitrah..
Janganlah menjadi INSAN yang langsung TIDAK MEMILIKI rasa malu..
Bergaul sebebas-bebasnya..
Sesama lelaki dan perempuan..
Itu bukanlah akhlak seorang muslim..
Berpada-padalah, jagalah IMAN sesama insan..
Jika malu, maka HENTIKANLAH tindakan yang tidak malu..

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra. dia berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya sebuah ungkapan yang telah dikenal banyak orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau TIDAK MALU, berbuatlah semahumu.”
(HR. Bukhari)

>>> Para wanita Muslimah kini mungkin TIDAK MENYEDARI bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi diri mereka dan memujuk mereka agar MENINGGALKAN sifat malu..apabila sifat ini tertanggal, maka HILANGLAH segala sifat fitrah wanita yang sepatutnya ada..♥♥♥

>>> Di kala para wanita Palestin melaung-laungkan suara mereka dengan keras menantikan JANJI Allah kepada mereka, wanita Muslimah kita pula TANPA RASA MALU mendedahkan aurat, BANGGA dengan KECANTIKAN yang diperlihat ramai..berlembut-lembutan apabila BERBICARA dengan lelaki, apalah yang TERSISA untuk membawa diri di hadapan Allah nanti..♥♥♥

-H.A-

Saturday, January 7, 2012

Luahan Umat Akhir Zaman

,




Si A : Kenapa sebuk sangat nak jaga hal atau tepi kain org? Diri sendiri dah tak boleh jaga ke? Dah rasa diri tu ALIM ke?

Si B : X de lah, Nabi Muhammad s.a.w pernah pesan, bila berlaku maksiat depan mata kita WAJIB tegur dgn 3 cara iaitu dengan TANGAN, LISAN @ HATI itu selemah-lemah Iman. Pastu plak: "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorg itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"

Sedikit Tambahan lagi : Oo..Tidak boleh nasihat ke?
                                    Nanti bila dah mati, jangan munyusahkan org plak, utk memandikan, mgafankan &
                                    tanam jenazah kamu ye nanti...


SUMBER: Muslim Life

Friday, January 6, 2012

Pelajar cedera cabar polis siar video penuh

,

Seorang pemimpin pelajar yang cedera dalam demonstrasi di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, mencabar polis menyiarkan rakaman penuh video kejadian tersebut.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang bertegas bahawa empat klip video yang disiarkan pihak polis hanya menunjukkan apa yang berlaku sebelum pergelutan antara polis dan pelajar, yang menyebabkan dia cedera parah.

muhammad safwan anang launch police report 050112 01"Kami mengutuk polis kerana berbuat demikian. Mengapa mereka tidak memuat naik gambaran sebenar tentang apa yang berlaku semasa pergelutan itu?" soalnya.

Katanya, ini bermakna polis menafikan berlaku pergelutan, menyembunyikan sebahagian daripada bahan bukti," kata Safwan berhubung insiden awal pagi Ahad lalu di luar kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Safwan yang masih menggunakan kerusi roda berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi petang ini.

Dalam laporan itu, dia menuduh berlaku kekasaran pihak polis semasa pergelutan tersebut, dan juga mengadu cermin depan keretanya dipecahkan oleh orang yang tidak diketahui pada pagi berikut.

Safwan tetap mendakwa anggota polis menumbuk pipi kirinya dan menekan lutut pada dada kanannya ketika menangkapnya, menyebabkan dia selepas itu mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.


Sumber MALAYSIA Kini

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru

,


Berdoalah utk Tahun barumu..
سم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu, telah berjumpa pada taat-MU.Telah bersatu dalam dakwah padaMU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalaNnya .Penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar . Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan-MU"..............

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami….
Doa ku yang mengharap hanya dari Mu ya Ilahi,
Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri ni’matMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatmu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, pinta perkenankanlah.
Ya Allah kini menjelanglah malamMu dan beredarlah sudah siangMu, dan inilah keluhan suara orang-orang yang berdoa padaMu, maka oleh itu ampunilah dosaku. Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dgn ma’rifat tentangMu…maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.
Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ajarkanlah kami, Ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.
“maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih kepada Daud. Dan kamilah yang melakukannya” (al-Anbiya’:79)
Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad s.a.w., selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkanlah kami dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa’yun wajaalna lil muttaqina imama.
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates