Wednesday, September 7, 2011

Jom konvoi sesame? x nak la

,
Assalamualaikum..



diy tye "cg x join ke konvoi raya derang?"

kin jawab "campur lelaki perempuan ke?..erm x nk la..cg x selesa dan x ske?

diy tye "nape?"

kin jawab "walaupun cg ni 'cikgu' tp cg tetap segan dan x selesa bila berkonvoi beramai2 dgn banin rumah ke rumah..erm mmg la naek kereta asing2, tp bila di dlam rumah, boleh kite jaga pergaulan uh, boleh ke kite jaga mata uh?..boleh ke kita jaga hati kite? sng cite, bg cg 'x perlu' pun..asing2 lagi besar hikmahnya..mmg la cam nak eratkan ukhwah..tp dlm bentuk bagaimana nk eratkan ukhwah?..ukhwah sesama banin banat kah? or banat2 kah dan banin2kah?..kalau cg, cg mmg agak susah la..sbb takut kdg2 aurat kite terlepas, pastu di perhatikan banin yg di kenali..astagfirullah.."  cg nak lari dr fitnah dan dosa2 yg kte x pasan..

diy faham "ohhhh ok"

td....sms

fah tye "salam cegu..Apa pendapat cegu kalau konvoi raye ramai2 bnn bnt?"

iki jawab "wsalam..erm cg x ske dan x setuju"

fah jawab gak "ana pun, gang ana nk wat ni, camner eh nk halang?"

kring2 iki menalipon fah lalalalalalalalalaa"syaitan ni kretif taw cg, jgn kite trpengaruh dgn syaitan..cg imagine la kalau da sama2, cg pun tawla dressing banat, x ke cam menarik perhatian bnn, pastu bergambar lah..masyaALLAH.. bla bla bla bla...."

nor msj tmah soklan yg sama minta pendapat...

"wsalam..x perlu, pd ana fakus n tujuan wat konvoi ialah utk rapatkan ukhwah ssma bant betul x? bile da libatkan bnn ia akan jd complicated. kalau blh mndatangkan fitnah, elok dielak, pndngan ana gitulah..sbb klu nk wat sumting, bia jelas tujuan n brnilai ibadah, bru brbaloi..hehe person ally, ana x selesa klu konvoi campur..hehe, kalau nak wat gak, kne dlm suasana trkawal n btl2 jga adab pergaulan laki perempuan la, yg pasti, kne jelas knp kte nk wat sesuatu tu. kalau x perlu konvoi, x yah buat. bnn konvoi drg, kte konvoi kte.."

nor brkata dlm hati.."alhamdulillah..ade gak yg setuju dgn pendirian saya..igtkan saya trlalu kuno bab2 ni...bg saya 'tak perlu'..kalau nak sgt bersama..setup program mc daurah ke an..klu yg itu saya setuju sgt..wat program2 yg betul2 bermanfaat dan x menimbulkan fitnah..alangkah bagusnya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan.
1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
  • a. Ucapan yang makruf dan sopan
    -Firman Allah : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
  • b. Menundukkan pandangan
    -Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
  • c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
    -Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.
  • d. Tidak berkhalwat (berdu-duaan)
    -Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.
  • e. Menghindari tempat shubhat
    -Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu… (Riwayat Bukhari)
2. Adab khas untuk wanita
  • a. Iltizam dengan pakaian Islam
    -Firman Allah : Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi : Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj.
  • b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
    -Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan ) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
  • c. Menjaga pergerakan
    -Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

MARI KITA KEMPEN IKHTILAT SIFAR..

0 comments to “Jom konvoi sesame? x nak la”

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates