Wednesday, April 27, 2011

SUTAI

,
Assalamualaikum..

Bila ada yang mengajak saya join SUTAI (SUKAN dan SANTAI) g4s, saya menolak utk pergi..jujurnya sbb x semua saya rapat dlm batch ni..tapi alhamdulillah saya kenal..jadi saya selalu pikir, takut ada yg x selesa dgn kehadiran saya..

tp nama saya hadir gak?..hahaha tu la bila ada yg mengajak saat2 akhir, saya tunaikan juga SBB saya x tahu bila lagi akan dpt jumpa mereka atau SBB saya sygkan ukhwah di antara mereka..mana2 la..yg penting saya enjoy..TQ sudi meng'invite' hehe..






Friday, April 22, 2011

TABIAT

,
aaaaaaaaaaa saya da semakin parah dgn tabiat saya..tolonggggggggggg..
GIGIT KUKU..



Tuesday, April 19, 2011

Cerpen Sahabat Sejati

,
Cerpen Sahabat Sejati
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : pejai




Goblet of coffee 5


Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

semua hati manusia adalah putih pada awalnya



"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."


The image “http://www.haagen-dazs.com/img_db/pro/pro_vcc_101.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.



Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

Tuesday, April 5, 2011

KEPUTUSAN

,
Assalamualaikum...keputusan ape?..erm agak da lama bru nak post..bg cool dulu..


Keputusan SPM 2010 Al-Amin...Jujur kali ni saya lebih cool bila results nk keluar..nape?..tah..rasa cam cool..haha..susah nk ckp..


pukul 9+-..Huda call..tym uh saya dok lepak dgn kawan2 opis cite psl spm adek masing2.."cikgu..alhamdulillah ana dpt straight A's"..tym2 uh muke saya tunduk ke meja dan mengalir air mata..bersyukur dan post dlm FB..tetibe saya jadi cam x cool sgt..sya mcm nak tahu results anak2 yg len..sy cbe x nk brtanya tp akhirnya sya msj dee..dee  x check lagi.."dee alhamdulillah huda straight a".."alhamdulillah..cg ana berdebar"..saya minta no ic dan angka giliran dee..tp dlm kul 12+- , bru saya SMS ..tit tot..msj masuk .. terus call dee bgtaw results dia..straight a gak..menangis sekali lagi..Alhamdulillah..then msj masuk masuk dan masuk..masing2 send results masing2..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Tym uh mmg rasa nk ke sekolah nk jumpa mereka..aaaaaaaaaaaaaaaa TQ Allah memberi mereka akal yang sehat cemerlang ilmu dunia dan akhirat..Alhamdulillah..


PEMILIHAN


So plan tuk isi UPU plak..masing2 da pening pk course yg cun dan best dan sesuai dgn mereka..jujur juga mmg pening..nak kene pk kehendak ibu bapa, nak kene pk kelayakan pd results, nak kene pk impian ms depan, nak kene pk kemampuan..saya phm..saya lebih kepada nasihat dari pengalaman alumni..x nk push..ngee..Alhamdulillah saya puas hati dgn pemilihan mereka..


HADIAH


Takrim baru lepas..pada mulanya mmg x bleh nk dtg sbb mslh sendri yg 'penakut'..ikutkan cam x logic tp bila nu' bg semangat dan nasihat dan penyelamat...hehe..tq nu' last minutes saya gerak ke dewan utama BMI tuk hadiri TAkrim Al-Amin..smpi2..nmpk dee naek pentas..saya gembira tgk kejayaan mereka..saya gembira..Alhamdulillah Allah kurniakan saya ank murid yg baek, soleh solehah..(x memasal) 














Tahniah kepada semua...anda memang hebat insyaALLAH..

TEXT UCAPAN DARI ALUMNI (copy paste dr FB)


    • Syazana Adnan Mabruk adik2 didikan al-amin. Semoga ke mana sahaja kalian di campak di atas muka bumi Allah ini, bawalah ciri2 didikan Al-Amin yang soleh wa musleh. Kekalkan momentum kalian di mana sahaja kalian berada. InshaAllah, Allah ma'akum ♥
      Sunday at 23:18 ·  ·  6 people
    • Aliah Tarmizi bercampur baur perasaan tgk album ni cg, jzkk tlg uploadkan ;) Mabruk 'alaikuma adik2 sekalian, moga Allah redha dengan usaha dan penat lelah kalian. Cemerlang atau kurang cemerlang akademik bknlah kayu ukur antunna blh survive atau tdk slps tmt alam persekolahan. Sebaliknya kekuatan dalaman, sahsiah n jati diri kena lg hebat supaya tak hanyut jauh nnt dgn mcm2 cbrn luar ^^. Adik2 acuan tarbiyyah sekalian, moga di mana2 aje bumi dipijak, di situ tarbiyyah kan dijunjung, inshaAllah!...
      Sunday at 23:43 ·  ·  3 people
    • Norashikin Tajuddin terima kasih aliah..doakan mereka..
      Yesterday at 03:26 · 
    • Asma' Nasir tahniah kpd adik2 alamin..inshaAllah kejayaan antunna bakal membuka seribu langkah ke hadapan..bright future inshaAllah waiting u giys ahead..jgn lupa apa yg mutiara2 yang dpt kt alamin ye..kembangkannya =)
      Yesterday at 06:34 ·  ·  1 person

Friday, April 1, 2011

Beberapa perkara yang perlu diperhalusi oleh pendakwah

,


Fundamental Techniques in Handling People


      1. Don't criticize, condemn, or complain.
      2. Give honest and sincere appreciation.
      3. Arouse in the other person an eager want.




Six Ways to Make People Like You


     1. Become genuinely interested in other people.
     2. Smile.
     3. Remember that a person's name is, to him or her, the sweetest and most 
         important sound in any language.
     4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves.
     5. Talk in the terms of the other person's interest.
     6. Make the other person feel important and do it sincerely.




Twelve Ways to Win People to Your Way of Thinkin.


    1.  Avoid arguments.
    2.  Show respect for the other person's opinions. Never tell someone that he or she 
         is wrong.
    3.  If you're wrong, admit it quickly and emphatically.
    4.  Begin in a friendly way.
    5.  Start with questions to which the other person will answer yes.
    6.  Let the other person do the talking.
    7.  Let the other person feel the idea is his/hers.
    8.  Try honestly to see things from the other person's point of view.
   10. Sympathize with the other person.
   11. Appeal to noble motives.
   12.  Dramatize your ideas.
   13.  Throw down a challenge; don't talk negatively when a person is absent; talk only 
          about the positive.




Be a Leader: How to Change People Without Giving Offense or Arousing Resentment


1. Begin with praise and honest appreciation.
2. Call attention to other people's mistakes indirectly.
3. Talk about your own mistakes first.
4. Ask questions instead of directly giving orders.
5. Let the other person save face.
6. Praise every improvement.
7. Give the other person a fine reputation to live up to.
8. Encourage them by making their faults seem easy to correct.
9. Make the other person happy about doing what you suggest.




P/s- Buku ini ada versi terjemahan yang diterbitkan oleh PTS. Boleh beli secara online.


*info fr faisal online
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates