Thursday, February 10, 2011

Antara hukum vs pendidikan

,
saya baca..saya paham..saya buat dan saya share kepada semua..itu plan saya..kalau saya lalai..tlg igtkan saya..ok cun


A n t a r a   h u k u m   d a n   p e n d i d i k a n


Bismillahi walhamdulillah.
Pada perhimpunan mingguan lepas, saya mengiringi Puan Pengetua untuk menyampaikan 
hadiah kepada murid-murid Tingkatan Satu yang memenangi acara dipertandingkan 
sepanjang Minggu Orientasi. Sebagai murid yang baru melangkah masuk ke sekolah 
menengah, mereka masih tebal dengan adab seperti mengucapkan terima kasih dan 
bersalaman dengan orang yang lebih tua. Sehinggakan murid lelaki terbawa-bawa 
kebiasaan mereka semasa sekolah rendah dahulu, iaitu hendak bersalaman 
dengan Puan Pengetua. Alhamdulillah, sebagai pengiring, saya sambut salam mereka 
sebagai ganti Pengetua.
Dari sudut hukum fiqh, tidaklah menjadi kesalahan murid yang belum baligh untuk
bersalaman dengan guru-guru mereka. Sebagaimana diharuskan kanak-kanak bersalaman
dengan orang yang lebih tua dari mereka. Namun dari sudut pendidikan dan memperkenalkan
murid dengan menjaga adab bersosial, mereka tidak dibenarkan bersalaman dengan guru
bukan mahram. Jika mereka terbiasa, susah untuk meninggalkannya, apatah lagi umur baligh
berbeza antara lelaki dan perempuan dan antara seseorang dengan yang lain.
Contoh lain, pernah seorang murid datang bertanya; Ustaz, boleh tak kami guna gitar dalam
persembahan Hari Guru nanti? Saya jawab, tidak. Memang ada ulamak yang mengharuskan
alat muzik, lebih-lebih lagi jika tidak melalaikan. Tetapi dalam konteks pendidikan, keharusan
tadi tidak diguna pakai.
Biarlah mereka berpegang dengan dasar umum terlebih dahulu seperti lelaki tidak boleh
bersentuhan dengan perempuan, tidak boleh guna alat muzik, wajib menutup aurat dan
solat sebaik-baiknya secara berjamaah dan pada awal waktu dsb. Kerana adalah lebih
baik mereka menjauhkan diri dari bersentuhan lelaki dan perempuan, meninggalkan muzik,
sentiasa menutup aurat dan solat awal waktu, daripada bermudah-mudahan bersalaman
kerana kononnya nak jaga hati VIP, longgar dalam bab aurat kerana keliru dengan status
saudara-mara, leka dengan alunan muzik kerana anggap semua muzik harus ataupun
melewat-lewatkan solat dengan alasan waktu solat itu panjang.
Kepada para pemimpin atau pendakwah yang menjadi contoh teladan, mereka tidak
semudahnya berpegang dengan hukum harus tadi, tetapi mereka perlu lebih halus dan
teliti dalam bertindak kerana setiap tindakan mereka akan menjadi panduan masyarakat.
Biarpun harus, tapi fikirkan implikasinya. Jika tidak mereka akan tersasar jauh atau keliru…
Akibatnya, jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari!
Wallahu a’lam.
Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, 
ISMA Cawangan Seremban

saya tahu ada yg x setuju tp kene paham konsep pendidikan di situ..

0 comments to “Antara hukum vs pendidikan”

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates