Tuesday, January 26, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

,

Assalamualaikum, Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:


  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

Baru tahu Sekolah Sains Alam Shah dan Sekolah Sultan Alam Shah adalah dua entiti berbeza. Bagus sbnrnya ada sekolah berprestasi tggi, saya setuju..sbb byk aspek yg di tekankan sebelum nak dpt SBT ni.

6 comments to “SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)”

  • January 26, 2010 at 12:27 PM
    TUKANG KATA says:

    wah...info baru jgk for me...tq cikgu..

    kalau al-amin gov. maybe die no 1 kot..lol!

  • January 26, 2010 at 6:18 PM
    almuna says:

    dengarnya banyak $ disalurkan ke sekolah2 ini. akibatnya tahun ni bajet untuk sekolah2 lain dipotong banyak sana sini. pelajar sekolah biasa teraniaya. kerana kabel dan rasuah, akan lebih ramai yang diterima bukan dengan cara yang sepatutnya.yang susah dan miskin akan berada ditakuk yang sama. yang senang kaya mendapat peluang dengan lebih mudah. this year is bad. some students di sek asrama biasa dipaksa balik setiap minggu atau 2 minggu sekali kerana bajet makan tiada. yang duduk jauh? yang susah? bajet ko ko dan kursus juga dikurangkan. this year al amin cuma boleh masuk 2 acara mssd sahaja...tapi yuran kena bayar untuk masuk tetap mahal. semua kerana $ sedikit...they are widening the gap...

  • January 26, 2010 at 7:41 PM
    shikin says:

    hehe..najihah.. al-amin?..erm insyaAllah..

    k.alia..oo ye ke..mssd hntr 2 acara jer?..x pe2..alamin ilmu dunia dan akhirat insyaALLAH..(pelajar alamin sentiasa besederhana insyaALLAH)

  • January 26, 2010 at 7:48 PM
    shikin says:

    saya pernah pergi SMK (P) Sri Aman dan Aminuddin Baki..mcm aminuddin baki mereka masih ada lagi bangunan lama yg cam nak roboh..hehe.

    cume sya tgk guru2 dia mmg x reti duk diam..bergerak aktif sbb mengejar kecemerlangan akademik pelajar..

    pengetua dia mmg best, ada vision n always think positif..students dia, ckp mmg speaking memanjang..hehe..

    ada pelajar dia aktif koku mewakili msia n dunia..

    kalu nak bezakan al-amin mmg jauh..cume always pray kelebihan alamin adlh dr segi ilmu akhirat insyaALLAH..

    walauapepun kluster atu SBT pun masih ade kelemahan yg di simpan hehe

  • January 26, 2010 at 11:07 PM

    huh,
    isu baru nih..
    cg, pe kriteria nak jadi SBT ni??
    student die terpilih ke?

    huhu

  • January 27, 2010 at 9:54 AM
    shikin says:

    yes isu baru nih..tah2 masuk dlm debat nnt ..cewahh..

    1. SBT nih kualiti yg paling baik bertaraf dunia..msia ada 10000 sekolah so 20 sekolah terpilih nih mmg yg terbaik la..

    2. 'keistimewaan' lain ialah pelajar dibenar menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas

    3. sekolah-sekolah berkenaan telah membuktikan mereka yang terbaik daripada segi prestasi dan pencapaian akademik serta kurikulum sekolah, hasil usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa

    4. bagusnya wujud prsaingan antara sekolah2 yg len sbb pengetua or guru besar di beri outonomi dlm pentadbiran dan kewangan..seblum nih byk di uruskan byk pihak..JPN la PPD la..Dari sudut lain pula, kejayaan 20 sekolah yang terpilih itu diharap akan menjadi pendorong dan contoh kepada sekolah lain untuk meningkatkan prestasi hingga dapat berdiri sama tinggi dengan SBT itu. Ini kerana penilaian tidak lagi berasaskan akademik, sebaliknya berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang merangkumi kejayaan sekolah dalam kokurikulum, kebitaraan dalam pasukan beruniform dan kemampuan dalam pelbagai aktiviti.

    Oleh demikian, mulai tahun ini semua sekolah termasuk sekolah harian, sekolah di pedalaman, sekolah aliran Cina dan Tamil dan sekolah berasrama penuh perlu bersaing sesama mereka untuk mendapat gelaran SBT.

    5. Maka melalui sistem SBT ini juga semua sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa akan berusaha gigih menaikkan nama sekolah masing-masing.

    Satu demi satu transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk menaik taraf semua kategori sekolah menjadi yang terbaik.

    Acuan yang sedang kita tempuhi dan bina ini akan berjaya dengan syarat mendapat sokongan penuh semua guru, pelajar dan ibu bapa.

    ada yg cg copy paste dr tenet..hehehe..cari dlm tenet..byk info..

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates