Wednesday, February 4, 2009

Maktab Sabah. K.Kinabalu

,
Peserta kursus IES..dari kiri belakang..cg sahibin, cg chin, cg saripah, cg najah, cg erna, cg natasha, cg jeany dan cg charles..Depan kiri, liza, GPK Sharifah, Pengetua, Cg Lim dan Me Shikin..

Cuaca di kota kinabalu hari ini agak mendung, membuatkan saya sering berhadapan dengan musuh yang paling ketat, rasa mengantuk..di kala hujan begini, tidur dirasakan lebih sedap dan mimpi juga lebih ternyata indah bagai di syurga.. Tapi, bagi saya, hujan begini mendatangkan satu ketenangan yang sukar dengan kata-kata..so ape lagi..meh sy bercerita ttg sabah n maktab sabah..

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

Jamuan Gong Xi Fa Cai..Mknn tradisi org cina..kene gaul2 dulu..dun wory halal tuh..heheh..

Maktab Sabah, sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah telah dikenali sebagai Government Secondary School (Technical) pada masa penubuhannya pada 16 Januari 1957. Nama asal ini telah ditukarkan kepada Maktab Sabah atas cadangan Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun pada 1961.

Cadangan untuk penubuhan sebuah sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah sebenarnya telah dikemukakan oleh Pengarah Pendidikan Borneo Utara yang pertama, P.E. Perry pada 1947. Namun cadangan itu mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk dilaksanakan. Pada peringkat awal, Beaufort telah dicadangkan sebagai tempat untuk pembinaan sekolah menengah kerajaan yang pertama di sabah. Kemudiannya Jesselton (Kota Kinabalu) pula telah menjadi pilihan.

Setelah Jesselton dipilih, timbul pula masalah tapak. Di antara tapak yang pernah dicadangkan ialah tapak sekolah menengah All Saints sekarang, Kepayan, dan tapak Hospital Ratu Elizabeth sekarang. Tapak Maktab Sabah dipilih pada tahun 1955 dan tapak jumlah keluasannya ialah 16.77 ekar. Keluasan ini terdiri daripada 3 lot tanah,iaitu kawasan padang 6 ekar, kawasan sekolah 4.8 dan kawasan asrama 5.97 ekar.

Mengikut Perancangan kerajaan Inggeris, sekolah menengah kerajaan pertama ini akan menganjurkan kursus 5 tahun untuk sijil Cambridge dan 2 tahun tambahan untuk Sijil Tinggi Persekolahan bagi pelajar-pelajar yang paling cerdik di Borneo Utara. Rancangan pembinaan sekolah ini telah diluluskan di London pada 1956. 90% kos pembinaan sekolah ini datang daripada Colonial Development Welfare Fund dan bakinya datang daripada sumber-sumber tempatan.

Setelah tapak dipilih, kerajaan terpaksa mengambil masa untuk memindahkan Civil Aviaton Departmant dan Pauper Instution yang menduduki tapak Maktab Sabah sekarang. Oleh yang demikian, Maktab Sabah menggunakan rumah atap usang yang terletak di SRK Tanjung Aru sekarang sebagai bangunan sementara apabila pelajaran dimulakan pada awal 1957.

Menurut pengetua Maktab Sabah yang pertama, G.Clarke, keadaan sekolah dan bangunan itu telah digambarkan sebagai "An old board and atap house as an office and spare classroom. Part of the house served was also used as a garage until one day a strong wind blew that part of it down....local children, dogs and chicken joined in our lesson."

..Ramai tokoh2 yg mendapat pendidikan dr sekolah ini..Jumlah muridnya seramai 1400 org..pelbagai bgsa, kaum dan agama..pengetua dia perempuan, islam..sepanjang saya menjadi jurulatih di sekolah ini..pelbagai ilmu dan pengalaman yg sy dpt..antaranya..dialek, pertuturan, ramah dan mesranya meraka membuatkan kami slesa bersama..td kami di jemput utk bersama2 meraikan majlis Gong Xi Fa Cai..sronok sbb 1st time dpt tgh tarian singa secara dekat..Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dr Yee Moh Chai, Menteri Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat Negeri Sabah. beliau juga bekas pelajar dr maktab sabah..hehehe..setakat nih mknn sabah blom dpt tekak sy menerimanya lagi..seb baek la kt skola katering tuk kursus kami org klantan yg masak..so ok lagi..hehe..mlm2 terpakse telan magi cup or KFC jer.. sedey..secara jujurnya kami hepi disini..mgkin kerana budaya masyarakat mereka yg sgt baek2 dan yg penting mereka buat kita selesa bersama mereka..patut la mse jamuan td, sy brpeluang berborak2 ngan sorg ustaz di maktab nih..dia org klantan..dia kate.."sy da sronok duk sini..x mgkin saya nk balik klantan lagi..sabah nih da cukup best buat sy.."..x sgka org klantan ckp camtuh..hehehe..skrg nih da kul 6.26 ptg..da masuk marghrib..hujan masih turun kt luar tuh..erm..kwn sy masih tgh tdo..huhu..

4 comments to “Maktab Sabah. K.Kinabalu”

  • February 5, 2009 at 9:00 PM
    sevenNeedLes says:

    ba..
    kirim salam sama singa itu ba..
    salam dari semenanjung ni ba..

  • February 5, 2009 at 10:20 PM
    shikin says:

    haha..kirim salam sudah..singa itu tidak kenal sama kamu bah..kamu kena dtg sini amik cg balik bah sbb cg suda hepi lepak kt sabah bah...

  • February 6, 2009 at 5:30 PM
    duha says:

    nnt bah kalau bah ana bah datang bah lawat bah cg bah jangan bah lupe bah bwk bah ana bah jln2 bah2..haha..

    p/s: saje nak nambah kepeningan cg bah..kalau tak paham sila potong sume "bah" menggunakan marker..tenkiu..bah







    bah

  • February 6, 2009 at 5:41 PM
    shikin says:

    haha..kamu pk cg taw itu jln2 di sabah bah..haha..cg amek liquid paper sudah..padam 'bah' kamu sudah..






    sudah...

 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates