Tuesday, September 18, 2007

Guru-Guru Al-Amin 2007

,

Lirik : Guru Malaysia
Kami guru Malaysia. Berikrar dan berjanji. Mendidik dan memimpin. Putra putri negara kita. Pada Seri Paduka. Kami tumpahkan setia. Rukun Negara kita. Panduan hidup kami semua. Di bidang pembangunan. Kami tetap bersama. Membantu, membina. Negara yang tercinta. Amanah yang diberi. Kami tak persiakan. Apa yang kami janji. Tunai tetap kami tunaikan.
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tuesday, September 11, 2007

Nilai Kasih IBU

,
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu( dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Friday, September 7, 2007

Moral Of The Story

,

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput.


Wednesday, September 5, 2007

Malu

,
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.


Tuesday, September 4, 2007

Iman in Memories

,















Assalamualaikum

31 OGOS 2007..tym negara menyambut kemerdekaan ke 50.. Iman pergi meninggal kan Malaysia utk smbg blajar di University Of Cairo..(MEDIC)..Sori iman..cg x dpt hantar ke KLIA.. cg x brapa sehat.. Tapi semalam nya cg datang ke rumah iman di temani Syafiqah n Aminah Kamilen..Tgk iman x byk cakap tym tuh..mgkin perasaan sedih utk meninggalkan keluarga tercinta..tapi perjuangan harus di teruskan..chaiyok..chaiyok..Gambr ni tym acik wat jamuan tuk iman kat umah acik seminggu sblm iman berangkat ehehe..(Acik pekaba heheh)..Iman..oh iman..wah tetiba tringat ms dia f4 n f5..ehe mmg dia ske bercerita..x kering gusi klu duk ngan dia.happy go lucky..bile dia diam, rasa cam pelik..hahaha ..blaja leklok iman..jaga diri baik-baik..2007 - 2013..InsyaAllah berjumpa lagi..Ukhwah Forever..








Monday, September 3, 2007

XPDC Banjaran Titiwangsa

,
Assalamualaikum..

Alhamdulillah selamat n berjaya merentasi Banjaran Titiwangsa .. Memang x pernah terpikir dalam kotak fikiran tuk berpenat lelah berjalan kaki hampir 10 jam..heheh..

Pada awalnya memang nak sgt pergi tapi x yakin pada diri sendiri..mampu ke?

Hahaha ingat lagi Amina x abes2 bg sokongan.."fighting..fighting..cikgu...aja".. begitu gak student2 yg lain...

Tapi mmg pengalaman yg best la..

Hari Pertama:

Dari sekolah Al-Amin dalam pukul 9pg.. Terus ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)..Lawatan di UPSI..lagipun XPDC ni mmg Al-Amin ada kerjasama dgn UPSI..
Sampi sana dgr sikit taklimat n jalan2.. Ada la beli Jam... tapi amina yg pakai..hahaha...

Petang pas zuhur terus ke Kampung Ulu Slim..naik trak tuh..haha rasa cam pelarian..eheh..
sampi sekolah Pos Bersih tros membersihkan diri n solat n makan n ada taklimat lagi n majlis perasmian XPDC.. tros tdo...

Hari Kedua:
Bangun solat subuh berjamaah..kul 6.30pg amina da menjerit suro semua banat berkumpul tuk senaman n sarapan..Dalam kul 9..delegasi kami pun bergerak merentasi banjaran titiwangsa...baru suku jalan..nafas cam da tercungap cungap..patut la ust idris suruh wat pusing 4 x kat tasik metropolitan ari tuh..stamina mmg kena mantap..

Time mendaki tu..mmg paling kritikal dlm hidup hahaha..dr kump 1..turun ke kump ke 4 hahaha...go cikgu..go cikgu..suara syafiqah bg semangat..

mmg time tuh segala pacat ke lintah ke..da rasa mula pasrah..sedut je la darah tuh..ehehe...tgk anak-anak murid ku setiap kali rehat kat R&R sure bertungkus lumus cabut pacat...hahah..cek pasrah jer...huihh segala bentuk pacat ada..yang besar..yg kecil semua ada..ehehe eiiii..

smpi kt tmpt rehat di puncak..mmg rasa give up..hehehe..MUSLIMAH never give up...so time turun rasa confident skit..tapi melecet plak jari...cari plaster..huh..

Tgk jam da pukul 5.30..pakcik tu kata lagi 20 minit..huhu semangat...ye la seharian dalam hutan..emm respect ar kat Mat Kilau.. Banjaran ni kan Jalan Dia... tgh2 jalan nmpk lori..akcik lori suruh naek tuk smpi ke destinasi..warghhh..tanpa pandang sape2..terjah terus la..hahaha lawak tol..cikgu..cikgu... Thanx byk2 kat FAHIMA..tlg bwk beg cg...thanx a lot...muahhh

smpi kat penamat sume trus amik wuduk n solat Jama' Zuhur Asar...Masa direkodkan pkl 6.02 ptg.. Alhamdulillah selamat smpi..nmpk lagi yg len tengah melayan pacat2 yg hinggap kat tubuh mereka...

Pukul 7.30 smpi kat sekolah Ulu Sungai Raub Pahang... Tros mandi n Solat Jamaah..

pukul 11 td0...

Hari Ketiga:
Truk tul coverage celcom n maxis x de.. hehehe..lepas senaman n makan..bdk2 sume gotong royong...cg ke Klinik n terus ke hospital..bawa adibah sbb mata dia kena daun lalang.. so x dpt menghadiri majlis penutup.. so bas amik kami di Hospital Raub... Dalam pukul 2.30 kami berhenti makan dan solat dan terus balik ke Al-Amin..Pukul 4 kami sampai di Al-Amin...
Smpi Al-Amin baru dpt pegang HP..so cg minta maaf kat sape2 yg kol x dpt2.. Ramai gak parent kol..sori sgt2...

Thanks x terhingga kat Ust Idris sbb mempercayai cg n memberi peluang melalui pengalaman yg sgt bermakna... mmg bes...
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates