Wednesday, March 30, 2011

Antara ILMU dan KESEDARAN

,
Tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Pengetahuan seseorang mengenai sesebuah kewajipan terhadap dirinya dan cara melaksanakannya belum cukup kuat mendorongnya melaksanakan kewajipan itu. 

Oleh sebab itu, betapa seorang ibu merepek kepada anaknya agar balik cepat sebelum waktu senja. Begitu juga dengan ustaz yang membebel apabila pelajar di asrama main bola sampai 7.15 petang. Bukannya budak-budak tu tak tau kena balik awal. 

Sama lah juga dengan solat jemaah di surau. Kita dapat perhatikan sekiranya lebih dari 5% penduduk sesebuah komuniti pergi ke surau/ masjid sudah cukup baik. Bukannya orang tidak tahu bahawa solat jemaah di masjid itu lebih baik dari solat di rumah. 

Pengetahuan bukan segalanya tetapi ialah kesedaran dan keyakinan. Maka di sinilah tumpuan kerja dakwah iaitu memberikan kesedaran kepada masyarakat. Tugas pendakwah ialah menyuntik kesedaran dan menanamkan keyakinan kepada Islam. 

Untuk mengajar orang, perlu kepada pengetahuan. Tetapi untuk memberikan kesedaran ini tidak semestinya masuk sekolah tinggi atau menjejakkan kaki ke menara gading. Cukuplah kefahaman yang jitu tentang Islam dan kemahuan untuk menggerakkannya. 

Dakwah bukan kerja eksklusif seorang ustaz atau guru tetapi kerja semua orang Islam. Masing-masing boleh berperanan untuk memberikan kesedaran kepada orang lain walaupun dengan beberapa patah perkataan sahaja. Malah kadang kala dengan isyarat pun sudah cukup. 

Tuesday, March 29, 2011

Ego - Penyakit ustajah

,


Sifat “berlagak” selalu berada pada orang berikut:
1. orang kaya dan banyak duit dan rumah besar. -
2. orang ada pangkat dan ternama - Dato'
3. orang pandai - ada PhD dan/atau ada jawatan Prof.


Rasulullah bersabda: Tidak masuk syurga orang yang ada sekelumit dalam dirinya perasaan berlagak (takabbur).


Mari muhasabah sama-sama.


15 sifat ego yang perlu disemak pada diri


1. Diberi jawatan rasa terhibur
2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang
3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat
5. Emosional dan mudah tersinggung
6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain
7. Mudah marah, cepat melenting
8. Payah menerima pandangan orang lain
9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah
12. Suka pandangannya sahaja diterima
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar terserlah kesempurnaan dirinya
14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar


Yang mana satukah diantara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik.........

Friday, March 18, 2011

coolnyer mereka

,
Assalamualaikum..saya belajar dari bencana yg menimpa negara mereka..walaupun Allah turunkan malapetaka kepada mereka tp lihatlah betapa murninya hati mereka. Disaat  mereka dilanda bencana yg dasyat, mereka masih mampu mengekalkan apa yg menjadi asas kepada pembangunan bangsa mereka. Tiada kekecohan, tiada kecurian, mereka tenang membeli barangan keperluan makanan..MasyaALLAH

PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP

BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP

PENDUDUK tempatan menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat tinggi selepas amaran tsunami terbaru dikeluarkan di Higashimatsuyshima, Miyagi hari ini. - Foto AP

KERJASAMA...Penduduk tempatan dan kakitangan perbandaran bersama-sama membawa keluar barangan bantuan dan keperluan dari helikopter untuk diagihkan kepada yang memerlukan di Onagawa, Miyagi, hari ini. - Foto AFP

SEORANG bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo

PELBAGAI barang keperluan habis dijual sebagai persediaan penduduk menghadapi sebarang bencana di Moriyama, Jepun, semalam.

DUTA Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie sebak pada sidang media di pejabatnya, semalam.

SEBILANGAN mangsa terselamat di pusat perlindungan di Minamisanriku, melakukan senaman. - Foto AP

MANGSA tsunami, gempa mengambil hidangan tengah hari di pusat perlindungan Ofunato, Iwate. - Foto AP

DALAM kesejukan suhu -1 darjah celcius peniaga mengambil kesempatan menjual bunga hidup sebagai tanda simpati kepada mangsa gempa bumi dan tsunami sambil memaparkan keratan akhbar kejadian tersebut untuk menarik orang ramai di bandaraya Sendai. - Foto Sairien Nafis


BBC Reports
The words of BBC’s reports are so moving they make me cry. They were praising us with words of admiration! “One of the worst earthquakes in recorded history has hit the world’s most well-prepared, well-trained nations. The strength of its government and its people are put to the test. While there have been casualties, in no other country could the government and the people have worked together in such an accurate and coordinated way in the face of such tragedy. The Japanese people have shown their cultural ability to remain calm in the face of adversity.”

Japanese people don’t shove
I'm looking at Yurakucho station from above. I see people standing in line, not pushing or shoving to get onto the Yamanote Line (probably the busiest line in central Tokyo), even at a time like this!

Japan is a wonderful nation!
Both the government and the people, everyone is helping one another today. There are truck drivers helping evacuees move. I even heard that the “yakuza” (gangsters, organized crime groups) are helping to direct traffic in the Tohoku region! There have been many recent developments that have made me lose my sense of pride in my country, but not anymore. Japan is an amazing place! I’m just simply touched. Go Japan!

A big, kind voice
I’ve been walking for many hours now. I’m touched at how everywhere I turn, there are shops open with people shouting “Please use our bathroom!” or “Please rest here!” There were also office buildings where people with access to information were voluntarily shouting out helpful tips, like “**** line is now operational!” Seeing things like this after walking for hours and hours made me feel like weeping with gratitude. Seriously, there is still hope for this country!

A strong voice
Yesterday, I was impressed and touched by the actions of my neighbor’s 13-year-old-boy. He was home alone when the earthquake hit. But instead of hiding, as soon as the earthquake quieted down, he jumped on his bicycle and road around the block repeatedly shouting at the top of his voice, “Is everyone alright? Is everyone okay?” At the time, there were only women and children and the elderly in the homes. I cannot describe how comforting it was just to hear a strong voice asking if I was okay. Thank you!

sumber dr lama twitter

Personally, saya rasa negara Jepun lebih ISLAMIC dari so-called "Islamic State" yang mana First-Lady keluarkan kenyataan no-brainer macam ini. Apakah itu Islamic? Fikirkan sendiri. Tak perlu untuk saya terangkan. Yang penting, bukan sebuah negara yang ISLAM tertera pada ID mereka. In fact, Japan tak ada such ID pun. Only for foreigner sahaja perlu ID.

Japan is really something. Mereka pernah punah ranah suatu ketika dahulu, tetapi bangkit untuk lebih maju. Hari ini, satu lagi kemusnahan. Jangan risau, mereka akan bangkit lebih maju dari sekarang dan Allah saja tahu rancangan untuk mereka. Kerana mereka adalah bangsa yang luar biasa. Saya berkata mengenai BANGSA..bkn AGAMA 

Pray For Japan!

Wednesday, March 16, 2011

ok fine

,
ALLAH da bgi saya allergic..saya redha..tp saya akan berusaha tuk sembuh..

hampir 2 bulan saya mencari2 apa punca saya jadi allergic..sya brdoa jgn ayam sbb ari2 sya makan ayam..endingnya mmg betul, saya allergic ayam..aaaaaaaaaaaaaaaaaaa even air tempias2 ayam pun saya x leh makan..kalau x kulit saya akan gatal2 dan bengkak..MasyaALLAH..

Saya redha..

Tuesday, March 15, 2011

tetibe saya ske yunho

,
hahaha x memasal..erm jumaat lps sggah sekolah..hepi besday wani yg comel lagi agresif lagi sensitip haha..tq layan cg..tq kek yg covernya cun..haha


*tetibe ada 'dia' msj.."cg, cg redha x kalau ana buat braces"...ermm jawapan jujur "tak redha"

Monday, March 14, 2011

test

,




kat atas ni hasil menuai huda,dd,nu,syaza,fana,wardah hehe..





men2 eh ikoi :)

Monday, March 7, 2011

couple

,
PEREMPUAN A : goodnite dear..luv u
PEREMPUAN B : goodnite to u 2..luv u 2..
PEREMPUAN C:  ehh korang couple eh..


hahaha..semacam dah agak akan terpacul kata2 dr perempuan c..dlm dunia islamic..aksi perempuan a dan b adlh biasa..ukhuwah menunjukkan rasa kasih dan sayang sesama insan..


tapi aak luar biasa bg perempuan c sbb klau LELAKI+PEREMPUAN yg buat dialog begitu bru NORMAL bagi mereka..huwaaaaaa dunia da nak kiamat...


renung2kan da selamat beramal...............

Thursday, March 3, 2011

Tips membeli kamera digital

,



 
Kamera...kamera...ermmm...pe yg ada dgn kamera? dok cri kamera?nak beli kamera? WAJIB baca artikel nih...!...lets read it!

Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital.

Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!"

Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita. Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga camera man yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian.

Memahami Keperluan Megapixel Kamera
Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar.

Apa itu megapixel?
Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna. Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus.

Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu.

Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nicors, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nicor oleh kamera Niccon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarng ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaanya.

Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya.

Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tamabahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.


TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA
- Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

- Jika anda nak belajar teknik2 fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah2 dan boleh dipulas2 tu.

- Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nicon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

- Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

- Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

- Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh

Tuesday, March 1, 2011

dah nampak

,


Assalamualaikum..


tringat iman ckp tym daurah.."kalau nak kenal itu sahabat kita ataw x..berjaulah dgn dia"


saya plak jelas nampak bila saya mula set up umah saya kt BB..dah nampak dah mana ..sahabat yg sanggup susah senang bersama dan mana kawan yang akan pilih kita paling last tuk membantu..


it's okay..it's alright..come on shikin..fight..fight..fight..hahaha dulu tym sukan kat sekolah kebangsaan dulu..femes tol ayat nih..ngee


just think positif..


*terfikir..kita terlalu menggiler mengejar kemewahan, mengejar mcm2 bende tp kite terleka menjaga hati dan perasaan sahabat kita..bagus ke camtuh?..muhasabah tuk diri sendri juga
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates