Saturday, August 29, 2009

KOTAK ITU 4 SEGI

,

Assalamualaikum..
ape sya buat cuti nih..tdo/komp/tdo eehh tetibe buka pose..erm tu je la hari2 start dr selasa aritu..tp smlm cam x byk tdo sbb dating dgn DD n BEE..itu kisahnya pagi la..bgun2 tdo tros kol DD..erm..jom kuar..kul 11 smpi umh DD.."nabihah nk g x?"..sya tye dd.."dia x nak sbb takut cg marah dia lagi".."erm, x pe la, kite kol dia"..kol2 x angkat..rse cam nk ngamuk pun ade..tros g umh dia.."dia x nak naek"..pika ckp.."amboi..dd g jumpe dia kat bwh".."cgu2, cg ckp la dgn bee, dia majuk.."..haha..pujuk2..last2 ok dia bersiap..sambil uh sya, pika n dd g blkg umah bee men2 ngan arnab..erm sya mmg tros trg ske jer tgk..tp nak wat men, emm minta maaf ehh..hidung gatal x leh kene bulu binatang...so tgk dd je la yg cam jakun men ngn arnab..siap msuk dlm kandang..dah mcm arnab pun ade gak si dd nih..member baru arnab bee..nak masuk dlm tuh tp x muat..

ade talent bee nih..(melukis)

dia tgh majuk dgn sya..

lps hntr derang balik, sya solat asar dkt masjid bru kt wangsa maju uh..wahh bestnya kt ctu..kuar masjid.."dik..amek nih hah de bubur lambuk"..ok..ok jom ke umah DUHA..masyaALLAH..jam tahap cipan..BENCI KESESAKAN LALU LINTAS..warghhhh duha kol "cg kat ner".."sabar, cg da nk smpi..jam trok"..lps amek duha g amek NANA plak..sbnrnya kami da lama plan nk buka pose sama tp asek cancel jer..sbb DUHA BIZI..hahaha..ampun duha..lagipun isnin ni duha da nak balik bandung Indon..seb baek saya da booking awal tempat buka pose..De Templer (pika yg suggest)..so smpi sana tros duduk..smbil tggu azan borak2..da besar anak murid sya nih..ckp pun berilmiah..haha..tp best la..derang tetap sporting n kepala masih tip top.."ana excited la cg nk blaja kt oversea, ana nk rse hidup jauh dgn keluarga, sekali2 balik cam rse seronok, windu, mghargai..hehe"..nana ckp..ade yg ske jaub dgn keluarga duk menuntut ilmu..ade yg x sggup jauh dgn keluarga..masing2 la kan..Duha n Nana
"ehh cpt2 cg da kul 8 nih..x solat marghrib"..lps bayar..g masjid berdekatan.."alamak..makcik2 da penuh ruang nak solat isya..yaALLAH duha malunya..hahaha..slumber"..lps solat kami pulang..dlm kete mcm base gossip haha..cehh base la cite psl kawen la..pakwe makwe la..lawak jer..lps hntr nana sya pulang..nana akn berangkat ke Leicester Ireland 18 sept nih 5tahun disana (study)..alhamdullilah sume da setel, visa da dpt..good luck nana..sekejap je mse berlalu..duha pun da 2nd year di Padjajaran Bandung, Indonesia..

HARI NI..

iftar bersama mereka..asalnya amina ajak ari ahad tp afee x de so terjadi ari sabtu..so prjumpaan iftar di jusco wangsa maju bersama afee, shamina, atirah, adila, fana sb, kyob, syafiqah.. sya smpi da kul 6..mcm base jam..warghhh...wahhh jumpe amina..lama x jumpe dia semenjak abes SPM n dia fly ke Yaman .."amina, nt kat sana menanges x?"..haha soklan saya yg pelek.."ana x nages sbb homesick ke ape, tp ana nages bila tringat majlis takrim, ana x de kat msia".."lorghh, spe suro g yaman.."..haha.."cg dun wory, ana nak smbg blaja kat msia..tp nk kene bincang dgn parent ana dulu"..doakan yg terbaek tuk shamina...mmg riuh egg house uh..nmpak je SOS..kami usek kyob sbb dia elergic haha..penah dulu kat melaka sya suro dia makan sos..smpi berair mata dia (at least nt taw rse sos uh camner)..haha..lps solat marghrib gilir2..bincang balik plak..ustazah syafiqah wat lawak nk balik DQ mlm2..last2 dia tdo umh shamina.."2 mggu lagi aini igtkan u all dtg iftar jamaie caliph14 kat al-amin taw.." sya igtkan mereka seblum berpisah..insyaALLAH..hati kami sentiasa brsama..Thank sbb meluangkan mase bersama2..sdg mengambil makanan berbuka

cm dulu..x brubah..haha..tetap sengal..
hahaha muke afee..

excited sgt brgambr n berborak..smpi 5 misscall dr kakak dia, "yaALLAH ana x dgr"

Tuesday, August 25, 2009

TQ ALLAH

,
Assalamualaikum..

Smlm selsema sepanjang pagi tp gah kan diri ke sekolah n bg training..balik tdo jap..bgun da lega skit..lps solat zuhur check out hotel n ke skola balik.."shikin pengetua demam so training ptg nih cancel"..ok..tgk jam da kul 4 ptg..amek bju kat dobi tros bce doa semoga Allah permudahkan / selamatkan perjalanan sya..terdetik dlm hati "erm base dr KL ke teluk Intan/teluk Intan ke KL lalu highway..erm ari nih nk lalu jln base la, mls nk lalu higway"..x taw la nape pelek sgt ari nih nk balik KL lalu jalan base yg sememangnya sya x ske..jumpe sabak bernam, pastu skinchan, pastu tetibe rse aircond cam panas..sya jeling ke arah meter temperature dah merah.."Ya Allah"..tetiba kereta mati..pndg kiri , pndg kanan..Ya Allah brhenti btol2 tepi bengkel..check2..air radiator kering..host bocor..then tukar2..siap..kul 6 gerak balik menuju ke puchong..dlm hati klu sya lalu highway tadi, sape la yg akan bantu sya td..alhamdulillah...smpi Kl..sya da mula fedup balik sbb jalan jam..haha..sya ske KL tp sya benci JAM..huhu..smpi umh kul 8..bru berbuka..

Ari ni dtg opis lmbt sbb leteh smlm x abes..borak dgn emma (byk giler cite skola n kerenah guru2 kt skola..lgipun da lama sya x jumpe emma so byk cite ar..) buka email, dpt msj from manager sya..semua fasi d beri cuti seminggu sbb cuti skola..wahh hepi2 tros kemas2 n balik..hehe..Alhamdulillah..

Saturday, August 22, 2009

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

,

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja/sekolah.
Melangkah ke tempat kerja/sekolah dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja/berlajar dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Friday, August 21, 2009

sms ramadhan

,
Assalamulaikum..

kring..kring..kul 10.30pm.."salam shikin..cg azlina nih..training wat ari isnin ni pg smpi petang ehh..selasa x jadi".."ok cgu"..nmpk nya sya akan stay kt teluk intan smpi senin..igtkan esk nk balik..x jadi..sepanjang semalam n ari nih byk sms masuk wish hepi ramadhan..so sya cam nk share sbb word sms uh cam best..

Pesan JIBRIL a.s buat NABI s.a.w tika hadirnya Ramadhan, "Jgn tinggalkan bermohon maaf dgn 3 golongan ketika hadirnya Ramadhan:

1. Mohonlah maaf dr ke2 ibubapamu.
2. Mohonlah maaf sesama suami dan isteri.
3. Mohonlah maaf drp keluarga, sahabat handai & mereka yg brada di sekeliling mu".

Di kesempatan ini ana memohon maaf atas segala2nya. Barakallahufika wa Fii amaanillah. "Selamat menyambut ramadhan almubarak & mendapat keredhaan Allah sentiasa"..InsyaALLAH - Hidayah caliph14-

"Tiada hari seindah JUMAAT, Tiada kata seindah ZIKIR, tiada ibadah seindah SOLAT, Tiada BULAN seindah RAMADHAN. Semoga kedatangannya memberi 100 makna. Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1430H..-Mek Lah Terengganu-

Tirai Sya'ban sudah melabuh, jendela Ramadhan sudah hampir tersentuh, cahaya kemuliaannya semakin bersinar d hati insani yang setia menanti janji Ilahi..moga madrasah Ramadhan kali ini yg terbaik dr sebelum.."Ya Allah..sampaikan lah umurku sehingga Ramadhan ini" Salam Ramadhan Al-Mubarak..-Slm Syg dr Fathy cute-

Ramadhan merupakan suatu peluang utk memperbaiki hubungan seorang hamba dgn Allah;) salam ramadhan - sabirah-

Pintu gerbang Ramadhan telah dibuka, sinarilah hari2nya dgn cahaya al-Quran. Terangi mlmnya dgn butir2 bintang doa dan ibadah. Bakar pelita mlmnya dgn kelazatan berzikir dn brtahajud kepadanya. Mudah2an acuan perisai ketaqwaan jua yg akn kte raih sebagai ganjaran:-) Slamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak - Raihana-

Muhasabah diri..

wow puasa..

,
Assalamualaikum..

mule2 nk tukakan template org len..tetibe tuka template sendri..haha..ni la akibatnya klu da bosan sgt duk kt bilik sorg2..lgi2 kt teluk intan tiap2 hari hujan so x kuar g mana2..smlm lps balik sekolah sempat singgah giant beli oat, buah-buahan, kettle (bee akhirnya cg beli gak)..kan da nk pose (persediaan tuk sahur)..belakang hotel yg sya menginap ni terbentang luas gerai ramadhan sebesar2 nya so tuk juadah buka pose x de mslh insyaALLAH..masjid pun seblah hotel..Alhamdulillah Allah permudahkan outstation sya di bulan ramadhan nih...tp x sure ke x awal ramadhan nih berpuasa di sini sbb SM Sains Teluk Intan cancel semua training pda cuti sekolah mmgu deoan..tgh tggu keputusan SMK Seri Perak plak nih..klu skola uh cancel gak..leh la sya balik berpuasa dgn makcik..

apapun sya nk ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam terutama yg kenal dgn insan bernama shikin nih..Halalkan makan minum, terkasar bahasa, terlaser, termarah..cehh sume ter...semoga ramadhan kali ni lebuh hebat inputnya dr ramadhan sebelum2 nih..chaiyokk..

Tuesday, August 18, 2009

nur kasih

,
Assalamualaikum..

Baru berkesempatan tgk drama bersiri Nur Kasih (tv3.com.my)..bru 1st episode saya tgk drama nih..sya da terduduk x bergerak2..sya puji pengarah nur kasih..syot yg smart, penceritaan yg bagus dan lokasi pengambaran, kasih syg keluarga adam, music n flashback mmg cun, kehidupan islamic n kampung, watak2 yg pegang dgn karakter masing2..penghayatan mmg mantap..mmg best..sape yg blum tgk..tgk la, ..terasa diri ini berada dlm setiap jalan cerita..TQ sae sbb suggest kt cg tgk nur kasih..congrat..camni la pengarah yg study dulu b4 wat movie or drama..klu nk compare movie yg heliza n awal berlakon uh..mmg beza giler..haha..sori ye pengarah syurga cinta..u kene study lebey..(ceh mcm la dia bce blog nih..)..cam base kelemahan still ade dlm cite ni..etc pemakaian dlm islam but 4 me nur kasih best..(wahh bersungguhnya sya puji cite nih..haha)

Monday, August 17, 2009

kita satukan kesemuanya

,
Assalamualaikum..

kesah spnjg 2 mggu yg lepas..erm tahniah wat hafiz aris..sempat g kenduri dia kt gombak..tahniah n tahniah..sempat usek yazdan (adek hafiz).."anta bila lagi yazdan".."insyaALLAH bln November cikgu"...oww ok..hehe..syaza nk kene cekik.."cgu bila nak kawen".."nt carikan"..hahaha..

selama seminggu lepas sya de training ngn fasi2 baru dr kedah, sabah, sarawak, johor, pahang n perak..enjoy n sronok brsama mereka..x nk bg derang stress sgt..training di buat d north point mid valley..
pergi jamuan farhana anuar a.k.a nana yg akan fly ke UK insyaALLAH bln sept ni.."visa x lepas lagi la cgu"..hehe..x pe blaja kat UK a.k.a Ulu Kelang pun okey..hehe..bee n sae teman kan sya ke umah nana..seblum uh sempat sggah uh DD dgn tibe2 sbb ade tahlil..on d way balik umah..Arinah msj.."cgu x dtg umah ana ke?".."hah..bile?".."ari nih la cg..cg lupa ke".."Ya Allah igtkan mggu dpn, Ya Allah lupe sgt2, sori2 arinah"..(arinah wat jamuan gak sbb nk fly ke UK gak, Blaja).."ana nk nanges sorg2 la cmni"..mmg serius igt mggu depan..tp mggu depan da puasa..apa la shikin...sabtu ptg g jln2 kat putrajaya dgn family makcik, tgk umah kuartes cousin yg bru dpt..saje bosan2..hehe

ari ni travel lagi..kemana..wahh..ke teluk intan, perak..haha..smpi petang td kul 3..tros check in @Anson Hotel...kt sni okey..dekat dgn Masjid..so nk terawih nnt cam senang..insyaALLAH..

Sunday, August 16, 2009

puasa?

,
Assalamualaikum..

td bce entri kt blog duha..menarik sgt..psl msia lbh membudayakan masyarakat kemeriahan menyambut hari raya berbanding dgn membudayakan masyarakat islam di msia dgn keindahan ramadhan..teringin n sronok nya dpt menyambut ramadhan di mesir kan ..hehe..insyaALLAH..

Teringat tahun lepas sya menyambut ramadhan dgn environment yg berbeza..sblum ni berpuasa di kelilingi dgn suasana di al-amin..tp tahun lps cabaran n keterbukaan minda dgn persekitaran org2 di sekeliling..menakutkan..menjelekkan..menyampah..benci...tahun lps outstation tym bulan puasa..rmi kawan2 x berpuasa dgn alasan musafir..rse nak hantok kepala kt dinding..(bdn sehat, otak cergas)..nk buka gak dgn alasan musafir..sound gak kt derang..klu dulu zaman nabi muhd n sahabat musafir dgn unta, berpanas terik..zaman skrg duk dlm kete aircond..speed kete smpi penang x smpi 5 jam..at least malu la ngn sya yg perempuan (puasa gak) (travel gak)..lalu di chalet mereka siang hari dgn bau rokok..walawehh..mmg tegar btol..ade gak sound 2 3 org...naseb la derang nk kutuk sya ke tak..serius sedey dgn org islam skrg..sambil lewan dgn rukun islam..yang x tahan uh..bile buka pose..amboiiii mengalahkan org yg berpuasa..haha..rse gak tym uh nk campak pinggan uh masuk dlm kerongkong derang..haha..

PUASA tu WAJIB.. x membebankan langsung..terasa indah n nikmat sgt..n rase puas sgt...
SOLAT tu WAJIB.. itu beza kita dgn org kafir..susa sgt ke nk solat?..x rse dlm diri uh akan di cabut nyawa sekejap lagi ke..amek wudu' solat..YA ALLAH x susa langsunggggggg..susa sgt ke?..

setiap jumaat klu saya makan tengahari kat foodcourt mid valley..tym kul 1.30-2.30..melambak org lelaki islam maseh bersembang..X MALU tol dgn diri sendri n X MALU dgn ALLAH..ade siap berpakaian melayu, bersongkok..aduyai..tym uh rse nak baling kerusi kene kat bibir yg sebuk bersembang smbil hisap rokok..

Thursday, August 13, 2009

kite suke...

,
cg2..
assalamalaikum..
ana tengah nk kluar ni..tulis kelamkabut skit..papepon..ana, amina sagoff akan pulang ke malaysia lagi seminggu...tunggu kedatangan ana ye...
sorry kalau tak contact..sebabnye ana ada daurah jd kita tak kluar..
ok bye (email dr sh.amina alsagof)


YEAHHHH.. Alhamdulillah..amina nk balikkkk...

Al-Fatihah

,
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Al~Fatihah...

Monday, August 10, 2009

semangat terlebey sudah

,
Assalamualaikum..

tuka template..adusss keperluan or masa lapang or x payah langsung..erm x paham?..x pe x yah paham..fullstop..kali ni nk tuka template sbb dorongan semangat dr seseorg..haha..ye la uh..puas kami cari2 template mlm uh.."cguuuuu..derang ni x de taste langsung la wat design template"..bee menjerit..(dlm ym tp)..erm..pastu..kul 10.34pm..dia ckp fedup n nk offline..ok..nite buhbye..pastu sya plak nk tdo..pejam mata..x leh2..pastu cari2 lagi dgn semangat template2 yg menyucikan pandangan mata..haha..x sedar da kul 3.30pgi..haha..apalah..semangat terlebey..tp hampa x jumpa gak..OFF..solat n TDO lagi baekk..frust la gak..trok tol prangai..

esk.."cgu ana power dpt tuka template, dr 3 column to 2 column"..bee sms.."wow"..haha bertambahlah kesemangatan sya nk tuka..haha..last2 minta gak jasa baek sae n bee carikan template so ending nye pilih yg ade skrg nih..tp jiwa menjerit x nk 3 column..wawawa..pastu layout dia cam pelek dr yg asal..x ikut 100% preview yg original..aduyai..patah semangat.."ok cgu..ana pyer template da cun..apa yg boleh ana tolong cgu"..bee..haha..ye2 ooo jer..bile sya bg dia password..senyap jap..pastu "ok cg ana nk off tdo da ngntuk"...lorghhhhhhhhh...saba jer..td bkn men semangat nk tolong..

so buat masa skrg nih..klu sape2 tgk template blog sya bertuka2 uh..minta maaf la sbb under construction..hehe..

"BEEEEEEE....CEPATTTTTTT LAAAAA WATTTTTT KANNNNNNN"...

Friday, August 7, 2009

tujuh haribulan

,
Assalamualaikum.. mlm td byk tol dpt msj berkaetan tarikh 7 hb 08 09..tah pebende tah..endingnya 123456789..sya mls nk amek taw..byk lagi bende laen yg bole d bincangkan..hehe..sori ye sape yg send sms uh..hehe.. mlm cam base bhot temankan sya berborak dlm ym..sarah pun..tq..mklumla duk sorg2 ni bosan..kul 11 mlm tdo..tetibe msj masuk tp tym uh da kul 2 pagi "cg, cg da tdo eh"..msj dr acik..sya cube nk reply tp mata da x leh nk bukak da..sempat bce jer..ampun gak kt acik..hehe.. bgun pagi lps solat..baring2 tgk tv..cikgu GPB SM Sains Teluk Intan call say training minta cancel ke mggu depan..ok2..pastu call boss..bincang2 n sya pun check out n balik KL..tym uh kul 1..igtkan nk jumpe bhot n dd kt skola tp x taw cane nk contact derang..pastu tye afiqah..bhot balik kol bape?..bhot demam..kol bhot..erm sian,,batuk n selsema.. smpi umah kul 4 tros mandi n mkn..

acik kol.."cg, mlm td ana sebak bce email Cikgu norlaila kene tahan ISA..x taw tetibe tringat cgu shikin..ana imagine kalau cgu shikin kene tahan ke..mesti ana n pasukan akan g wat memorandum menyelamatkan cgu..cgu paham x..cam tetibe jer tringat kat cgu shikin..ana sebak la la cgu..sbb uh ana msj cg pagi2 td"..."oo ye ke..nt nih..heroin cgu la..terharu tol..sampai kesitu nt pk..Alhamdulillah.."..so pasni cg nak g la demontrasi2..hahaha hehe..kol Dee.."cg, huda da resign pengawas, alasan nk blaja".."oww ok2..semoga berjaya"...kol bhot.lalalalalaalala..hahaha..gedik2... ok ar tu je nk merepek ari nih..letih snarnya..rse mata da berat..ok kepda sape2 yg demam, batuk n selsema..cepat dptkan rawatan n elekkan g skola sbb akan efek kt org len..n jgn mls jumpe doktor n makan ubat..BEE cepat sembuh eh..sape2 yg jumpe cgu..pki mask ehh sbb cgu antara golongan yg berisiko tggi (team asthma)..tp berdoa di beri kesihatan yg baek kpd kita semua..insyaALLAH..

Thursday, August 6, 2009

tutup mulut/idung

,
Assalamualaikum...

"shikin..ada perubahan jadual training..esk start kul 9 to 4.30..shikin ok ke?"..cikgu GPB SMK Seri Perak kol mlm td.."oww ok2..bole..insyaALLAH"..off..

pagi2 breakfast dlm bilik jer..minum milo panas n roti beli smlm..hehe..ok kenyang..zoommmm ke SMK Seri Perak..alamak x jumpa skola..nmpk polis tepi jalan..tye pak polisi..ok canteeekkk zoommm jumpe skola..wahhh luas giler kaw skola..skola nih skola lama..tp iktiraf bestari..
cgu azlina GPB sdg bg taklimat seblum training di beri..

start training..training..n training..letih beb non stop mulut bercakap..ajar guru2 n student2..cikgu GPB mmg best..sporting cam kwn2...ade sorg cikgu uh nama dia aisyah..haha..cgu ni lawak..sporting x agak....lps ajar dia personal pasal paparan guru kelas..borak2..pastu dia tye psl facebook n blog...sya pun siap tunjuk facebook sya..haha siap promote..sape2 buka FB saya nampak de nama ashley tuh..tu la FB cgu uh..kami bersemangat wat td..hahaha..lawak tol..pastu dia ada blog kek..siap promote..haha..

telepon brbunyi.."assalamualaikum cikgu..ni maryam sahar".."oww maryam yes..anything".."ehh cgu nih apsal cam x xcited ana call..wat2 la trkejut ke"..haha.."maryam sori..nnt nt kol balik, cgu tgh bg training nih..".."ok2"..

tetiba..ade org dr kementerian kesihatan n guru2 dtg dewan kuliah tym sya tgh present kt students F5.."cik shikin, nak amek mask ni..pakai, sbb td de sorang pelajar skola nih positif H1N1"..de sorg guru hulurkan mask..ok tanpa alasan..saya pki..haha..

balik tros g beli mknn..lapa giler beb..tgh makan...kring2.."salam cg, cgu tgh wat pe?"..fana sb kol.."cgu tgh makan n tgk tv..nape fana".."cgu sori kaco cg, ana nk minta tlg, ana kene wat presentation video submit 17 ogos 09..wawawawa ana blank, x taw nk wat cane?".."ok2 dun wory..mule2 nt kene kumpul maklumat dulu..bla..bla..bla..bla..n wat storyboard bla..bla..bla..n pepe kol cgu k"..."ok cg thanx.."..
training tuk semua pelajar Form 5

hehe..ari nih btol2 fuhhhhhhh..astagfirullah..doakan sya sehat...

Wednesday, August 5, 2009

degil

,
Assalamualaikum..

ari ni g Sek Men Sains Teluk Intan (SEMESTI)..erm training..balik uh perut lapa gile sbb pg td breakfast magi cup..hehe..sggah D Hentian..wahh syiok kat cni btol2 tepi sungai..x taw la sya ske tgk permandangan..
ni d pggil sungai ke muara..sbb hujung sana skit da laut..

pastu hujan lebat..pekene cendol lagi ais plak uh..hah amek sesak napas..seb baek hospital dekat..g emergency..da org2 kt ctu panik sebentar sbb igtkan kes H1N1 tp leh lagi berdiri..hehe..sya ckp sya asthma n nak inhealer..lps bg sedut ventolin 20minit..alhamdulillah ok..pastu lepak2 jap..pastu drive balik hotel..wakaka..sya mmg slalo camtuh..da lama x kene asthma, so x bwk inhealer dlm handbag..
haha..tp sedap..

Tuesday, August 4, 2009

saya pilih.....

,
Assalamualaikum..

2hb..pgi2 anith kol..borak2..pastu dia ckp kwn seblah dia kene H1 N1..(smbil dia gelak2), sya konpius nape dia leh gelak2..haha..sya pun gelak gak..haha..dia pun kene tp x serius..ohh ok..oleh kerana dia cam hepi so sya abaikan..hehe..x taw nk ckp pe..tghari g kenduri kawen jiran ngn cousin..pastu balik bersiap2 g Ipoh, Perak...kul 2.30 gerak..jam mmg x agak dr Taman Melawati ke Sg Buluh tuk masuk Highway..rupenya smpi da hujng lgi ciput nak masuk highway, rupenya jam sbb xcident..masyaALLAH..3 jam hang kt jalan..pastu tetibe tringat dak2 xpdc..ok x derang..tetibe risau plak..so kol Dee..dia x angkat, kol huda ( xangkat gak), kol syaza (x angkat)..bertambah saspen..tym uh da kul 5..so try kol far..alhamdulillah dia angkat.."u all kt ner..sume ok ke, yg len tdo eh"..."kt genting sempah cgu, sume tdo"..ok.bru rse lege..haha..smpi ipoh kul 6.30..check in n lepak..

En Guffri..Pengetua STAR turut sama dlm sesi training nih..


3hb..training lagi tuk cikgu2 STAR, ipoh..Alhamdulillah sume ok..training wat kat bilik komp bestari..mule2 masuk uh..tringat kat munee dulu penah ckp bile dia masuk lab ict al-amin sya dulu.."cguuuu..cgu ni x bau ke cam bau stokin?"..., "x la munee, cgu da lali n imun dgn bau tu kot"..hehe so skrg bru sya leh paham perasaan munee dulu..hahaha..x tahan wooooooooo...mlm g merayap2 kat plaza dkt ngn hotel..cam shopping complex, sume cam jual baju2 kurung/fesyen n tudung2..melambak2..mmg juling mata tgk..sya sambar tudung 2 helai jer..mls nk beli baju walaupun murah2..bju kurung 3 helai RM100..haha..tah x de mood nk beli..pastu beli burger n balik..

4hb..training tuk guru buku teks skola STAR plak..pastu abes..tros drive ke Teluk Intan..lalu jalan base..so nmpk la Kolej Matrikulasi Gopeng..tros msj Kyob..haha..dia kate weekend jom jln2..haha.."jauh x perak cg?"..haha..sengal..smpi teluk intan cari hotel tuk lepak..alamak kat cni hotel mahal2 giler pastu x de WIFI, astro pun x de..aduyai..da la lama duk kat cni..hehe x pe..so jumpe Anson Hotel..stay la 2 hari dulu..agak2 cam saket leher tgk TV dlm bilik gntung kt syiling..luse cari hotel len plak..hehe..wei shikin bersyukur la..bkn x brsyukur tp rate x sesuai dgn kemudahan yg di beri..
muke bosan kan..hehe..

seblah hotel nih ade shopping complex The store n Bilion..erm mls la ..so turun bwh..g beli cendol satu..bgkus sbb mls la nk mkn tmpt rmi2 org nih..mklum la kene b carefull kan skrg nih..H1N1.. Mkn dlm bilik smbil mndongak tgk tv kecik ..sya rse screen monitor laptop saya lg besar dr screen TV uh..arghhhhh...kutuk x agak..ermm astagfirullah...

bosan

,
saya bosan dgn sikap sesetengah org..tu je nk ckp..
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates