Friday, June 10, 2011

Cartoon ohhh Kartun

,

Kartun Adalah Ikon Kanak-Kanak


Kartun sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak kerana inilah tontonan kegemaran mereka. Sebagai contoh yang paling jelas adalah Upin & Ipin. Pengaruh yang dibawa Upin & Ipin sangat kuat di Indonesia. Impak yang sangat jelas dilihat adalah budak-budak kecil di sini suka menggayakan nilai-nilai positif yang ditampilkan watak Upin & Ipin seperti memberi salam kalau nak masuk rumah, membaca doa sebelum makan, berpuasa di bulan Ramadhan dan menghormati yang tua. Ini terjadi di hadapan mata saya sendiri.

Selepas Upin & Ipin, muncul pula siri animasi BoboiBoy yang bakal ditayangkan di Malaysia. Posting saya kali ini ingin memuji sikap syarikat produksi BoboiBoy yang mengambil kira cadangan serta idea dari peminat. Kalau dilihat ia sememangnya perkara yang remeh tetapi yang remeh ini sebenarnya memberi kesan yang begitu besar pada kanak-kanak.

Animasi BoboiBoy yang sudah ditayangkan di Malaysia
Saya telah mengikuti perkembangan penghasilan kartun BoboiBoy ini sejak awal lagi melalui page Facebook BoboiBoy. Pada lakaran karekter awal, diperkenalkan beberapa watak superhero dan salah seorang watak tersebut adalah superhero perempuan bertudung (pastinya membawa watak beragama Muslim) yang diberi nama Yaya. Di Facebook, lakaran tersebut disiarkan kepada umum supaya peminat dapat melihat serta memberi komen untuk penambah baikkan watak-watak mereka.

Karekter awal Yaya saya nampak seperti gaya Datuk Siti Nurhaliza, dimana Yaya memakai tudung tetapi sedikit terkeluar rambutnya di hadapan dan belakang. Ada beberapa peminat memberi komen meminta Yaya memakai tudung dengan cara yang betul agar kelihatan lebih cantik.
Yaya ketika tudungnya belum betul

Selang beberapa bulan, sekali lagi karekter BoboiBoy dikemaskini dan hasilnya Yaya sudah memakai tudung dengan cara yang betul seperti yang dicadangkan oleh peminat. Dan jujur dari saya karekter baru ini lebih comel dan menarik dari yang sebelumnya.
Yaya yang comel setelah membetulkan tudungnya
Kartun BoboiBoy ini sepertinya akan menjadi satu lagi ikon kanak-kanak sekaligus mereka pasti akan cuba meniru gaya kartun ini. Dengan gaya comel Yaya sebagai kanak-kanak bertudung saya kira dapat mempengaruhi kanak-kanak di luar sana untuk berpenampilan yang sama. Paling tidak ibu-bapa boleh berkata kepada anak mereka "Kak Long, cuba tengok Yaya pakai tudung, comel kan. Cuba Kak Long tiru Yaya, mesti comel".

Inilah yang saya katakan impak positif yang dilihat remeh tetapi sebenarnya sangat mempengaruhi gaya hidup seorang kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga industri hiburan Malaysia terus menciptakan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat, bukan hanya cerita hantu sepanjang tahun.

p/s: Syabas diucapkan kepada Animonsta Studio atas usaha ini serta mendengar idea-idea dari peminat. Semoga anda terus membawa sesuatu yang baik untuk masyarakat khususnya kana-kanak serta orang muda.

browse from blog pak lang


Thursday, June 9, 2011

Seorang tu tak sepi

,
Assalamualaikum..

Saya cuti seminggu..wow lamanya..kadang2 melebihi cikgu sekolah pulak cutinya..Bila cuti, saya akan melepak kat rumah saya di BB..duduk seorang jer..dulu mmg penakut tapi Alhamdulillah sekarang ok jer..just pk perlu takut dgn ALLAH sahaja..itu kekuatan saya..

Sbnrnya x de la seronok sgt duduk sorg2 kt umah lagi2 memakan masa yg agak lama..sgt2 bosan..tapi terpaksa sbb saya work from home sbb comp x bayar gaji saya dah beberapa bulan (sdg mencari kerja2 yg tetap dan stabil)..doakan saya k..

Rutin harian saya sepanjang cuti..lepas solat subuh, saya akan jirus pokok2 saya kat belakang umah..pokok pisang saya da besar tinggi saya, pokok cili padi dah berbuah..yeay..pastu mengadap laptop dan TV..tu je la..agak bosan an..selain drp tu MEMASAK..hahaha tym ni la saya dpt memasak makanan kegemaran saya..

masak..erm base pagi saya minum milo n roti jer..start kul 12 baru masak.. makan . TV, Laptop..ermmmmm

makanan yg saya masak dlm mggu ni, Tomyam (wajib), puding jagung (kegemaran), Fish n Chip (nak abeskan stok jer), Tofu Jepun (favourite), Bubur Cacar (erm mmg ske), Lala (dulu zaman duk umh sewa ske masak mknn ni), Ikan jaket bakar (kene makan ikan gak) , Telur Itik Masak lemak cili api (Happy bila makan ni)..ok2 fine KOLESTROlllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll..semua berasaskan nasi tp saya makan nasi sehari sekali jer..mgkin esk lusa 2 hari sekali..dulu 3 x sehari..haha..






*duk rumah sorg2 ..berapa patah perkataan je yg saya sebut setiap hari..boleh di kira agaknya...saya rasa, saya da kembali asal saya dulu..saya dah jadi PENDIAM..x caya an dulu sebelum masuk AL-AMIN saya mmg seorg pendiam..even skrg pun sbnrnya..tapi x de la sependiam Bihot..hehe Bihot lagi..ampun bee..

*Tahniah Maimunah (caliph 14 da dpt baby girl sebulan lepas)..skrg dia berada di myanmar...

*tlg la bayar gaji saya, saya nk g kerja..bosan taw x duk umah...

Event akan dtg   - PIKNIK UKHWAH bersama banat Dejourney di Sg Pisang Gombak -12/6/2011
                        - BerBROGA bersama banat Caliph14 di Semenyih - 17/6/2011
                        - Kursus Asas Fotografi di Setiawangsa - 18/6/2011


Semoga ALLAH permudahkan urusan saya

* tapi sbnrnya byk saya belajar bila duduk sorg2 nih..saya mula x jadi penakut tp saya tetap x kan tgk cite hantu, saya dapat tgk channel 9 yg byk bagi input yg sgt berguna..sgt2 byk2..saya ske..dan yg penting saya layan cite drama MELAYU yg dulu saya kutuk..sbnrnya byk bende kita blaja di situ..tentang kehidupan, kesusahan dan mcm2..saya byk belajar dan saya yakin apa yg saya hadapi skrg ni ALLAH dah aturkan dan dugaan dari ALLAH..tp saya tetap berusaha nk cari kerja yg stabil insyaALLAH..

Wednesday, June 8, 2011

TERKADANG KITA PERASAN / TIDAK PERASAN

,


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.





sumber dari yahoogroups

Monday, June 6, 2011

Kita ni kat level mana nih?

,
Assalamualaikum..


Smlm usha2  FB org..erm ade terbaca satu post 

"serendahx2 ukhuwwah adalah berlapang dada dan setinggi ukhuwwah adalah ithar"..


Saya terus msj Afifah Ali..tye 'ithar' uh ape..mklum la saya x reti arab an..ngee


erm afah kata 


"Ithar mksdnya , kita utamakan org len. Tahap tertinggi dlm ukhwah. Salamatus Sodr, maksudnya, berlapang dada..Tu tahap bwh dlm Ukhwah"


Mak Aihh..Saya ni dekat level mana?..berlapang dada pun susa..adehhh..upgrade2 ye shikin..

Sunday, June 5, 2011

Makna Hidup Ini

,

Makna Hidup Ini

 

alt
Salam,
Pernahkah terjadi pada kita.
Di tika kita melalui perjalanan kita, kita terkadang lupa ke mana arah tujuan kita.
Segalanya berlaku secara rutin.
Bangun pagi, solat, pergi kerja, kerja, balik kerja, makan, solat, usrah dan tidur.
Itulah rutin kita.
Sehinggalah semua itu memakan usia kita.
Sehingga kita bertanya, mengapa kita buat semua ini?
Mengikuti arus?
Atau memang benar kita mahu menuju sesuatu yang menjadi kepuasan dan bahagia dalam hati kita.
Even then, apabila kita bekerja, apatah lagi bekerja 12 jam sehari, kita mencari-cari bahagia itu.
Terkadang kita terjumpa sesuatu yang mengekstasikan hati kita dan kita rasa teruja menceritakan kepada ramai manusia.
Samada berupa kejayaan dalam study, berjumpa kes yang amat pelik, berjaya melakukan prosedur yang tak pernah dilakukan, dipuji bos dan sebagainya.
Namun pada kebanyakan hari-hari, ianya adalah sama.
Monotonous.
Dan akhirnya kita berasa jemu dan tak tahu ke mana kita pergi.
Begitulah ia mampu terjadi kepada dakwah ini.
Kita membina manusia saban waktu. Setiap minggu tanpa gagal kita menghadirkan diri kita pada liqa tarbawi. Dalam masa yang sama kita sendiri membawanya.
Pada awalnya tentu akan amat mengujakan.
Seronok kenal orang baru.
Seronok menyampaikan perkara baru.
'Mahsyuk' dengan feel sebuah perjuangan.
Namun akhirnya satu rutin akan membosankan.
Itulah ia jiwa manusia.
Manusia datang dan pergi,.
Bila mad'u lama telah pergi ke fasa lain, datanglah manusia baru untuk ditarbiyah, untuk dibina.
Proses untuk bermula dari bawah bukannya mudah.
Dahulu sewaktu masih belajar, mudah sahaja ke sana ke mari.
Apabila telah bekerja, masa itu teramat emas, sehinggakan masa membaca sendiri amat terbatas.
' kak, umurmu berapa kak?'
Seorang adik bertanyaku sewaktu dia membantuku memasak untuk adik-adik widad munisah yang telah pun selamat berada di bumi Malaysia.
Dia datang dari Brunei, dan dia mengajarku cara memasak sayur lemak yang paling sedap pernah aku rasai.
'tekalah berapa..'
' 25 ka?' tekanya dalam keteloran lidah bruneinya.
Aku dan adik-adik usrahku yang berada di dapur itu pecah di dalam ketawa yang menceriakan.
Dan aku terfikir, mungkinkah aku bergaul terlalu lama dengan adik-adik berbanding rakan seusiaku..
Pernah satu ketika afifah datang ke rumahku. Sewaktu aku pulang dari tempat kerja, telah tiada siapa dapat aku hubungi dengan telefon. ( kebiasaanya mmg telefon dia sahaja)Biasanya perjalanan 40 minit ke tempat kerja akan aku gunakan untuk membasah hatiku dengan nasihat dan tausiyah dari sahabat seperjuanganku.
Namun seorang demi seorang telah pun pulang. Seorang lagi bakal pulang.
Dan aku melihat pada diriku.
Fasa dan masa terlalu cepat berubah.
Kita akan sentiasa berada dalam satu situasi ke situasi yang lain.
Cuma kita yang mampu mengemudinya dan mampu bersedia menerimanya.
' janganlah engkau berharap, wahai jiwa, untuk berada di atas jalan gerakan islam, sebagai bentuk perjuanganmu, tanpa hidayah dan keimanan yang Allah limpahkan padamu. Maka, bukalah pintu hatimu  wahai jiwaku, agar cahaya merasuk kedalamnya, dan esakan Allah dalam keikhlasan penuh kepadaNya semata. Jadikanlah kalimah Lailaaha illallah, Muhammadd Rasulullah sebagai system hidupmu. Dari sana, engkau dapat merasakan bahawa sesungguhnya Allah adalah caya bagi alam semesta ' Prof Taufiq Yusuf AlWaie.
Kita akan sentiasa berada di atas jalan ini.
Cuma manusia yang mewarnainya sahaja akan berbeza.
Kita akan temui suasana berbeza dari geografi berbeza.
Dan tentu hambatan dan ujiannya berbeza juga.
Cuma adakah kita bersedia melalui jalan-jalan itu.
Adakah kita telah betul-betul mantap memilih jalan-jalan itu.
Adakah benar, kita benar-beanr akan mujahadah untuk tetap berada di atas jalan-jalan itu, walaupun pelbagai hambatan akan melanda.
Saya tak mengatakan hambatan itu adalah kemiskinan mahupun kecelakaan menimpamu ( walaupun itu adalah ujian terbesar juga).
Namun hambatan itu adalah berbentuk keselesaan, berbentuk godaan untuk berehat panjang, untuk bersemanyam pada keindahan dunia...
Dan akhirnya kita akan terleka dengan tujuan asal.
Sehingga kita tunduk pada pujukan dunia ini.
Dan kita memberi alasan bahawa kita bekerja untuk islam, menyediakan harta untuk harakah.
Namun jauh di sudut hati kita..kita tahu, keikhlasan dan bening iman itu makin terkubur..
Saya tak mengatakan ini pada kamu.
Tapi pada diri saya terutamanya!

perkongsian dr yahoogroup

Saturday, June 4, 2011

Frozen Yogurt

,
Isnin lepas pas training kat Alam Shah PutraJaya..singgah kt IOI mall..saje nk air cond sbb kat luar uh panas hmpir 39oC..

pastu nmpk kedai tutti frutti..erm ikutkan malas nk makan sbb x tringin lagi..Oleh kerana saya x prnah makan, saya nk try..tules kt situ per gram 0.58 sen..ok2..semangat sbb cam murah..dlm hati pikir..x kan saya nk mkan sampai 1kg..


dengan bangganya saya amek 2 perasa..letak sebijik strawberry..ok KIRA...


RM15.00 less jusco card RM12.++...makkkkkk aiiiii mahal giler..saya x kan abeskan duit saya tuk makan bende ni lagi..mgkin 5 bulan sekali ok kot..


x pe..sekurang2 nya bila bhot tye da makan tutti frutti...saya dgn senyum lebar akan ckp dahhhhh tp x de la sedap sgt...sbb saya bukan penggemar yogurt...buang duit jer rasa..kalau bayar tol..da boleh smpi melaka...
 

aShiTaNo sEnSeI Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates